BANJIR DATANG LAGI..

KALI INI LEBIH TERUK DARI DULU..

Bila baca bila tonton kat TV,terluah juga....kesian.
Sahabat kata kenapa u kata kesian?
Teman jawap...dah gitu ghupenya!kesian lah kan?
Sahabat kata lagi...tak boleh kata gitu,ini semua dugaan dari ALLAH.
Teman jawap...betul,dugaan dari ALLAH tapi kita kena berusahakan untuk mengurangkannya.Banjir besar datang setiap tahun.Kita bukan tak pernah alami,Tahun lepas,kat Pahang kan teruk banjirnya.Dugaan ALLAH itu saya faham.Kadang2 ALLAH beri dugaan untuk kita sepakat mencari penyelesaiannya.Sama2 mencari punca kenapa air boleh melimpah ruah.Mungkin sebab sistem peparitan kita kurang baik.Banyak tempat tersumbat.Longkang kecil sangat,tak mampu nak tampung air yang mengalir,jikalau alirannya sempurna mungkin air akan mengalir kelaut semula.Mungkin terlalu banyak pembangunan sehingga tiada ruang terbuka lagi untuk air menyerap ke bumi.Seribu kemungkinan yang menjadi punca.Dan yang nyata...setiap bala itu maknanya ALLAH sedang murka.Titik!

Dah masuk tang agama,teman mohon maaf,teman tak berapa arif.Yang teman tahu!setiap bala ada sebabnya.Sama2 lah kita berdoa agar ALLAH selamatkan kita semua terutama mangsa banjir di sana.
Kami tak dapat menolong tapi ada pihak2 tertentu yang akan segera membantu.
Kami yang jauh hanya mampu menadah tangan memohon agar ALLAH selamatkan kita semua.
Amin.

Sebut banjir,sebenarnya teman pernah alami sendiri.Pada teman orang mendatang,banjir tu bukan pesta,tapi kedukaan,kesejukan dan ketakutan buat anak2 kecil dan teman sendiri.
Bagi mereka,banjir beso itu normal,mereka masih boleh berpesta mandi manda.Mana tak seronok,buka pintu je nampak air...Apalagi,bukan baju dan terjun.Teman sebagai orang yang pertama kali menghadapinya,seram sejuk tahaf gaban!

Sekitar hujung tahun 1998,kami maksudnya teman dan keluarga kakak menghabiskan cuti ke utara,kebetulan ada orang kahwin diKedah,jadi kami langsung ke Kelantan.Dalam perjalanan,hujan memang dah turun cuma tak terfikir akan berlanjutan.Sampai di Kelantan,hujan makin lebat.Kami masih tak terfikir ini punca2 banjir beso!
Macam perempuan lain,kami ulang alik ke Pasar Khadijah membeli itu dan ini.
2 hari 2 malam kami di Kelantan,kami masih tak sedar,kami sedang di intai musibah.
Bila tempoh cuti di Kelantan tamat,kami nak ke Trengganu pula,lepas sarapan kami pun memulakan perjalanan pulang.Lalu jalan Gua Musang dalam rintik2 hujan.Sepertengahan jalan,kecuh!semua kereta u turn...kedengaran orang ramai menjerit...Jalan Gua Musang tak boleh lalu,ada tanah runtuh!
Wah!hati mula dak duk dak duk...
Pusing juga ikut orang ramai,tapi tetap tak tahu hala tuju.
Kami jalan terus lihat signboard,ikut arahan yang di beri...tetap tak selamat.
Kami tambah kalut,hanya ALLAH je yang tahu...
Tapi..
Kami lihat orang tempatan....cool je,masih boleh mandi manda,borak2 kat kedai kopi.
Dalam hati...dah tempat kau kan?sebab tu...rilek semacam je.Aku!darah macam dah kering dari badan,sejuk kaki tangan.Hilang punca....
Dalam perjalanan,kami jumpa jembatan kayu tapi masih boleh di lalui.Kamim redah juga,sebab kami dah buntu,tak tahu nak kemana.Masa tu mana ada GPS,yang ada cuma signboard kiri kanan jalan.Hujan terus mencurah,tak nampak tanda2 berhenti.Perjalanan kami berliku,adakalanya,sempadan hanya tiang2 eletrik selainnya lautan air melimpah tinggi membasahi bumi.Kita takut,kita bimbang,tapi orang tempatan tampak riang,mandi manda sambil ketawa.
Kami?
Rasa nak pengsan,fikir kemana nak di tuju.
Puas berpusing keliling,akhirnya perjalanan tu terhalang dek air dah tinggi di jalanraya berhampiran Masjid Permaisuri Setiu,Trengganu.
Semasa kami sampai,orang ramai dah memenuhi perkarangan Masjid,sana sini orang duduk berbual isu yang hangat masa tu iaitu....kita tak boleh nak menyebarangi air banjir depan mata,dan kita juga tak boleh menyeberangi jalan di Chalok Trengganu.Air di kawasan tu,bukan paras pinggang tapi dah sampai kekepala lelaki dewasa.Masa tu kami betul2 panik,jalan2 ini benar2 tak boleh di lalui oleh kereta kecuali lori2 beso sahaja.Motor?jangan harap lah.....

Suka tak suka...
Kami kena bermalam juga di Masjid.Kami kena akur,kali ini teman antara mangsa banjir yang dapat bantuan makan nasi kawah.Kami di tempatkan di stor letak periuk belangga,kami tidur beralaskan lengan je.Kami tak boleh kata apa2 sebab kami benar2 dalam kesusahan.
Lepas maghrib,AJK masjid datang tanya detail mangsa banjir.Kami terpaksa akur....
Kami juga mangsa banjir walaupun kami musaffir yang terkandas di perjalanan.

Malam tu,mereka masak ramai2,gotong royong...
Jujur teman kata...kami tak makan,kami tak jamah pun sebab kami lihat,masih ada orang yang lebih menderita.Sehelai sepinggang di angkut ke situ.Bila di tanya...
Rumah mak cik dah di hanyut oleh air.
Rumah kami dah tak ada.....
Datang tak bawa walau sebatang berus gigi pun...
Bayangkan?
Teman sekeluarga walaupun mangsa juga,tapi masih ada rumah,masih ada duit saku.
Mereka?
Tak ada apa2 langsung!

Malam tu,kami cari makan di luar,kami tinggalkan mangsa yang sebenar benarnya di situ,Biarlah mereka makan,biarlah mereka makan sekenyang kenyangnya.Itu bukan hak kami.Diluar masih ada orang berjualan dan kami makan di situ mengalas perut yang tak lapar dek kebuntuan akal mengenangkan nasib diri terkandas di situ.

Malam tu,kami tak tido,tak boleh pejam mata pun!
Kalau baring pun,tangan kat dahi.Mencari kekuatan diri.
Sesekali keluar meninjau jalanraya yang telah di penuhi air deras.Bila lihat lori yang besar2 lalu selamba,hati terdetik....untungnya,rasa macam nak tumpang je.

Pukul 5 pagi,kedengaran orang ramai kata...dah boleh lalu!kancil pun lepas!
wah!kami tak fikir panjang,kami perlu keluar dari sini,kami perlu balik ke rumah,Ini bukan tempat kami.
Angkat anak2 masuk kereta,yakin pada ALLAH....
Semuga semuanya selamat.
Kami redah air perlahan lahan,rasa laluan tu licin,mungkin jalan dah di penuhi selut,suami teman genggam stereng kuat2,dalam hati....hanya ALLAH yang dapat bantu teman.Masa tu,kiri kanan air penuh walaupun dah surut dari semalam.Walaupun surut,ketinggiaannya airnya melepas aras tayar,maksudnya,jika enjin berhenti.....tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami.Kereta pasti hanyut pergi ke tepi.Masa tu..tiada siapa yang dapat membantu,penyelamat hanya ada di hujung dan di pangkal sahaja.
Semuanya kerja ALLAH.
Akhirnya kami selamat melintasi air deras,tak mahu pandang belakang lagi.Nak singgah ke Trengganu pun tak semangat lagi.Terus balik ke Johor,tak mahu fikir apa2 lagi.
Anak2 di belakang tak faham apa sebenarnya yang terjadi.Yang mereka tahu....
Kami kena tidur kat Masjid sebab air naik,tu je...
Mereka belum tahu betapa besarnya resiko yang kami ambil tadi.

Sepanjang jalan,kami berharap tiada lagi rintangan yang datang.Cukuplah ya ALLAH.Sejuk perut pun belum hilang lagi.Sesekali ingatkan jalan yang hanya berpandu pada tiang eletrik,teman benar2 kecut perut.Tapi...orang tempatan masih mampu jalan sambil tarik lembu di atas jalan kiri kanannya lautan air.

Bersyukur pada ALLAH,lindungi kami sekeluarga.Teman dapat selami keadaan mangsa banjir.Mereka dalam keadaan serba daif,tak selesa tido baringnya,tak sempurna makan minumnya walaupun bantuan di beri,hanya setakat untuk memberi tenaga.Masa tu...mungkin mereka tak kisah sangat pasal makan minum.Yang mereka fikirkan hanyalah nasib selepas banjir pergi.Ada yang tak ada lagi rumah,ada yang hilang saudara mara..
Semua tu bukan sandirwara tapi...benar2 menghantui jiwa mereka.

Kepada mangsa banjir,sabar ya...
ALLAH ada untuk anda semua.ALLAH sedang melihat kesengsaraan anda semua.
Redha sahaja itu lebih baik kerana ada ganjaran untuk anda di sisinya.
Biarlah PM kita tak ada di sisi,tapi TPM ada untuk menjaga kebajikan anda semua.
Cuma satu yang teman pinta...
Bila dalam keadaan macam ni,sila ketepikan fahaman politik,bantulah sepenuh hati,mereka juga rakyat Malaysia,pembayar cukai dan ada hak untuk menerima semua bantuan dari kerajaan.

Satu je ralat teman..
Dah berkali kali banjir melanda,kita masih di takuk itu.Tiada persediaan langsung.
Kita masih seperti dulu...
Sahabat kata...Opps!khemah dah bagus lah!
teman jawap...ya ke?kalau betul bagai di citer...teman hanya mampu jawap..baguslah!
Apa2 pun....semuga semuanya akan kembali pulih seperti biasa.
amin.

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA