Posts

Showing posts from August, 2014

PERLU TAHU!

TELEFON PINTAR BOLEH MENJEJASKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI!

Ya ke?
Tak menesabah je!
Tak masuk di akal je...

Samada percaya ataupun tak?up to you maaa..
Walaupun nampak mustahil!
Tapi..
Perlu ingat,tiada yang mustahil di dunia ini.

Satu kajian di UK ada menyatakan,perbualan melalui telefon,menjadi lebih menarik daripada bersemuka 4 mata!
BIOR BETUL!
Dan sekaligus menjadi punca keregangan rumahtangga.
Ehmmm....
Kira2 80% lelaki di UK mengakui,masih mengenggam dan mengunakan telefon walaupun sedang makan.
Itu di katakan kurang adap banggg...
Walaupun perbuatan tu tak manis dan melanggar nilai2 murni manusia.Tetap masih ramai yang masih tak perasan dan terus melakukannya.

Pelikkan?
Kita lebih selesa berbual dengan orang di talian yang ternyata kita tak kenal daripada orang2 yang rapat di keliling kita.
Tapi lebih pelik,bila mereka sakit atau susah,tak pula orang2 yang dilayan di talian datang membantu?
Mereka tetap cari orang2 yang dulunya mereka tak sudi nak bercakap pun!
Dasar!

Hasil kajia…

SANA SINI UBAT TEGANGKAN KULIT DI JUAL!

Image
BUKAN MURAH TAPI...
MAHAL NAK TUT!

Tadi singgah farmasi,beli ubat untuk stabilkan glukos.
Macam biasa..Bukan minyak je NAIK!
Ubat pun sama NAIK.

Kalau dulu,dah lepas potongan,bawah RM150
Tadi..
Dah atas RM150!
Dalam hati....
Mahal gilllla!

Sedang menunggu resit di tulis,datang seorang jurujual wanita perkenalkan KOLEGEN untuk jadikan kulit awet muda.
Macam kebaikan di berikan.
Boleh kenyalkan kulit,boleh putihkan kulit,boleh itu boleh ini.
Teman hanya senyum je...
Jurujual tu kata lagi.Mungkin dia kata teman tak faham..
Teman tetap senyum..
Dalam hati...
Teman kata...rasa nak jahit je mulut anak dara ni pok pet pok pet
bak bertih goreng.
Sebaik dia tamat berkata...
Teman pun mencelah..
Ginilah,akak tak berapa percaya.Semalam baru habis 5 pek kolegen juga.Budak kat Farmasi tu pun bla,bla,bla macam2 kebaikan ubat tersebut.Dia kata cuba le 5 dulu,akak akan tahu kehebatannya.
Sampai hari ini,saya rasa sama je...
Saya tak terasa pun kulit saya sehalus bayi,sekenyal getah ojol!
Saya berani …

KEHAMILAN DI WAKTU MIDI

Image
SUKA?
DUKA?
ATAU.....BIASA2 AJE?


Semua orang suka tambah anak.
Semua lelaki bangga ada anak kecik.
Tapi..
Kaum perempuan...
KURENG sikit!
Nak tahu kenapa?
Tak larat,tak bertenaga nak bawa perut kesana kemari,tak sesuaiii!

Bila kita tahu,si polan hamil,kita tumpang suka.
Wah!dia mengandung lah!
Tapi...
Umur diakan dah 40an?
Ada yang akan kata...
Rozita Che Wan,Sheila Majid pun dah TUA juga!
Akhirnya kita pasrah..
Betul juga,kenapa diaorang boleh,kita pulak tak?

Apa2 pun,semua tu rezeki ALLAH beri.Terima lah walaupun sendi dah lenguh selalu.
Kekuda pun dah tak berapa nak kukuh.
Ingatlah!
Setiap satu anak,satu rezeki yang di bawa..
Tak akan jatuh PAPA,pasangan itu walaupun anak ramai
Kecuali..
Kita sebagai ibubapa yang pincangkan kehidupan keluarga itu.
Macam mana lak?
Ayah kaki perempuan,kaki judi,kaki arak!
Begitu juga mak.
Jika kedua2nya siuman,semuanya akan berjalan dengan lancarnya.
PERCAYALAH!

Dulu2,masa muda..perut besar kita tak segan sangat.
Sahabat tanya
Kenapa?
Yalah!muda lagi…

SEMANGAT PATRIOTIK

JAUH BEZA DENGAN SEMANGAT BERPARTI.

Sepanjang baca wall FB..
Ramai yang kata....
Kerana Anwar Ibrahim,rakyat dah hilang semangat patriotik.
Kerana PR,ramai yang tak menghiraukan lagi pemasangan bendera Malaysia untuk menyambut MERDEKA esok.

Puas teman fikir..
Apa kene mengena dengan PR?
Bendera tu lambang negara.
Bendera tu lambang kerakyatan kita.
Anwar,PR itu parti je.Kenapa le rakyat tak faham2.Kesian teman tengok gelagat rakyat Malaysia.

Teman masih ingat,zaman pemerintahan Mahathir,ada kempen untuk baiki sikap rakyat.
kempen pasang bendera di premis2 perniagaan.Memaksa tapi dalam kelembutan.
Tahun ini rasa2 macam tak ada kan?
Nak salahkan siapa?
Ada rakyat tak perasan pun esok MERDEKA.
celik mata hanya fikir mana nak cari makan.
Almaklum..barangan semakin NAIK TINGGI!
Nak salahkan siapa sebenarnya?
Dan..
Kerja siapa sebenarnya?
Bukan ke Jabatan Penerangan lebih layak?
Bukan ke Menterinya yang kena cari punca.Nak salahkan PM pun tak boleh..
Bidang kerja dia lain,menyeluruh!

Kalau d…

ISTERI PERIKSA WHATsAPP KENA HENTAK KEPALA!

Image
MUAHAHAHA!



Macam2 hal! Periksa WhatsApp pun kena hentak? Gila suami dia ni.. Ganas macam orang hutan naik minyak!
Mujur le teman tak pernah kena hentak!pada teman....kalau beginilah tingkah laku si suami. Faham2 sudah le... Dia sudah jumpa bunga lain! Usah le nak periksa periksa bagai! Lelaki punya satu keburukan! Jika dia kata HENDAK! Dia akan dapat juga walau dengan cara apa sekali pun.
Sebenarnya,lelaki kaki bedek!sembang kencang!cakap lawa dan sebagainya.Kalau dia tak buat salah!mustahil!dia sanggup hentak kepala isterinya,hanya kerana periksa HP? Kalau tiada onar,mana mungkin suami takut pada bayang2nya? Jikalau teman le jadi sang isteri. Jangan haraplah!teman akan buat U-turn.. Teman akan terus langkah tinggalkan suami serupa hantu tu.
Teman ada satu cerita penipuan suami paling nyata!tapi masih berdolak dalih.. Suami kawan teman tu,bawa balik mak we ke rumah ketika isteri keluar bekerja.Bila balik.. Si isteri secara tak sengaja,cuba intai2 CCTV kat ruang tamu. Berderau le dara…

BULI

Image
ANAK TEMAN MANGSA BULI..

Kelmarin Aaliya ngadu..
Si Rusid kacau saya!
Semalam Aaliya ngadu lagi..
Ibu!Si Rusid buat lagi!
Hari ini,masa dia sampai depan pintu..
dia sedang melaung kuat!
Tak boleh kata apa2 dek tangisan yang panjang..
Bila reda sikit,teman tanya...
Kenapa adik menangis?
Dalam sendu dia kata..
Rusid ambil Frozen saya...
Huawaaaaa!!!!!


Panik seketika,kali ini Aaliya marah sungguh!teman rasa,kalau dia dapat di Rusid pasti telinga budak nakal tu hilang Aaliya kerjakan.
Teman pujuk lagi...
Cuba cerita lahan2..
Dalam sendu,dia kata...
Kawan saya bagi sata Frozen(teman tak faham Frozen dalam bentuk apa)
Yang pasti Frozen tu pasti amat bermakna buatnya.
Aaliya sambung lagi...
Saya bagi kawan saya hadiah,lepas tu kawan saya bagilah saya hadiah juga!
Huawaaaaa!


Dalam hati..
Patutlah dia menangis,hadiah dari kawan...
Si Rusid ni pun satu hal!banyak2 barang Frozen tu juga yang dia kebas!
Ish!

Aaliya menangis lagi...
Tak boleh berhenti,comot muka dek tangan yang hitam,titisan air m…

KISAH SEORANG TUA

Image
YANG HIDUP KESUNYIAN...

Pagi tadi,teman gi pasar seperti biasa..
Beli itu ini penuh dua2 tangan!
Sedang teman melangkah menuju ke kereta,teman terserempak seorang wanita tua seolah2 memanggil teman..
Teman hanya membalas senyuman dan berlalu pergi..
Sepanjang jalan,teman terfikir..
Mak Cik tu panggil teman kah?
Apa masalah Mak Cik yang dok santai kat tepi tangga?
Lepas letak barangan yang di beli,teman pusing balik...
Dalam  hati..
Mungkin dia mahukan sesuatu atau dia memang berhajat sesuatu.
Dalalm hati...
Jika dia dalam keadaan susah,tak baik teman tak membantu seringgit dua..
Ustaz pesan...
Jika kita bersedekah di pagi hari,keberkatannya akan kekal hingga pagi seterusnya...
Wa'allahualam..

Mak Cik panggil saya?
Dia angguk layu
Ada apa?tanya teman ramah
Mak Cik nak minta sedekah..jawapnya lahan
Ooo minta sedekah.Kalau Mak Cik nak minta sedekah,Mak Cik kena letak mangkuk atau apa2 tanda Mak Cik mohon bantuan,kalau macam ini,ingat Mak Cik nak beramah mesra je..Kata teman..
Dia jaw…

LIFE OF POOR AND RICH PEOPLE

SYUKUR,TEMAN TAK DILAHIRKAN MISKIN TAPI....
SEDERHANA SEDERHANA AJE..



Video ni Kak Fauziah Nawi yang share..
Ya!kak Fauziah Nawi pelakon handalan tu...
Kenapa?
Tak percaya kah?

Kita biasa tengok orang susah dan kita juga biasa tengok orang kaya!
Teman juga biasa lihat..
Teman juga biasa tengok..
Beza hidup si miskin dan si kaya jauh sungguh bak langit dan bumi.

Bila teman saksikan video ni,teman rasa sungguh bertuah!dilahirkan penuh kesederhanaan.
Teman pernah juga mandi air perigi,tapi tak pernah lah pulak mandi air sungai atau lopak.
Teman pernah minum air perigi kaler coklat,perigi baru di gali kadang2 airnya warna tu walaupun bersih,cuma rasanya agak payau.Untuk jenihkan air ayah teman letah tuas atau tawas.(Teman pun ingat ingat lupa)
Syukur teman tak pernah berkaki ayam,walaupun kasut sekolah atau kasut untuk berjalan hanya ada sepasang seorang.
Syukur...

Bila kita bandingkan hidup anak itu dengan anak2 kita..
Jauh sungguh bezanya!
Terlalu jauh!bukan sedepa,bukan dua depa!tapi b…

BILA LELAKI TERDESAK!

Image
GELUNG  PUN JADI!

Baru2 ni,keluar berita
Seorang lelaki muda,telah masukkan gelung besi kat anu dia..
Muahahaha!
Selama 11 jam,dia menanggung sakit  bila gelung tu terlekat padat kat kemaluan.


Yalah kan..masa masuk anu kecik!
Lama2 mungkin jadi besar!
Kalau emak teman tahu...mesti dia kata...
Tak ada keje orghang zaman sekarang!

Masa baca,terfikir juga,kat mana le dia masukkan?
Bila dapat gambar tak lucah tapi parah!
Ooo..kat situ di letakkannya...Sah!tak de keje cari keje...


Lelaki ni bukan budak tapi dah berusia 23thn,dah layak kahwin,dah layak ada isteri..
Kalau dah tak daya nak tanggung nafsu,kahwin je dik....
Cari kerja,simpan duit banyak2 pinang le gadis yang adik berkenan..
Tak perlu le buat kerja2 tak senonoh ni..

Teman mengucap panjang!
Apa kejadah le di masukkan gelung atau cincin tu sampai ke pangkal!Bila dah lekat kat situ,kemaluan membengkak disebabkan darah tak berjalan lancar.Dah jadi hitam legam le benda alah tu.Bayangkan jari kita,di ikat getah atau cincin tersekat.M…

PESAN USTAZ DAN USTAZAH

JIKA KITA BUKA AIB ORANG,TAK MUSTAHIL AIB KITA AKAN DI BUKA PULA..

Benar..
Bila kita sebarkan gambar yang tak senonoh individu lain kepada orang lain...
DOSA hukumnya!
Bila kita suhabat sebarkan ke seluruh dunia,lagi lahhhh DOSA! Tak tahu nak kata apa lagi.. BENAR! Perbuatan tu salah... BENAR! Kita tak boleh buka aib orang lain.. Syyyy...kalau boleh tutup,kita tutupkan selagi boleh.
Tapi...
Dunia dah tak fikir tu semua,dunia fitnah dah ternyata sekarang.
Jika boleh elak,kita cuba le elak kan ya..
Terima kasih sahabat...
Masa sahabat sampaikan pesanan tu,teringat pesanan yang sama oleh Pak Cik kat kampung,panjang lebar dia pesan mengenai perkara yang sama.
Jangan sebar,jangan kongsi maklumat yang tak pasti atau yang tak senonoh!
Kita subahat!dan dosa kongsi ramai2. Bukan tak tahu... Bukan tak faham.. Tapi... Spontan! Nampak je gambar yang kelakar,rasa macam nak kongsi dengan orang lain. Itu je... Tak ada niat apa2 pun..

Sahabat kata...
Kalau boleh kurangkan ya..
Teman hanya kata...OK!

DEMI SAMSUNG NOTE 3

Image
SEORANG ANAK DARA SANGGUP TUNJUK BUAH DADA!

Muahahaha!
Teman baca,teman rasa nak sepak je muka dia..
Teman rasa nak belasah cukup2!


Hanya kerana samsung note 3,dia sanggup jadi pelacur kanak2!
Subhanallah!ceteknya akal dia..
Nipisnya iman dia..
Sedih teman lihat gelagat dia...
Mujur teman rabun,jadi kurang le terang gambar kat atas.
Nampak baju di selak..
Tu je..
Lepas guna spek mata!
Baru teman nampak jelas sejelasnya!
Buah dada anak dara!
WOW!
Mesti bergetar jiwa yang memandangnya.
Mesti mengeletar kepala lutut abang2 hidung belang.
Hanya dengan modal sebiji Samsung Note 3..
Abang2 hidung belang boleh ratah buah ranum..
Muahahaha!

Pasti ibubapa dia dapat malu..
Pasti ibubapa dia tengah merintih sedih lihat payu dara anak terdedah di muka buku.
Subhanallah!
Apa nak jadi le kan?
kenapa jadi begini?
Hilang maruah hanya kerana gejet yang tiada penghujungnya.

Zaman teman dulu,tak de semua ni...
Tapi..
Budak peten gini dah ada...
Orang dulu2 panggil budak2 macam ni sebagai anak abu(anak b…

MERTUA VS MENANTU

TEMAN TETAP SOKONG MERTUA.

Pagi tadi...
Teman borak2 dengan rakan curves.
Orangnya putih cantik sekali.
Seperti biasa teman bersama sahabat karib minum pagi macam selalu..

Pagi tadi...
Buat pertama kali,teman dengar cerita suka duka hidupnya...
Dalam hati..
Payah juga rupanya kahwin dengan orang kaya.Tak semuanya indah belaka.

Teman dan sahabat tak setuju apa yang di perkatakan.Menengking mertua,menjengkelkan mata,meninggikan suara.Sesuatu yang tak elok di lakukan.
Emak teman selalu pesan..
Dosa dengan mak,pasti mak ampunkan,tapi..
dosa dengan mertua,belum pasti terampun.
Emak teman selalu pesan..
Kalau teman berbudi bahasa,maknanya emak teman pandai asuh anak2 tapi..
Kalau teman kurang ajar!
Maknanya...
Emak teman salah didik teman dan adik2 perempuan yang lain.
Teman selalu dengar nasihat tu.
Pergi kemana sekali pun!bawalah nama baik ibubapa,bukan sebaliknya.

Bila kawan baru teman cerita dia tengking mertua,sahabat terlepas kata...
KURANG AJARNYA!
Tapi..biasalah,orang tak akan ngaku…

RESTORAN CHILLI'S HALAU PELANGGAN OKU

APA CER?
Ada satu keluarga,telah makan di restoran Chilli's.Sebaik selesai order 4 menu makanan untuk mereka.Mereka pun bukalah makanan untuk bapa mereka yang berkerusi roda.Bapa mereka pesakit strok yang kita semua pasti tahu,makanan mereka tak sama dengan kita.Mereka memerlukan diet khas agar kesihatan mereka terkawal.
Kita boleh makan apa sahaja!
Tapi..
Tidak buat mereka.Satu hidangan yang di kawal tahaf garam,gula di dalamnya.
Malangnya..
Polisi restoran Chilli's atau mana2 pun restoran yang lain ialah..
DILARANG BAWA MAKANAN LUAR.
Seorang pengurus datang dan menerangkan kepada keluarga itu yang makanan luar tidak boleh di bawa masuk kedalam restoran mereka.
Disebabkan keluarga tersebut ada alasan kukuh!maka di terangkan pada pengurus tersebut keadaan kesihatan bapa mereka.
Akibat pengurus itu begitu taat pada policy Chilli's,dia malah sanggup menghalau keluarga itu,dari restoran tersebut.
Kebetulan ada orang rekod dan sebarkan maka perkara ini menjadi hangat sehangat …

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57

Image
MALAYSIA.... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Slogan tahun ni,agak syahdu... Macam orang putus cinta pun ya... Macam orang baru nak bercinta pun ya.. Apa2 pun,selamat menyambut MERDEKA buat semua..
Tak lama lagi,hari yang bersejarah akan tiba.
31hb Ogos 2014
Hari paling bermakna pada setiap hati insan2 di Malaysia.

Dah pasang bendera?Tak pasang kat kereta,kat rumah pun ok...
Ada sahabat jawap..
Malaslah!tak kuasa!
Teman hanya senyum je..
Seungkal ungkal teman,masih bangga dengan bendera tu.
Seungkal ungkal teman,masih ada jatuh hati dengan bendera yang di panggil..
JALUR GEMILANG!

Teringat baris senikata lagu Jalur Gemilang.
Merahmu  bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua!

Dengan bangga teman nak kata...
TEMAN DAH PASANG!
Jeng,jeng....


Bendera lama teman dah cabut buang!
Teman ganti dengan yang baru...
Cantik kan?
Teman bangga dengan bendera kecil ni...
Bagi teman,itu je tanda teman masih mengharapkan kesejahteraan buat ki…

ZIARAH ZURAH..

Image
TAK TAHU NAK KATA APA LAGI..

Bila ALLAH tarik kesihatan,maka begitulah jadinya.
Semua sendi tak bermaya lagi..
Badan dah macam kain buruk!lusuh sangat sangat!
Kaki tangan bengkak tak tahu apa puncanya..
Tanya suaminya..
Geleng kepala tak tahu...
Tanya punca?
Juga tak tahu....geleng lagi.

Kelmarin,masa kat ICU Zurah tak sedar langsung!
Kali ini...
Dia sedar,cuma kelopak mata tak daya nak buka.
Zurah pejam sepanjang masa...
Suami Zurah bantu buka kelopak matanya..
Kenal tak?suaminya bertanya..
Zurah angguk lemah,di tepi matanya keluar titisan air mata...
Zurah sedih,kawan2 sekampung dia datang menziarahnya.
Kenal tak?suami Zurah tanya lagi.,sambil menunjuk kearah teman.
Zurah angguk lagi...Menangis lagi.
Tak tahu apa yang Zurah fikirkan,tapi kali ini,keadaannya lebih baik dari dulu..

Sepanjang kami berada di sisi..
Zurah tak buka mata...
Teman ngaku,teman takut nak sentuh,nak belai Zurah...
Teman tak manja,teman selalu di kenali dengan watak MAK TIRI!
Bayangkan?
Teman serius dan tak suk…

URI

Image
BAGAIMANA MENGENDALINYA.


Terbaca artikel ni.. Awalashaari post gambar uri anaknya berserta bahan2 lain.Beliau nak kongsi dengan orang lain cara mengendalikannya. Sesiapa ada pengalaman boleh share? Rata2,komen..tak perlu buat apa2, Tak perlu basuh,terus tanam pun ok! Tak perlu letak macam2.. cuma.. tanam dalam2 agar tak di gali binatang lain.


Uri itu ape? Uri atau tembuni atau bahasa omputihnya plasenta,adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia,ianya tebal dan berdiameter 18cm.Di penuhi saluran darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Uri menbekalkan zat makanan dan oksigen kepada janin dan seterusnya bayi.Uri juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Uri akan keluar selepas bayi keluaran melalui pengecutan rahim. Lepas bayi keluar,peranan uri juga TAMAT! Cukup!tu je yang teman tahu.. Itu pun googgle kat internet.Hehehe
Orang lama2 selalu pesan... Uri dan bayi sangat rapat.Atas alasan itulah,orang lama2 selalu ambil berat pasal uri.Masa teman …

PINGGANG MANGKUK..

ORDER DARI UK..

Hehehehe... Jauhnya!macam le kat Malaysia tak ada... Jauhnya!macam le kat Malaysia tak punya.. Hehehe..
Malaysia ada pinggan mangkuk tapi yang ini! Paling istimewa! Jarang teman beli pinggan mangkuk sejauh ni.. Selalu beli guna katalog atau beli kat Mall je..
Nak tau tak? Pinggan mangkuk yang teman gunakan sekarang berusia hampir 23thn. Teman beli sikit2 masa teman anak dara.. Teman dikit2 hingga mampu pakai Pyrex,Arcopal... Teman tahu... Bila dah kahwin,payah sikit nak dapat sebab teman kahwin dengan lelaki biasa2 je... Lain le teman kahwin dengan saudagar karpet!
Tadi siang,kawan suami yang dok kat UK tunjuk gambar pinggan paling terkini. Jarang teman berkenan sebenarnya.. Tapi..entah macam mana? Hati ni terpaut dengan kaler dan corak yang terlukis kat atas pinggan2 tersebut. Dek tergoda,teman langsung minta dengan suami.. Belikan satu! Suami teman angguk je.. Wah!teman macam tak percaya! Teman rasa teruja! Suami beri green light! OMG!suami teman beri teman set pingg…

GARA CILI MERAH

TANGAN TEMAN PIJAR SAMPAI KE PETANG.

Sambil menyaksikan kepulangan mangsa2 MH17 di TV,teman lari2kan diri memasak. Dalam kelam kelibut,jadi juga nasi ayam atas permintaan anak dara yang akan pulang ke KL esok pagi. Bila anak2 sebut nak makan itu ini,teman sedaya upaya akan cuba masakan walaupun rasanya tak sama macam kat kedai atau hasil tangan chef terkenal.
Antara menunya ialah... Sos cili buatan sendiri. Ambil cili merah mengikut banyak sikit sos yang kita nak guna. Basuh dan buang biji. Sambil menonton TV,sambil membuang biji cili. Bila dah semua cili tak berbiji,teman basuh dan blander. Selesai! Tenggekkan kat tungku dan tunggu pekat. Tambahkan limau sambal,sebiji bawang putih,(blander sekali dengan cili) gula,garam dan adjust bila perlu. Selesai..
Tangan teman mula pijar setengah jam kemudian,memang tak selesa. Teman tahan,dan habiskan semua tugas kat dapur.Dari pukul 11.30 pagi sampai ke pukul 1 tengahari,pijarnya makin menjadi2! Teman call emak teman kat Johor,tapi..emak tema…

HARI YANG DI TUNGGU TELAH TIBA...

Image
TAHAN AIR MATA UNTUK TIDAK MENITIS,TAPI...
TANPA RELA,IANYA MENGALIR JUA...

Walau banyak pendapat mengenai isu berkabung di masa ini,bergantung le pada niat. Usah berantakkan gara2 isu ini..
Kerajaan yang di ketuai oleh ketua Agama,menteri agama,ulamak2 lebih arif mengenainya.
Kita biarkan sahaja.
Itu urusan mereka.
Kita nak bangkang pun tak boleh,Jemaah Menteri dah luluskan.
Jemaah menteri tu siapa?
sendiri le jawap ya...

Siapa yang nak pakai baju,hitam,putih,coklat atau apa pun! Itu hak anda. Teman tak sokong dan teman juga tak melarang.
Bagi teman..
Tiada membawa makna apa2 pun.Teman tak suruh pun anak2 teman ikut.Siapa nak ikut,itu juga hak anda.
Teman tetap akan menjalani kehidupan macam biasa.
Bukan tak sedih..
Sedih yang amat sangat!
tapi..
Itulah....
Kita hanya rakyat biasa, suara kita hanya akan di dengari masa pilihanraya je.
Lepas itu?
Sendiri soal,sendiri jawap le...
Dalam Islam tiada istilah berkabung.Kalau ada pun hanya untuk wanita kematian suami, perkabungan mereka he…

SELFIE BERBAGAI SELFIE

Image
HINGGA TAK TAHU DIRI!


Tak tahu apa masalah manusia ni! Gila kot? Atau hampir2 gila?
Masa jumpa gambar ni,puas teman tenung.. Apa sebenarnya yang dia nak tunjuk? kemaluan atau corak kain tu? Pening fikirkan apa yang manusia ini fikirkan. Solat,atau tipu solat!itu urusan dia.. Untuk kita,cukup le sekadar lihat dan pendam dalam hati. Untuk cakap lebih2,bukan hak kita pun.. Zaman sekarang,fitnah kiri kanan depan belakang! Sehingga kita sendiri tak tahu kesahihan gambar ni.
Jika ikutkan iman, Orang yang rajin solat,jarang buat benda2 bodoh macam ni! Selalunya orang2 yang tak ada iman sahaja,yang akan sanggup lakukan selfie melampau ni!
Kadang2 teman rasa nak bagi sepak terajang kat manusia yang suka main2kan agama teman.
Melampau!
Suka sangat kutuk2 agama anutan teman.

Kadang2 bila terbaca artikel atau gambar2 pijak Al quran dan sebagainya.
Terpacul dari mulut teman..
'TUT'
(sebutan rahsia...)

BILA EMAK TIADA

TERASA DIRI BAGAI ANAK YATIM..

Anak kawan teman yang sakit tak kebah2 tu datang rumah..
Teman selalu tanya..
Emak apa khabar Zul?
Dia akan kata..
Ayah kata emak dah sedar...
Esok,lusa,tulat dan hari2 mendatang...
Itulah soalan dan itulah juga jawapan yang teman terima.

Semuga Zurah akan cepat sembuh.Aminn..

Siang tadi,dia datang lagi,melepak dengan anak bujang teman..
Mungkin nak ubat hati yang lara..
Teman ajak makan tengahari..
Dia makan tapi muka tetap sugul..

Emak sihat Zul?tanya teman
Sihat,tapi tenat..jawapnya
Dalam hati,sihat tapi tenat?Bior betul Dak Zul ni...
Siapa bagitahu Zul?tanya teman lagi
Ayah..jawapnya lahan

Ibu!Zul kata dia macam anak yatim piatu..sampuk anak bujang teman yang sentiasa HAPPY!
Teman pandang Zul,kenapa Zul cakap macam tu?
Tak ada lah Mak Cik,saja je...jawapnya sambil meneruskan suapan.
Teman hanya perhatikan aje,tak tahu nak mulakan bicara.
Cuma teman kata..Insyaallah Zul,emak akan sihat macam biasa.

Zul!Mak Cik nak tanya..Antara emak bising dengan emak…

22HB OGOS 2014

HARI BERKABUNG MALAYSIA.

Kerajaan mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai HARI BERKABUNG NEGARA.
MH17 telah di tembak jatuh di Wilayah Donestk,Timur Ukraine.
Pada hari itu,mangsa yang terkorban akan di bawa balik untuk di kebumikan.
Satu adat istiadat penghormatan jenazah tragedi akan di adakan di Kompleks Bunga Raya,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kesemua jenazah akan tiba pada pukul 10 pagi.
Jenazah akan di usung oleh pegawai2 istiadat ATM dan di bawa menaiki 20 kereta jenazah dan di beri penghormatan mengikut agama masing2 serta bertakafur.
Kesemua jenazah akan di bawa ke kampung halaman dan akan di iringi oleh waris masing2.
Cukup maklumat itu...
Teman tak dapat jumlah yang tepat,masa dengar era,mereka kata 20 orang,baca blog ada yang 16 orang ada yang 14 orang.Pening nak fikir...
Kita tunggu je le jumaat nanti.

Teman nak cerita apa yang patut kita buat.
Yang meninggal tu satu hal!yang tinggal kena teruskan hidup macam biasa.
Sebagai mengenang mangsa..
Apa yang …