BANTUAN BANJIR

YANG KITA TAK PASTI KEBERKESANANNYA.

Sana sini orang hantar bantuan.Sana sini orang susun beras bagai.
Derma kilat merata!
Penuh tong derma yang selalunya kosong dan ringan.
Sana sini orang buat T shirt dan minta kita sumbang sehelai dua.
Pada teman,ramai orang menakuk di air yang keruh.
Pada teman,hari biasa pun orang dah melambak menipu!apatah lagi di saat cemas begini.

Kerajaan dah peruntukan RM500JUTA!(lebih setengah je dari pinjaman lembu untuk Menteri)
Jika di agihkan dengan baik,pasti semua puas hati.Pasti mangsa dapat meneruskan kehidupan sementara yang lebih baik.Pada teman....binakan rumah mereka semula,tak perlu beso panjang!cukuplah yang sederhana agar mereka tak merempat kelak.Tapi ingat!jangan lah ada yang cari untung.Satu rumah sekian,aku letak harga sekian......kaya,kaya,kaya...
Jangan lah!beri ikhlas dan nawaitu hanyalah kerana ALLAH s.w.t.Kita gembirakan mereka,ALLAH akan gembirakan kita,kita mudahkan urusan mereka,ALLAH akan mudahkan urusan kita pula.
Ini tidak!tahun lepas punya kes pun belum selesai lagi.Mangsa banjir kat Pahang kata...
Peti ais yang di peruntukan kepada mereka laaaaaa ni masih tak dapat!
Hampir 4000 mangsa masih menunggu bantuan yang di janjikan.Masa banjir beso tu,Presiden UAE,Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dengan murah hati telah menyumbang RM32,5JUTA kepada mangsa2 tu.Di campurkan dengan bantuan kerajaan dan derma kilat seluruh Malaysia.Masih tak mampu ke nak bantu mangsa2 tu?Ikut hukum akal,lebih dari cukup!ini tidak...dah nak masuk tahun 2015,masih ada urusan yang belum selesai.

Bayangkan mangsa tahun 2014!mahu jejak awal tahun 2017!baru selesai.Itu pun pihak media campurtangan!kalau setakat sok sek sok sek tepi telinga.Faham faham le sendiri.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri le jawapnya.

Semalam,anak sedara teman jual baju T untuk di sumbangkan kepada mangsa banjir.Warna hitam,dan tertera nama penaja.
Teman tanya...berapa?
Dia jawap...RM21.00 termasuk wang post.
Teman tanya lagi...warna apa?
Dia jawap hitam je.
Teman kata....
Sepatutnya,tak perlu jual baju T macam ni,alangkah baiknya,setiap wang yang berjumlah RM21.00 tu terus di masukkan ke dalam tong.Kenapa mesti nak berniaga?tak ke itu maknanya penaja menakuk di air yang keruh?Dalam waktu yang sama dia untung,post laju untung,mangsa?dapat le ciput..
Pada teman....itu bukan caranya di saat2 begini.Caranya biar telus.Jangan ada agenda tersendiri.
Tak gitu Kak Jemah?

Bila ingat2 balik...
Kita jangan salahkan hujan,kita jangan salahkan angin...
Tapi salahkan diri sendiri.
Sikap kita yang telah membelakangi agama,sikap kita yang tak mempertahankan agama,sikap kita sendiri yang telah memperlekehkan agama...
Sahabat teman tanya..pandai je..
Teman jawap...HUDUD misalnya.Apa kesudahannya?
Sahabat teman hanya diam,tak tahu nak kata apa...
Itulah sebenarnya punca kenapa banjir beso tiba mendadak.Selalunya tak sampai ke bumbung tapi kali ini...jejak hampir ke bumbung tinggi.Teman tak kata kat Kelantan,kat mana mana pun sama...Semalam kat Penang,kat Trengganu,pernah kat JB banjir melanda teruk,sampai habis kain baju di lelong.
Jangan salahkan PR atau UMNO,salahkan diri kita sendiri.Ini bukan masa menunding jari ke muka,ini bukan masa nak salahkan orang lain.Tapi salahkan diri sendiri.
Seberat2 batu,berat lagi amanah di bahu.
Bantuan yang di beri,hulurkan sepenuh hati,tanamkan dalam hati rasa simpati.Kalau kerosakan sebuah rumah,jangan pula beri RM150.00 setiap mangsa.Pandai sikit buat kira2...
Jangan pula keadaan mangsa tetap sama,tapi tukang agih tukar kereta!

Maaflah ya...
Teman tak tuduh tapi cakap cakap kosong je...
Biasanya itulah yang berlaku.Masing2 penuhkan tembolok sendiri,saki baki baru beri kat orang yang memmerlukan.kadang2 pemberian pun entah apa2,TV,radio,beras berguni2,tapi penanak nasi tak ada...
Gula berkati kati tapi cerek,gas tak ada....
Kopi berkotak kotak!kain baju berguni guni...... tapi......rumah tiada,itulah yang berlaku,pemberian tak sepadan.Bila orang tegur,kata tak bersyukur....
Akhirnya......
Mangsa telan sendiri je le...
Apa nak buat,pisau kat tangan dia,pistol kat tangan dia....
Hantam sajalah labu.......



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA