CATATAN ROMBONGAN CHE KIAH

14HB DISEMBER 2014

Teman bertolak dari Perak awal pagi,sedih teman nak tinggalkan suami dan anak lelaki teman,bukan apa,tak pernah teman berpisah dengan mereka kecuali masuk hospital sebab nak bersalin.Selama kahwin kemana jua mereka berada,teman ada di sisi kecuali hal2 tertentu.
Teman juga sedih tinggalkan Tom dan Lucky,dua ekor kucing yang mendidik jiwa teman agar redha dalam banyak hal kebendaan.
Mujur teman bawa dua anak kecik yang bakal membuat teman huru hara!

Sampai di KLIA,anak dara teman dah tunggu.Dalam hati,dah beso anak teman,dah boleh drive kete hingga ke KLIA!hubungan teman dan anak2 rapat sebenarnya,mereka berat hati nak lepaskan teman.Pada mereka,pemergian teman ni sesuatu yang pelik kerana tak pernah teman lakukan selama hidup mereka.

Kami terbang lepas tertangguh selama hampir setengah jam.Sepanjang penerbangan,dalam kepala fikir macam2,tapi teman yakin!ALLAH jaga teman sepatah kata Aaliya.
ALLAH kan jaga kita?
 Dan teman selalu jawap...betul dik,ALLAH ada....ALLAH jaga kita..

Selalunya,bila terbang bersama Mas Airlines...
Teman tak pernah melihat apa yang ada ditroly pramugari comel seksi,bila mereka tanya nak minum apa?teman jawap,plain water,amboiiii Kak Jemah!cakap omputih!
Muahahaha!yang tak fasih bercakap Bahasa English terkial kial nak menjawap,walhal sesama bangsa tu!bila kita kat awan biru,Bahasa Malaysia terhapus sama sekali!
Itulah kita,tak mahu kekalkan apa yang kita ada..

Lepas kecuh2 kat blog,harga tiket yang kita bayar,termasuklah arak!teman rasa takut,ishtifar banyak2,teman cakap dalam hati,Ya ALLAH,ampunilah kami,kami terpaksa menaikinya kerana itulah sahaja kenderaan yang sesuai untuk bawa kami meneroka dunia.Dalam pada tu,teman jeling juga,teman nampak ada botol minuman keras,hati berkata,dalam penerbangan perlu minum2 ke?kalau nak minum2 gi le pub ke,kedai minuman keras ke?dalam pesawat nak mabuk ke?sepatutnya pengurusan kena sensitif  benda2  macam ni.Orang kat atas tu kan beragama islam?Muastahil!tak tahu.Pada teman,Jangan mua kan sangat!mereka nak suka2,kita yang merana.Huh!

Kami sampai diVietnam pukul 4.05 petang waktu Vietnam.Beza waktu kita dan Vietnam lewat sejam je.Subuh kita pukul 5.48 pagi,subuh mereka pukul 4.48 pagi!maknanya teman kena bangun awal pagi!selalunya suami kejutkan subuh,kali ini pandai2 le bawa diri.Kunci jam sendiri,tutup jam sendiri.Pendek kata...berdikari dengan dua anak kecikku itu.

Dari jauh teman lihat,lapangan terbangnya tak secantik kita dan tak secanggih kita.Mereka serba
sederhana tapi tak rugi sampai bangkrap macam kita.
Muahahaha!

Kedatangan kami telah di susun dengan kemas oleh ketua rombongan.Walaupun warga emas,tapi cemerlang.Teman kagum dengan kekuatan yang dia ada.
Alif tanya..ibu,berapa umur opah tu?
Teman jawap 63thn kenapa?
Alif jawap..Alif rasa semangat dia shoopping macam orang mudalah!
Dalam hati teman hanya mampu kata..bertuah punya anak! sampai ke situ dia perhatikan kita.
Dengan harga RM970.00 sekepala,kami rasa selamat dan dapat meneroka negara Vietnam dengan aman dan gembira bersamanya.

Kami sampai di hotel,kami rehat untuk melepaskan lelah dan malam keluar untuk menjamu mata di
pasar.Kat sini,makanan  halal bukan lagi masalah.Banyak kedai melayu campa yang berjaya
meletakkan diri sebagai daya penarik pelancung dari Malaysia.Nak tahu?
Dengar2 rakyat Malaysia,penyumbang utama ekonomi Vietnam. Bab belanja sakan,orang melayu sangat HANDAL.
Sebab tu,ada nama Jalan Melayu,berhampiran hotel kami.Fuhh!penangan orang melayu,mana pergi ada yang kenang.

 Masa teman jalan,ada penjual2 tepi jalan yang akan tarik2 kita,jual beg kulit,jual mainan kanak2.AWAS!kalau tak minat jangan le layan,segerombolan akan datang berjualan kat kita,mereka akan asak kita sehingga kita kelemasan. Pesan kat anak2,bila mereka beri limau,kacang atau apa2 pun,jangan ambil!bila kita ambil je,itu tanda jadi dan kita kena bayar apa yang kita tak rancang untuk beli.
Sepanjang jalan,ada macam2 barangan di jual. Sebut je nak apa?semua terhidang di depan mata.Perlu ingat! gunakah duit kita supaya kita tak tertipu,duit Vietnam ribu2,juta2..

Setakat hari ini nilai duit dia 100 ribu,duit kita RM16.50 sahaja.Awal2,teman pun keliru! bertambah pula dengan asakan dia,buat kita berpeluh luar dalam.
Kerjasama dari rakan2 seMalaysia banyak membantu,ada yang datang kat kita,bisik kat telinga jangan beli,mahal!awak boleh dapat RM5.00 satu kat kedai depan tu.Masa tu,anak teman nak barang mainan je,teman beli 3,jurujual tu letak harga 350 ribu.teman tanya satu piring hiasan,mereka letak harga sampai 700 ribu dong! mujur ada yang bantu bisik kat telinga...jangan beli,minta kurang atau cari lain.
Dalam hati,itulah harga yang kita tak terbayar dalam kehidupan bermasyarakat.KERJASAMA antara kita.
Kita tak terfikir kita akan jadi mangsa sebab keghairahan membeli dan masih kurang jelas nilai mata wang negara yang kita kunjungi.
Semua tu,pengalaman mendidik kita supaya berhati hati.

Sepanjang jalan balik,teman pimpin tangan anak2.Sebelum ni,teman pernah bawa mereka pulang ke
Johor sendirian,kali ini teman membawa mereka terbang ke awan biru.
Teman nak beri mereka pengalaman baru jauh dari tanah air.

Sepanjang jalan itu,teman rasa seronok,kerana mereka ada bersama......
Walaupun teman rindu suami dan anak2 yang lain,setidak2nya mereka ada buat peneman.
Bayangkan jika tiada mereka?
Teman pasti akan rasa bersalah,teman disini dan mereka di sana.
Teman pasti akan rasa bersalah,dan akan sentiasa dalam kemurungan.

Cukup sampai disini,teman nak tido,mata dah tak boleh buka lagi,anak2 dah lama zzzzzz
Maaflah teman jika ada ejaan dan ayat lintang pukang,selalu teman guna laptop,hari ini hanya mampu menaip guna hp je.


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN