CUTI ORANG ADO ADO

KADANG2 MELEBIH LEBIH PULAK!

Di saat negara di landa musibah,para pemimpin kita berada nun jauh di sana.
Patut lah...tak nampak kelibat Ahmad Maslan,Hisamuddin,PM dan lain  lain lagi.
Rupa2nya mereka menghabiskan cuti di luar negara.
Yalah kan....cuti orang ado ado....main salji,cuti orang macam teman....
Gi rumah sedara mara je.
Nak tido hotel,mahal!
Tak mampu  wehhh!

Di saat negara di landa banjir beso,PM kesayangan kita.gi main golf!main bukan dengan calang2 orang sehh!Obama.Setahu teman,bukan senang nak main golf dengan Obama kalau tak betul2 di sayangi.
Muahahahaha!
Hebatkan?PM Najib tak sehebat Mantan PM Tun Mahathir atau Ahmad Badawi.Dia lebih hebat dari mereka.Kehebatannya amat terserlah!PM dengan Obama boleh tepuk2 bahu tau!
Alasan?

Di saat rakyat mati lemas,mati kebulur....para pemimpin kita bersuka ria di luar sana.Bersuka ria dengan keluarga tercinta.
Apa nak buat,kita orang biasa biasa je...
Nasib orang biasa biasa...memang macam tu!selalu jadi mangsa keadaan.

Di saat rakyat mati anak ,mati suami,mati isteri...
Para pemimpin kita,dok santai2 sebab keluarga ada di depan mata.
Apalah malangnya kita kan?
Para pemimpin kita betul2 mengunakan kuasa.Janji rakyat di dahulukan hanyalah slogan kat kain rentang je.Hakikatnya?
Habuk pun tarak!

Setiap tahun banjir melanda.Kadang2 ok ok je,kadang2 macam tak terduga dek akal.Tak tahu dari mana air tu keluar!banyak sungguh sehingga teman sendiri pun takut!
Ada masanya teman berfikir...
Tidak terfikir untuk mengatasi masalah banjir yang melanda.Tak pernah mencari punca untuk mengatasi masalah banjir.Tak pernah terfikir untuk menyediakan kemudahan asas buat mangsa banjir.
Setahu teman,banjir melanda kita setiap tahun!
Dulu...teman pernah dok dengan kakak teman kat kawasan banjir beso.Suaminya anggota keselamatan.Masuk je musim tengkujuh,semua makanan kering,makanan dalam tin dah sampai kat rumah sebagai bekalan di saat di perlukan.Semua cuti di bekukan.Kakak teman pun dah siapkan baju2 untuk di bawa pindah jika keadaan terdesak.Barang2 yang perlu di simpan akan di ikat rapi dan di letak atas almari.Semua siap tersedia jika air naik mendadak.Perahu,motobot semua di siapkan agar tak rosak di kala air naik melimpah ruah.

Semua di atur sempurna.Teman pun kena balik kampung awal,sebab takut terkandas bila air melimpah nanti.
Teman perhatikan,semua kemas tersusun di tepi dinding.
Teman rasa kagum.Mereka bersedia untuk menempuh musibah.

Tapi...malang sekali,bila banjir demi banjir....
Kita tetap tak bersedia.Sahabat kata...mereka tak sangka air banyak sangat!atau pun bala dari Tuhan.Banyak sangat maksiat!
Tang ni,teman tak boleh kata apa.Benar!bala dari ALLAH.
Tapi kadang2,ALLAH nak lihat kesepakatan kita.Kerjasama sesama kita amat di perlukan.Bila rakan taulan dapat musibah,apa yang kita buat?
Dok senyum senggih je ke?
Tak!kita kena bergabung tenaga untuk menyelesaikannya.

Malangnya. 'kita' yang ada kuasa di tangan,tiada di saat2 genting ni.Bagaiman pula?
Muhyiddin kata...tak pe saya ada untuk menyelesaikannya.Kalau saya tak mampu,baru saya akan panggil PM balik.
Aduhai.....TPM ada pun tak guna,sebab kuasa ada kat PM.
Rakyat sebenarnya semakin meluat.
Rakyat sebenarnya semakin tenat.
Tapi...pemimpin kita semakin naik lemak.Tak perasan,rakyat dah muak!

Sahabat kata...Untuk mengatasi semua ini,mudah je,mulai tahun depan,Para pemimpin kena ambil cuti luar dari musim hujan.Banyak2 bulan,mengapa mesti bulan 12?Setahun ada 365 hari,banyak masa untuk mereka pergi makan angin.
Sahabat kata...cuti sekolah!mungkin anak2 dia masih bersekolah?
Teman jawap....cuti sekolah ada beberapa kali dalam setahun.Atau kalau dia rasa nak bercuti sungguh!ambil lah cuti bersurat!kalau setakat seminggu,boleh aje!
Teman pergi umrah pun masa sekolah.Teman tak boleh tunggu anak2,antara suami dan anak2 yang lebih penting ialah suami.Kalau suami tak bekerja!mana le teman nak dapat duit?
Tak gitu Kak Jemah?


Ikhlas teman nak kata..
PM umpama bapa kita,dia yang berkuasa untuk jaga rumah kita,jaga ekonomi kita dan jaga kebajikan kita.Sebab tu,bila bapa tak ada,mak mesti ada!kalau dua dua tak ada?anak2 tak tahu nak buat apa.Sebab kita dah di didik mendengar arahan ibubapa sahaja.
Kalau jiran suruh kita buat sesuatu pun,kita akan rujuk pada emak atau ayah.
Boleh ke kita ikut cakap jiran tu?
Tak boleh kan?kita akan tetap tunggu arahan ibubapa.
Bila ibu atau ayah kata OK,baru keyakinan timbul dalam diri.

Bila PM dan menteri balik....
Semua dah selesai,yang tinggal hanyalah serpihan harta yang terbarai.
Pemimpin yang di sayangi tak sama2 merasai kepedihan hati.isytihar darurat pun payah,walaupun semua dah jahanam purba!
Alasan demi alasan di beri,rakyat dah tak peduli,untung nasib ALLAH yang beri,bukannya Pak Menteri.
Kita jangan mendonggak kelangit sangat,sesekali tunduklah ke bumi.Ingatlah...amanah yang di beri.Ustaz teman kata..kalau boleh kurangkan beban di bahu,jangan esok nak jalan pun tak larat.....
Apa2 pun...teman harap semuanya akan berlalu pergi..






Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN