CELOTEH ANAK2

TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA!

Masa teman gi Vietnam,sebenarnya ada cerita yang teman simpan dari kawan2 teman.Takut diaorang bising kat teman.
Teman pesan dengan Alif dan Aaliya,jangan beritahu orang tau!jangan beritahu ayah tau!nanti ayah pun akan marah kat ibu.
Dua2 anak2 teman angguk tanda setuju.

Balik ke Malaysia,sepanjang hari teman terperangkap dalam janji.Hari2...ugutan di terima dari Alif.Salah sikit...ibu!cakap eh,cakap eh...
Puas teman jeling,tapi di sambut dengan gelak je...
Takuttttt!Yah...ibu takut!...
Dua2 gelak lagi.Dalam hati,tak boleh jadi ni..pasti dia beritahu apa yang terjadi.

Teman pun dah bersemuka dengan suami.Cerita dari A sampai Z.Selesai...
lebih mudah kautim dengan suami daripada anak2 kecik teman tu.

Semalam,sedang makan ramai2,dia boleh ugut teman depan ayah dan kakak2nya.
Ibu!beritahu eh?
Puas teman jeling tanda marah!dia buat tak tahu je..
Di pujuk oleh kakak,akhirnya cerita tak lagi jadi rahsia,Habis terbongkar semuanya.
Dari A sampai Z,semua tak menjadi rahsia lagi.
Kakaknya kata...Alif memang tak baik tau!tak boleh simpan janji.Ibu dah pesan dengan Alif suruh simpan kan?sepatutnya Alif simpan lah!
Serba salah mulai menghantuinya.Tapi tak menjadi masalah,suami teman dah faham,cuma saja2 nak lihat berapa lama dia boleh simpan rahsia.
Akhirnya...
teman sedar,Alif tak boleh di bawa berunding.Bukan penyimpan rahsia yang baik.Hanya salah sikit,kita di ugutnya balik.
Kalau sesiapa nak ajak pakat buat2 benda tak baik,Alif bukan orang yang sesuai.Jujurnya melampaui batas!
hehehe..


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI