DARURAT

PM KATA TAK BOLEH ISYTIHAR DARURAT SEBAB TAKUT TAK DAPAT 'CLAIM'

Ooooooo...gitu ke?Banjir dah sampai ke bumbung masih tak boleh isytihar DARURAT?
PM kata..kalau isytihar DARURAT,nanti susah nak claim!kesian rakyat jelata.
Masa teman dengar ucapan dia kat TV,dalam hati....ooooo gitu ke?almaklum,teman bukannya arif sangat bab insurance bagai ni.Yang teman tahu,bila teman claim,dapat duit!tu je...

Pada teman,sepatutnya PM jangan fikir sampai ke situ.Urus dulu banjir beso tu!selamatkan nyawa itu lebih penting dari fikir perkara2 lain.
Kerahkan bantuan segera,kerahkan semua jentera yang ada untuk bantu selamatkan rakyat.Harta boleh di cari tapi nyawa tiada galang gantinya.
Rumah hanyut boleh di bina semula,kereta hanyut juga masih mampu di ganti.
NYAWA HILANG?
Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

Rakyat hanya mahu bantuan disaat2 getir,tapi malangnya.....setelah puas bermain diplomasi golf bersama Tuan Presiden Amerika,PM balik bawa cerita lain.
Rakyat tercunggap2 melawan arus.....
PM hanya fikir untung rugi,walaupun nawaitu tu baik,tapi....tidak membantu rakyat.kebanyakkan mangsa hanyalah orang2 kampung yang tak faham apa2.Kalau ada pun yang faham,itu juga bukan alasan yang kukuh untuk tidak ketegorikan banjir besar tu sebagai DARURAT.
Yang teman tahu,bila DARURAT di isytiharkan...semua jabatan kerajaan yang berkaitan boleh di kerahkan membantu,semua jentera besar yang ada boleh di gunapakai.Pendek kata kalau kereta kebal boleh di gunakan!ia juga perlu ke Kelantan atau ke mana jua yang di perlukan atas arahan PM.
Tu je yang teman faham.DARURAT maknanya keadaan terdesak yang memerlukan kerjasama dari semua pihak.Masa ni,tiada UMNO tiada PKR,yang ada hanyalah kesepakatan untuk membantu mengatasi masalah.
Ada sahabat2 teman kata...oooo masa ini baru nak cari PM!
Jawapanya....mestilah!sebab dia PM,dia ada kuasa untuk beri arahan.
Sahabat2 teman kata lagi...kenapa tak cari Anwar Ibrahim?
Jawapan...come on man....politik lah dengan cara yang matang.Politik,agama,hak asasi manusia tu semua berbeza maknanya.Jangan lah gaul sekata.Asingkan!Berpolitiklah dengan bijak bukan dengan emosi.Anwar Ibrahim tu hanyalah Ketua Pembangkang!kalau dia PM,rakyat akan cari dia lah!
Cittttt!

Teman tak tahu apa yang berlaku,setiap kali PM beri kenyataan,nampak tak berapa cerdik.Walaupun dia cerdik sampai boleh jadi PM,tapi adakalanya teman rasa macam kurengggg sikit.Adakalanya,macam sengaja mencari alasan untuk menutupi kelemahan diri.Jangan lah marah teman,hanya pendapat golongan biasa yang tak kemana kot?hanya kat Diari kaku bisu ni je.
Yang pasti,teman rasa kecewa le sangat bila tatap gambar2 banjir ni...






Sepatutnya PM tak perlu fikir jauh sangat!fikir yang di depan mata...




Teman kongsi sikit le gambar2 yang teman copy and paste dari blog2 kat luar sana.Sorry lah ya..jangan le dakwa teman,buang masa je,tak ada duit nak bayar pun...
U see!bagaimana teruknya banjir lalu...
Hampir2 nak menutup bumi.Bayangkan?bagaimana nak selamatkan diri jika tak di bantu?bagaimana nak selamatkan anak2 jika tiada yang ambil peduli.Kemampuan yang ada terbatas,kecuali di bantu kerajaan.
Kenapa kerajaan?
Sebab kerajaan ada semua tu!ada TLDM,Ada TUDM,ada ATM,ada BOMBA,ada POLIS LAUT UDARA DARAT dan lain lain lagi.
Ada kapal perang,ada kapal laut,ada kapal udara,pendek kata ada kepakaran dalam menangani bencana.
Pada teman masa ni le kita tunjukkan kepakaran.Kita nak tunggu bila lagi?
Jentera2 yang ada kalau tak di gunakan,nanti berkarat!tup2 terbakar tak tahu punca.

Masa banjir beso lalu...
Anak sedara teman tumpah darah,kelam kabutlah semua orang.Telefon mohon bantuan.Jalan darat dah tak boleh sebab air dah naik tinggi.Jalan terbaik hanyalah mengunakan pengangkutan udara.Nak tahu apa berlaku?
Helikopter dah tak ada,semua dah di hantar ke kawasan banjir.
SEMUA?
Berapa agak2nya helikopter yang kita miliki?
10 biji?subhanallah!sikit gillaaaa!
Cadangan,naik bus dari Jerantut ke Temerloh.Pusing keliling....5 jam baru sampai.
Mohon di hantar ke KL,jawapan yang di beri...lain jajahan!
U see!di saat getir pun,masih berkira.Tak suka mudahkan kerja.Suka lalui jalan sukar.Dari Jerantut ke KL tu tiada masalah.Tapi tetap nak hantar ke Temerloh yang berliku.
Masa nak bantu kakak teman yang dah berendam dalam air sampai ke pinggul.Cari tali dari air penuh sampai surut!bila ada tali,air dah tak ada!
(tali di gunakan untuk ikat mangsa berkait sdi antara satu dengan lain supaya tak di hanyut air)
Kakak teman (warga emas) hanya ketawa gelihati.Bila di tanya,jawapnya....SABO JE LE...

Balik pada DARURAT tak dapat claim.Sebenarnya...semua orang tahu,tiada insuran yang akan bayar kos2 akibat bencana alam kecuali kita ambik policy yang berkaitan.Kecuali insuran nyawa atau lain2.Tapi masih ada budi bicara yang boleh di perjelaskan oleh pihak insuran.Kita tak perlu memandai mandai kata sesuatu sebelum yang arif memberi penjelasan.
Tarikh darurat akan di ambil kira,jika DARURAT di isytiharkan pada hari ke 5,maka 4 hari awal masih boleh diambil kira.Pendek kata....tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.Tiada akta yang tak boleh di gubal kecuali AL QUR AN.
kesimpulannya...alasan isytihar DARURAT,CLAIM TAK DAPAT!itu bukan alasan yang kukuh,itu sekadar kata manis memujuk hati.
Pada teman,tiada yang lebih bernilai daripada nyawa dibadan.Semua harta benda dah pastinya hancur!
Masa tu,mangsa tak terfikir insuran bagai!yang mereka mahukan hanyalah bantuan untuk menyambung nyawa diri dan keluarga.
Malangnya.....bantuan tak ada,yang ada hanyalah bayangan masa depan yang belum pasti.
Yang tinggal hanyalah kesedihan,kemurungan,kepenatan yang tak berkesudahan.
Walaupun setiap musibah itu datang dari yang berkuasa.Tapi kita kena sedar...
Kita antara penyumbang bala ini.




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?