HAMLEYS YANG MALANG..

TAK MENGHORMATI TUAN RUMAH.

Teman pernah pergi sekali je,masa tu anak teman kata ada kedai jualan mainan kanak2 yang baru.Teman pergi dan tinjau mana yang patut.Rasa2nya,teman tak membeli kot?sebab sama je dengan kedai permainan yang lain.


Tetiba,semalam,keluar cerita terkini dari Rosyam Nor,dia ajak kita BOIKOT HAMLEYS serta merta!
Sahabat tanya..kenapa weh?
Teman kata...anak Rosyam baru lepas SPM,cuba nak cari kerja di HAMLEYS,tapi pihak pengurusan kata,boleh kerja dengan syarat bukan tudung kat kepala tu!
Muahahaha!
Mungkin pihak pengurusan tak kenal anak Rosyam,yalah kan...orang popular pengikutnya ramai!kejap je dah tersebar seantero dunia.Kalau kita,setakat Kak Jemah,Kak Leha je yang tahu..
Almaklum le...orang2 biasa.

Jujur le teman nak kata,memang melampau!ugama itu isu sensitif,jangan lah pertikaikannya.Apa masalahnya,tudung tu?tak menganggukan?apa yang bisa sangat biji mata orang Cina,orang India,orang Putih?Orang hitam bagai!apalah busuk hati sangatkan?
Kadang2,orang asing tegur bab tudung kita tak le pelik sangat sebab diaorang tak faham.Tapi kalau orang melayu yang tegur,yang mempersoalkannya,kita rasa nak sepak2 je mulut dia tu.
Sahabat tanya teman...ada ke?
Teman jawap...ada,lelaki tua yang bergelar Dato telah menyuruh keraninya buka tudung,dia kata....kalau awak pakai tudung selagi itulah!awak tak akan maju.
Sahabat mengucap panjang.Sahabat teman kata...I tak pernah jumpa orang macam tu!
Teman jawap...sebab u tak jumpalah I bagitahu,kat luar sana...bukan orang asing je yang tak suka tudung,orang melayu pun tak gemor dengan tudung!
Apa nak kita hairankan?dunia semakin suntuk.
Islam memang musuh orang kafir,jangan le kita gusar sangat,selagi kita pertahankannya,InsyaALLAH,ALLAH akan pelihara kita semua.

Balik pada isu kat atas,kedai ni bukan sahaja kurang ajar!tapi patut di ajar..
Jangan le kita leka,sekali dia lukakan hati kita,selagi itulah,kita kena bertegas pada mereka.Jangan pergi,jangan beli dan jangan cuba nak kayakan dia!Biar dia melingkup dan gulung tikar balik negara dia sendiri.
Jangan bagi muka....
Biar dia tutup kedai atau biar jualannya merundum jatuh je bumi.
Jangan bagi muka...
Mereka menghina kita,mereka menghina agama kita...
Oooo bukan salah kecik tapi....salah beso!
Jangan fikir dia boleh buat kita macam tu,ini negara kita,kita sahaja yang layak menentukannya.
walaupun kemaafan di pinta,dengan seribu alasan yang di beri,jangan mudah tergoda,semua tu pembohongan untuk lepaskan diri.
Sahabat teman tanya alasan apa yang diaorang beri?
Teman jawap..
1)Pihak Hamleys kata..orang yang temuduga anak Rosyam tak bertauliah.
2)Si penemuduga tu pekerja baru jadi banyak tak tahu dan tak di beri kuasa untuk sesi temuduga...Boleh gitu?kira macam memandai mandai le tu.
Jangan le percaya sangat,dah tersepit baru tergadah!mustahillah budak baru temuduga orang.Teman keja juga,teman faham cara orang bekerja melainkan syarikat tu haprak!




Kepada anak2 teman...
Tolong peka sikit,tolong jauhi HAMLEYS,TESCO,MCD dan semua kedai seangkatan dengannya.
Sayangilah agama kita,kerana agama kita satu2nya agama yang benar.Sebab tulah....ramai sangat yang sakit hati!sakit mata...kepala kita diaorang pulak yang sibuk.Pakai tudung tak pakai tudung ada beza ke?Tak ada kan?
Jadi...
Kenapalah Cina,India menyibuk sangat?
Tudung kepala selain untuk menutup aurat,ianya juga sesuai untuk menutup kepala dari matahari yang panas terik!
Jadi..
Apa sebenarnya yang kamu kamu semua mahukan?
Selain daripada menjadi PENYIBUK dan cuba MEMPERLEKEHKAN agama orang lain.

Kepada Rosyam Nor,jangan mudah menerima kemaafan.Jika kita benar2 mempertahankan agama ALLAH,InsyaALLAH pasti ALLAH akan mempertahankan kita,dan melimdungi kita dari semua ini.



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF