AVANI GOLD COST SEPANG.MALAYSIA

PERCUTIAN KAMI UNTUK 2014.

Sejak anak2 dah ke universiti,teman tak macam dulu...kalau dulu,teman nak pergi bercuti ikut hati.Terdetik je nak cuti,terus cuti!
Sekarang tak boleh macam tu,teman kena tanya anak sulong dan anak kedua jika hendak bercuti.
Aina kata...dia mula exam 26hb ni.Mira kata..dia pun sama,minggu depan exam juga.
Bincang dengan suami,keputusannya kita ambil jalan tengah,utara tidak,selatan pun tidak!kita cuti tengah2 Malaysia.

Dah lama juga teman nak kemari,hanya lihat di internet mengenainya.Minat sebab dia unik,cantik dan romantik.Muahahaha!romantik le sangat..
Masa kami tiba,wah!cantiknya.Syukur pada ALLAH beri kami rezeki untuk ke sana.dari rumah adik teman,hanya memakan masa sejam setengah je.
Reka bentuk mengikut bentuk pokok Palma,teman di tempatkan di Villa dahan ke 3.Dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa,kami menikmati cuti sebelum memulakan semula kehidupan biasa.

Sahabat tanya..tak ingat Lucky dan Tom?
Teman jawap....ingat!mana boleh lupa....dua ekor kucing tu kalau boleh di bawa,pasti teman bawa kemana sahaja.

Resort mewah ni,buat teman terlupa sebentar rutin harian.
Senibina pada setiap sudut membuatkan teman terfikir...mesti tokey resort kaya raya!
Bukan senang nak maintain resort sebesar ni,walaupun dah lama,masih cantik dan tak luntur di telan masa.Para pekerja yang ramah,buat kita gembira.

Sebaik parking kereta,kita kena ambil baggi untuk ke bilik.Jika tak...
jenuh jalan kaki!
Teman selalu tanya pada pekerja bab makanan..Restoran kat sini HALAL tak?
Selalunya mereka jawap...HALAL!kalau tak halal,saya pun tak nak kerja kat sini.
Dalam hati...OKlah tu!kalau kau tipu,kau tanggung yalah nanti..

Ada banyak juga restoran dan ada banyak juga kedai makan di luar sana.Kebanyakkannya..sedap2 belaka.Harga pun tak le melampau sangat,mungkin sebab orang tempatan orang luar sama je,atau mungkin,Bagan Lalang dah termashyur sebagai tempat makan terbaik.
Kepada sesiapa yang berminat,datanglah ke mari...
Makanan lautnya memikat hati.

Di resort anak2 boleh berbasikal dengan selamat,boleh go kart dengan gembira,boleh mandi pantai,mandi pool dengan tawa berpanjangan.Kalau rajin,boleh jalan2 sampai tengah laut bila air surut,boleh cari kepah,boleh tunjukkan kat anak2 ketam kecik2 tu.Mak kata bukan ketam tapi ketah!Boleh kenalkan anak2 lumpur selut mengotorkan kaki.Boleh tunjukkan anak2 bunyi angin ditengah laut,pendek kata...kat sini,hati anda akan terleka dengan kebesaran ALLAH.

Tapi....satu je yang teman takut.
Ada show nyanyian masa maghrib,terlalak lah hamba ALLAH tu menyanyi..'Teman cakap dengan suami,manalah ALLAH tak murka,kalau ALLAH mahu!sekelip mata...resort yang nampak kukuh akan di hanyutkan oleh air.
Omputih pakai seluar kecil dan coli itu  normal.
Suasana macam tu kat mana2 pun ada...dah itu sukanya,nak buat macam mana!
kalau kita bertegas,mungkin kita boleh ajar mereka menutup aurat kot?tapi...masalahnya,orang kita pun sama macam mereka!tak dapat nak tolong lah...

Sahabat tanya..tak kotor ke?
Tak...air laut dan sekitarnya bersih.Pelik juga...tak nampak sampah lalu pun.Walhal kita tahu sampah ada di mana2,anak2 kata mungkin diaorang jerat sampah dulu kot ibu?Mungkin le anak2...
Yang pasti laut bersih,udara pun nyaman sekali.Hilang semua masalah di hati..


Opss!nak ingatkan sikit,sesiapa yang bawa ramai anak2 atau kanak2..belilah makanan asas atau snek2 yang boleh mereka makan di waktu santai.Kat sini perut sentiasa lapar!Pasti anda juga turut merasai kepedihan perut tu.Teman terpaksa beli kat pekan,macam belanja bulan!habis licin tak tinggal dek di makan oleh anak2 teman.Pekan dan Avina tak jauh,dalam 20minit dah sampai.Cuma parking kita tu jauh sekali!kalau nak dalam resort,boleh gunakan perkhidmatan joki.Dengan bayaran RM20.00,mereka akan parking kerete untuk kita.

Malamnya,ada live show,go kart pun tutup sampai pukul 10mlm,ada karoake,ada gim atau duduk saja je.
Yang pasti,nak rasa dok atas air....inilah tempat paling sesuai.Selalu kita lihat,kita baca...tapi kali ini kita merasainya sendiri.Seronok dan tenang sepanjang masa.
Disiplinkan diri agar tak membuang sampah merata2,jangan jadi orang tak bertamaddun,habis makan campak keluar!




Kepada yang masih tercari2 tempat percutian untuk hujung tahun..
Di sini salah satu darinya,tak perlu pergi jauh2,dalam Malaysia pun dah cukup buat kita senang hati.
Tak perlu naik pesawat,tak perlu susah payah bayar mahal2..
Simpan duit untuk persediaan kesengsaraan hidup ditahun hadapan.
GST,semua barang NAIK tak TURUN2..
Sekolah anak2,pengajian anak2...semua tu akan buat kita pening kepala.
Maka....
JOM kita bercuti agar mental kita terjamin 'selamat'.




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI