BANDAR JOHOR BAHRU

YANG BERKERLIPAN...

Semenjak Sultan Iskandar meninggal dunia,Johor di kuasai oleh Sultan baru...
Tengku Ibrahim atau lebih di kenali sebagai Tengku Yem je..
Tak mahu le cerita lanjut mengenainya,sebab rasa2 teman,ramai yang dah kenal..

Balik dari Singapore,abang ipar teman ajak jalan2 kat bandar Johor yang dah banyak berubah.
Betul!
Banyak sungguh perubahan drastik yang berlaku.
Dalam hati...
Wah!cantiknya...
Sistem jalanraya pun dah baik dari dulu.Naik sini keluar sana!Wah!teman tak boleh fikir lagi...peta dalam otak kepala dah 100%berubah.Peta lama dah tak boleh digunapakai,teman kena upgrade ke peta baru agar tak sesat di kemudian hari.
Wah!banyak sungguh perubahan yang berlaku,maklum le..pemerintahnya masih jiwa muda dan akal pun masih bergeliga.
Teman tak mahu le cerita pasal jual tanah beli tanah bagai!teman nak cerita keadaan bandar yang dulu kusam kini bercahaya.
Komtar dulu yang hidup segan mati tak mahu,dah bertukar rupa ke arah yang lebih ceria.
Bersambung pula ke pusat membeli terkenal City Square dan berhubung pula dengan bangunan2 yang lain.
Cukup menarik dan teman kembang punggung melihat perkembangan terkini.Jika dulu....
sunyi je,bangunan pun muram dan suram.
Johor Central juga meriah setaraf bandar besar yang lain.

Gerbang selatan yang tergendala dan terbina indah,bercahaya cahaya di waktu malam.Flat Bukit Cagar dah terhapus sama sekali.
Susuri lagi...
Kat situ lah Pasar Karat!kata kakak...
Dalam hati,oooo...pernah dengar tapi tak tahu di mana.Rupa2nya di sekitar Merlin Tower.
Ada jual apa?tanya teman
Kakak jawap...barangan antik.

Pusing lagi...
Teman ternampak Tropical Inn..tempat dating teman yang pertama.Masa tu suami teman ajak makan malam.Pertama kali makan stek!muahahaha!..
Class kau nyah!tak pernah makan stek,tup tup tup....dapat makan dengan Putera Raja Jalan Mahmud Kg Baru.Kuala Lumpur.
Syukur....

Susuri lagi.....tak banyak tempat boleh di jejahi sebab JAM sana sini.
Bandar Johor Bahru bukan macam dulu,tapi dah jauh berbeza.
Sebenarnya dah banyak mall besar2 kat Johor.Kalau dulu hanya dua tiga je,sekarang dah lebih dari 10!
Kalau dulu,nak pergi cari baju melayu,pergilah ke Komtar,sekarang dah tukar kepada CCJB teman pun tak tahu apa kebendanya CCJB tu,yang pasti teman tak sempat nak jelajah masuk.InsyaALLAH ada kelapangan teman akan cuba masuk  dan melihat sendiri apa yang dijual di situ.
Angsana pun antara tempat yang dulu teman rajin pergi.Tapi kini...dengar2 ramai tak minat ke sana sebab terlalu ramai warga asing.
Bila teman ajak...adik kakak semua kata..malaslah!banyak sangat orang Indonesia.
Bila teman ajak ke Kotaraya...adik kakak jawap..dah tak ada apa2.
Ooo....dah kurang menyengatlah kalau macam tu.
Pelik kan?bila tempat2 banyak melayu,mall tu tak menjadi sangat.
Begitulah Komtar,Kotaraya,Angsana...semuanya berakhir dengan mati segan hidup tak mahu.

Kali ni tak sempat nak tinjau Jalan Dobi ..
Opss!tempat Mak Nyah pernah ngurat teman.Hahaha...
Masa tu,teman comfius,keliru...tak tahu nak pilih mana satu.Mak Nyah tu kalaulah dia berbaju lelaki,kacak gillla!tapi..dah depan teman pakai baju perempuan,macam mana le teman nak layan.
Kawan2 gelak je,habislah!Mak Nyah suka kau!
Teman jawap....tak kuasa mak!

Jalan lagi...Banggunan MBJB penuh berlampu.Kiri kanan lampu bercahaya.Pantai Lido dah tak ada...yang ada hanyalah penghadang pandangan menandakan ada sesuatu yang terbina di sana.Danga Bay?dah tak ada apa juga....kalau ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kemuncak!
Dari jauh kita boleh nampak hebatnya Mahkota ni,berkelip kelip lampu di atasnya.hebat!hebat!
Untung jadi orang kaya kat dunia,dipandang tinggi kemuncak dunia.
Orang biasa macam kita sekadar di pinggiran je.Ada duit baru boleh cakap!tak ada duit?faham2 je le..


Replika Mahkota Johor tersergam di tengah2 jalan.Di hadapan laluan ke Istana Bukit Serene.Hanya di situ tiada pembangunan.Pandangan masih luas terbentang.Selebihnya.akan terbina bangunan mencakar langit.Di jual hanya pada yang mampu memiliki.Rakyat macam teman ni,sekadar tukang sorak je.Nak lalu atas rumput di bangunan pameran pun tak mampu.Baru nak langkah,pak guard dah bunyi wisel,tanda kawasan larangan.
OMG!teman dah tak bebas macam dulu.Masa anak2 kecil,tempat tulah teman bawa anak2 belajar berjalan.Tempat tu lah teman makan rojak petis,buah potong,tempat tu juga tempat orang ringan2 tapu bukan teman,orang lain.Di situ juga selalu berlaku perarakan kemerdekaan,Maulidul Rasul dan tempat situlah.....orang kebanyakan berkelah di waktu petang.
Sekarang dah tak lagi...

Walaubagaimana pun,banyak tempat2 menarik yang ada di Johor.Legoland,Hello Kitty misalnya.Di sana juga anak2 boleh bergembira walaupun tak boleh bermesra dengan alam.Tapi boleh juga untuk melepaskan kelelahan.Yang mampu boleh ke sana,yang kurang mampu....anda masih boleh ke mana sahaja!asalkan tdak ke Pantai Lido.Di situ....tiada lagi ruang yang sesuai untuk teman dan anda.

Kepada semua..Hujan emas di negeri oran,hujan batu di negeri sendiri.Teman masih pilih negeri sendiri,walaupun terlalu banyak ranjau berduri melata di kaki...
HUH!



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?