CEMBURU BUTA

BUAT SUAMI ISTERI MERANA...

Bila baca berita ini,hati teman tertanya tanya...
Awat jadi lagu tu?
kalau cemburu sekali pun,kenapa le sampai di potong kaki tangan bini!
Tak senonoh sungguh!

Gara2 cemburu,seorang lelaki telah memotong kaki tangan isterinya.Semua itu berpunca dari perasaan cemburu membabi buta.
Ceritanya begini...
Isteri malang tu keje kat Spore,sebaik sampai di rumah nya di Kluang Johor,mereka berperang mulut.Masa kejadian,hanya ada ibu dan anak mereka sahaja.
Suami syak isteri ada kekasih gelap di tempat kerja.Macam biasa isteri mestilah menafikan.Lagipun...kawan2 je kot?
Seorang isteri jarang curang jika di bandingkan dengan suami.Mereka lebih cepat curang tanpa fikir panjang.Isteri curang sebab lelaki tak reti bahasa!ngurat sampai dapat!Kalau dah hari2 kena puji melambung,ayat cinta2 setiap setengah jam,hati mana yang tak cair?
Se alim mana pun isteri pasti....kecundang dek panah asmara.

Sambung balik ya...
Lepas gaduh2 macam orang gila,isteri nak keluar membelah belah barangan keperluan sekolah anak.Tapi suami kata ....JANGAN PERGI!
Isteri malang tak ambil pusing,di capainya tangan anak dan berlalu pergi.
Suami tak mahu kalah,di ikut belakang isteri dan....ZUP!di tetaknya tangan,isteri cuba melarikan diri,malangnya,dia jatuh dan peluang keemasan tak di buang begitu saja.Habis di tetak kaki tangan sampai PUTUS!
Selalu teman kata..
Orang lelaki,sepatutnya akal ada 9,nafsu ada 1.Tapi selalu teman baca...perangai diaorang ni macam nafsu ada 9 akal ada 1.kelmarin,seorang penganggur pukul isteri yang sedang mengandungkan anak dia sampai MATI!
Motif?
Pastilah cemburu.Dalam diam cemburu lelaki tak terbendung,hingga akal jadi kecik nau!
Teman rasa ngilu perut lihat gambar mereka.
Teman tak terfikir,bagaimana seorang suami yang di kasihi sanggup memotong kaki tangan isteri hingga PUTUS!
Walhal...tangan dan kaki itulah yang pergi balik kerja untuk mencari wang membantu suami untuk meneruskan hidup.
Isteri malang bukan pekerja koler putih,tapi bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Spore.
Bayangkan?
lepas ni,isteri malang dah tak boleh bekerja.Hanya dok diam kat rumah sebagai OKU dan mengharap ihsan orang.
Lepas potong tangan kaki isteri,suami durjana telah mengambil nyawa sendiri.Senang le hidup....
Akhirnya...itu yang di mahukan.Potong kaki tangan isteri dan kemudiannya gantung diri sendiri.
Tiada dakwaan sebab si pemotong daging tu sendiri dah kedunia kematian.
Anak dan ibu jadi saksi pada kejadian.Masa ambulan datang,isteri malang masih bernyawa.Terkial2 menunggu bantuan.
Suami ditemui tergantung di bilik atas rumah mereka.
ish,ish,ish,....tragis sungguh!tak terfikir dek kotak akal teman.


Sahabat tanya...
Bangsa apa?
Teman jawap..orang india,sebenarnya apa bangsa pun ada,melayu cina kalau dah cemburu melekat kat hati.Jahanam purba jadinya.
Sahabat kata lagi...melampau betul!sampai hati di potongnya kaki tangan isteri dia.
Teman jawap....bila marah dah melebihi kepala,semuanya tak boleh di ajak berunding.Mungkin betul kot si isteri tu ada skandal kat luar?
Sahabat kata...tak baik menuduh!
Teman jawap...tak ada angin tak kan le pokok bergoyang?
Sahabat kata...mungkin ada kera kat atas pokok?
Teman jawap...mungkin juga tu!kera lagi teruk dari angin.Angin tiup je,kera?selagi tak bercerai berai,selagi tu le dia goncangnya pokok sampai patah2 bagai.
Itulah manusia,ikut hasutan syaitan...
Walhal,lepas kita buat dosa,syaitan tepuk tangan dan berkata...
"Aku berlepas diri daripadamu ya manusia,sebenarnya aku takut pada ALLAH,Tuhan seluruh alam"
Kita?
Tersenggeh2 buat dosa..
kesian kan kita?tak sedar permainan syaitan akibat kurang ilmu.

Semuga apa yang berlaku,dapat kita jadikan tauladan.
Suami isteri hanya pinjaman,jangan susah hati jika salah seorang mahu bercinta lagi.
Dengan syarat!
Mestilah lepaskan pasangan baik2,beri semua tuntutan yang di minta.Kata nak kahwin lagi kan?mestilah ada wang!setakat ada gigi dan lidah je,teman nak nasihat agar muhasabah diri.
Lagi satu...jangan berselingkuh,selain dosa,nampak tak manis,nampak tak comel.
Lagi satu...jangan suka syak yang bukan2 selagi tak ada bukti depan mata.Orang suka jadi batu api,sebab tu ada syurga dan neraka.
Sebagai orang dewasa waras!
Fikirlah sikit,jangan suka sangat dengo kata orang.
Tak gitu Kak Nab?


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?