BERTAHUN DI GUNAKAN AKHIRNYA...

JALAN2 ITU DI BERI NAMA BARU....

Dalam kehangat isu NAIK harga.
Pihak tertentu masih ada masa fikir untuk tukar nama jalan.
Jalan yang sejak dulu di kenali sebagai jalan sekian dan sekian...
Telah di tukar kepada nama2 baru.

Pada teman,apa ada pada nama?Ianya hanya sebutan di mulut tapi tak berapa penting untuk di fikirkan buat masa sekarang.
Sedang rakyat bergelut dengan masalah yang lebih besar.Ada lagi pihak yang santai2 cari nama baru untuk jalan2 yang lama.Lainlah kalau jalan baru di beri nama,itu normal.Kalau jalan lama sibuk nak di tukar nama!itu rasanya macam tak ada keje kot?

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:
 
1.Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2.Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3.Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4.Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5.Jalan Khidmat SetiadanJalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6.Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

Nama2 jalan ini berkuatkuasa mulai 26hb Disember 2014.
Sekian...

Walaupun nampak kecil tapi IMPAKnya besar sekali.Walaupun nampak remeh,tapi menyusahkan!
Dalam hati teman...dalam banyak2 perkara yang ada kat MALAYSIA,kenapa lah nama jalan yang mereka 'terfikirkan'.
ish,ish,ish...

Bila di tanya..kenapa mesti tukar nama2 jalan ni TUAN?
Dr Ismail Tapa (pengurus perancangan Korporat DBKL jawap..
Kita tukar nama2 jalan ni sempena nama raja2 yang pernah di tabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong.
Oooo...itu je alasannya.Kan boleh di beri nama2 cantik tu kan kawasan yang baru.Mengapa mesti diberi kepada jalan2 yang dah satu dunia tahu?
Dah bertahun2 kita guna,bila sebut je Jalan Duta,kita terus teringat akan kawasannya,pokok2nya dan segala apa yang ada di situ.Sebut ke Jalan Semarak...automatik,kita akan tergambar jalannya dan apa yang ada di situ.
Tup tup tup...kita terpaksa menghafal nama baru yang pasti melecehkan.
Orang dah naik ke bulan,kita masih meraba raba mencari diri sendiri.

Buat teman...
Sejarah tetap sejarah,ianya tetap akan di kenang jua.
Selagi tiada tangan yang gatal mengubahnya.Sejarah  tetap tersemat di hati.

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?