CATATAN ROMBONGAN CHE KIAH

15HB DISEMBER 2014

Hari ke dua di Vietnam,buat teman mengenali kehidupan mereka.Sebenarnya mereka jauh ketinggalan,tapi jati diri mereka tinggi.Mereka meneruskan apa yang di tinggalkan oleh nenek moyang mereka,menjaga adat yang ada,mengekalkan hak milik tanah keturunan hingga sekarang.Sehingga ditanah keluarga,ada kubur2 lama yang sengaja di tanam di situ untuk mengelak dari di jual atau menjadi punca pergaduhan sesama mereka.
Tidak macam kita,mak ayah belum di kebunkan tapi geran kebun dah di selongkar dalam laci.

Kami sarapan di hotel,ada tertera  halal foods,memandangkan ramai orang melayu dan tak nampak bayang kepala tut!teman yakin Halal.
Mereka begitu menghargai peluang yang ada,menjaga pelancong satu kemestian apatah lagi dari Malaysia.Sebut Malaysia je pun buat mereka kagum,mungkin dalam hati mereka...orang Malaysia itu kaya raya!hehehe

Agenda pertama,Sungai Mekong.Untuk sampai ke sana,kami kena naik bus selama satu jam setengah.Sebelum sampai teman terbayang bus buruk,comot dan kotor.
Tapi anggapan tu meleset sama sekali.Bus itu besar dan sangat bersih.
Pemandu bus dan pemandu pelancong ramah walaupun pertuturan umpama itik dan ayam,tapi jangan risau,dah ada yang faham...Melayu Campa misalnya atau orang2 mereka banyak yang tahu berbahasa Malaysia.Pendek kata...teringat Mekah dan Madinah,orang arab pun dah boleh bercakap Bahasa Malaysia apatah lagi orang Asia.
Walaupun sikit2,tapi boleh lah..Cuma nak nasihat sikit,jangan tanya pasal HALAL,mereka akan jawap semua HALAL!bahaya tu...

Agenda pertama,gi Sg Mekong.Kami bertolak awal pagi,untuk sampai cepat!dalam perjalanan,kiri kanan sawah merentas alam,satu yang menarik,kat tengah2 sawah yang terbentang,kadang2 kita akan nampak kubur,Alasan?untuk mempertahankan tanah dari terjual dan mengelak dari bercokak sesama saudara mara.Satu contoh untuk kita buat di zaman sekarang,anak2 dah jadi mata duitan,dah sanggup buang ibubapa kat tepi jalan.Untuk kekalkan hubungan,jangan jual tanah yang ada,tanah dan kita sudah sama nilainya.Ada tanah I Love U,tak de tanah....piiii jalanlah lu!

Sampai kat Sg Mekong,kami naik bot besar,alaa...bot pelancong  untuk mengelilingi pulau.Banyak le juga pengetahuan yang mereka beritahu kat kita.
Teman teringat Melaka,kat sana pun ada jelajah naik perahu beso,cuma sungai kita kecil,sungai mereka beso!
Kami di bawa ke sebuah pulau,teringat Pangkor.Produk asasnya madu lebah.Kat sini ada produk2 berasaskan madu lebah,seperti yang kita tahu....madu itu memang baik untuk kesihatan,cuma madu
manusia je yang tak baik untuk kesihatan kita kaum wanita.Madu yang bernyawa tu,boleh buat kita
sakit jantung!

Mereka dah susun atur perjalanan kita dengan begitu teliti.
Sebenarnya Sg Mekong tak menarik,sekadar sg dan air yang mengalir sahaja, keadaan tu dimana2 pun kita akan jumpa.Cuma kita ambik positif,iaitu menikmati bumi ALLAH.

Sebelum berperahu kecil,kita kena ikut lorong2 kecil kiri dan kanan orang berjualan. Barangan yang
sama,yang beza hanyalah harga.Pandai menawar,kita akan menikmati syurga dunia.Malas menawar dan mengira,kita akan kerugian dan akan memarahi diri sendiri.
Sebelum sampai,teman tak terfikir keadaan begitu,pada teman...sungainya,keadaannya dan orang2 nya pasti sukses.
Malangnya,teman hanya dapat pahala kerana setiap yang cantik kita akan spontan!subhanallah cantiknya....

Menyusuri sungai dengan perahu juga pengalaman indah buat anak2 teman.
Seronok tak dik?
Dia jawap seronok!
Nah! itu yang teman nak dengar...pengalaman lama buat kita,tapi baru buat mereka.

Hari ini,kami di bawa singgah ke China Town,pasar besar yang jual macam2 barang.Biarlah teman jujur,kalau setakat kita nak beli sehelai dua baju,jangan kata membeli belah,kat Malaysia lagi murah!kalau kita naka berniaga,inilah tempat paling sesuai untuk anda,untuk teman...saja2 buang duit yang dah tak ada.
Tak mengapa,teman hargai peluang yang ada...
Terima kasih kat suami yang izinkan teman meneroka dunia bersama si kecik teman.Terima kasih sekali lagi.

Teman masuk sebentar.tak sampai 20minit,teman pimpin anak2 sambil kepit hand bag,pesanan pemandu pelancong,buat teman gentar!

Di sini bukan tempat teman,walaupun murah,resiko tinggi buat teman dan anak2.
Kami menunggu yang lain di hadapan pasar,menanti dalam hati...macam gini hidup mereka.Bersimpang siur!sakit kepala teman....
Kalau cerita dengan suami,pasti dia kata....macam kat Malaysia tak de kain!
Kalau teman cerita apa yang berlaku di sebalik tabir,pasti tiada lagi esok untuk teman.Suami akan kata...tak payah pergi lagi!hehehehe

Kat Vietnam motor tu satu keperluan,setiap keluarga pasti ada motor untuk ke sana ke mari.Nilaian tanah yang melambung tunggi,membuatkan pihak pengurusannya bina banggunan tapi parking di abaikan.Ianya menjadi punca masyarakat tempatan suka beli motor dari kereta.Bila kita nak lintas,kita jangan harap boleh ke seberang, jika kita tunggu tepi jalan,alamatnya sampai esok! masih kat situ.Pada teman,di bandar sesak begini,keberanian tu sangat di perlukan.Pandai menawar harga satu bonus,kalau pemalu.....maknanya,kita akan rugi.
Dalam ramai2 kawan,ada seorang yang muka candi tawar harga,lepas teman pilih....
 wehh!jalankan kerja!
Dalam marah,dia buat juga...
Pada teman,oklah!setidak tidaknya boleh juga untung sikit.

Balik dari China Town,kami terus ke hotel....
Fuhhh! kaki dah macam tak daya nak melangkah,baju dah busuk semacam.
Tapi..peliknya!bibir tetap merah menyala!
 Muahahaha!

Malam,lepas makan......
Kami jalan2 kat area hotel,beli ciku yang paling besar sizenya yang pernah teman lihat,tapi manisnya subhanallah!
Beli mata kucing...
Beli limau,mangga....
Dan..
Akhirnya balik dan zzzzzzzz


 







Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF