SUMBANG MAHRAM 2

CATATAN PALING MENYENTAK HATI..

Cerita benar di tengah2 kemelut ekonomi yang mencengkam!

Anak ini berperawakan agak kelaki lakian.Orang sekarang panggil penkid!tomboy!nak kata lelaki tak ,perempuan jauh sekali.
Jika bercakap,subhanallah!tak ada langsung ciri2 anak dara.
Lu gua mencarut bagai!
Pantang salah cakap!kita pasti akan di jerkahnya.
Dalam hati....ganas betul minah sekor ni...mengalahkan jantan!

Ibunya menjual karipap,ayahnya hanya menjadi pemerhati setia.
Pagi petang,isteri menguli tepung untuk di jadikan karipap,suami hanya memerhati dan berlagak hensem!

Kau kenal Jannah?kawan Ina...kata kakak
kenal!budak yang macam jantan tu kan?balas aku
Ya!yang suka buli orang tu....balas kakak lagi
kenapa?tanyaku pelik.Jannah yang aku kenal memang nakal!selalu anak sedara balik menangis dek samsengnya si Jannah!
Kali ini,Jannah buat apa?tanyaku sebaik nampak matanya merah
Dia sapu gam kat atas meja,bukan sikit tapi...semua!Waaaaa!...
Nakalkan?atas permukaan meja di sapu gam,macam mana le nak menulis,membaca?ish,ish,ish...
Mungkin salah makan budak ni....

Kenapa dengan dia?ulangku lagi
Rupanya,selama ini bapa dia rogol dia!dari kecil sampai umur 17thn baru terbongkar!kata kakak
Macam mana boleh tahu?tanya ku lagi
Mengandung....cikgu siasat akhirnya dia beritahu semuanya!kata kakak lagi
Bapa dia yang selalu dok hisap rokok kat tepi kedai tu ke?tanyaku lagi
Ya...yang bersenang lenang 24jam tu!kata kakak lagi
Dalam hati...maaf cakap le,bukan nak mengutuk tapi selalu nya begitulah!lelaki yang hidup santai,goyang kaki,bayangan seksnya tinggi,jika di bandingkan dengan lelaki yang penat bekerja.Lelaki yang rehatnya banyak dari kerjanya,akalnya hanya pada seks sahaja.Lelaki yang sibuk,yang letih dengan kerja...selalunya tak sempat nak beranggan mengenai seks.Sebab tu,sebut sumbang mahram,biasanya lelaki2 terlibat tak berkerja,jika ada pun kerja,tenaganya kurang di gunakan.

Kesian juga tengok budak tu,patut le nakal,dia memberontak rupanya...kata kakak lahan
Sekarang dia kat mana?tanyaku lagi
Di sembunyikan....ayah dia dah kena tangkap..kata kakak lagi
Ish,ish,ish....kerana mengikut nafsu seminit dua,akhirnya semuanya jadi huru hara!isteri patah hati,anak2 kecewa di hati,si ayah?nasi dah jadi bubur....
Menyesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tak berguna lagi.
Akhirnya...ayah tinggal terperuk dalam penjara.Tak tahu berapa lama ayah di adili,ini baru dunia belum lagi di akhirat.Bayangkanlah..muka si ayah ketika di adili di akhirat nanti.Malunya...
Ratah anak sendiri!

Anak2 amanah ALLAH buat kita.Usahlah jadi haruan makan anak.Paling2 bangsat!pergilah cari perempuan yang bukan darah daging kita untuk berasmaradana,Tak malu ke kita tunjuk kegagahan kita kat anak sendiri.Tak ada rasa malu ke?tak ada ke sedikit rasa segan bila anak kita nampak aurat kita?tak terfikir ALLAH kah?ish,ish,ish....
Ternyata iman si ayah dah tak ada,ustaz selalu pesan,malu separuh dari iman,bila malu dah tak ada,maknanya iman kita pun dah melayang jauh.Ustaz kata lagi...iman kita senipis kulit bawang,bayangkan?begitu rapuh iman tu?setakat tengok betis orang tua pun dah buat air naik kepala!
Bahaya,bahaya....

Bila ingat Jannah,teringat kenakalannya.Dia seperti orang yang tak perpedoman.Nakal mengalahkan hantu raya!di kalangan kawan2 Ina,sebut je Jannah,bukan jadi idola,tapi jadi bahan ketawa mereka.
Siapa?Jannah?Fooyyoo!Siapa berani dengan Jannah?dia lalu je orang dah ketepi.Pailang betul!jawap mereka sambil ketawa.

Sebenarnya,Jannah tunjuk samseng untuk menutup pilu hatinya.
Baru2 ni,kakak jumpa Jannah,dah kahwin dan ada anak seorang.Cantik orangnya...
Dalam hati...akhirnya Jannah mendapat teman hidup yang memahami.Seorang lelaki yang tak pernah fikir zaman silam Jannah.Menjaga Jannah dengan baik.
Si ayah?
Jannah kata...
AYAH DAH MATI!
Dalam hati....itu bukan jawapan sebenarnya,Jannah sengaja mematikan watak si ayah dalam hatinya.Dia tak pernah nak tahu tentang si ayah.Usah di tanya,usah di soal..Jannah tetap tak peduli!
Buat Jannah,ayah merangkap perogol bersiri itu telah lama MATI...

Untuk pengetahuan Perogol Sumbang Mahram,perbuatan anda sangat kejam.Anak2 itu mengharap anda sebagai pelindung.Rupa2nya harapkan pagar,pagar makan padi.
Perbuatan anda bukan sahaja menyakitkan ia malahan meninggalkan kesan mendalam di hatinya.
Anak2 perempuan tak kuat!mereka tak ada daya nak lawan....
Sekali gertak!pasti mereka akan diamkan diri.Kerja mudah buat seorang Perogol Sumbang Mahram.Tak perlu bertumbuk,tak perlu bersepak terajang...Anak2 jagaan akan menurut,bukan suka tapi.....pasrah!
Dalam hati mereka,aku berani potong jari!kalau boleh di bunuh,mereka lah orang pertama yang akan menembak tepat kemuka anda.
Jangan le suka yang amat sangat.Stim cari anak,stim cari adik2,stim cari cucu....
Apa kata,kali ini kalau stim cari batang paip macam cerita ini...


Seorang lelaki warga China terpaksa menahan malu,gara2 kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama 2 hari.Bayangkan?macam mana boleh termasuk dalam batang paip.Ketika di tanya Doktor,dia terpaksa menahan sakit selama 2 hari dan berusaha untuk mengeluarkan sendiri kemaluannya itu.Malangnya usaha2nya itu gagal sehingga terpaksa dia menapak ke hospital.Ketika di tanya..
Saya sedang mengecat dinding dalam keadaan bogel dan kemudian tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam batang paip tersebut.
Muahahahaha!nak menipu tak agak2!
tapi...
Rasa2nya lagi elok masuk dalam batang paip daripada masuk kat kawasan larangan kot?masuk kat dalam batang paip tak menyusahkan orang lain.Ianya hanya dia dan batang paip je yang terlibat.Cer bayangkan kalau lelaki ini termasuk kat anak2,cucu atau saudara mara!tak ke haru biru?
Macam2!sakit kepala fikirkan masalah dunia!zzzzzz

Buat ayah2,abang2,atok2 dan semua lelaki sedarah sedaging mangsa.Ingat!kita tak menongkat dunia.Kita tak akan terlepas walau sezarah pun dosa yang kita pernah buat.Apatah lagi melibatkan ROGOL.Dari mata kasar,ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM,gabungan  perkataan yang amat memalukan.Cuba sebut 10kali!anda pasti akan rasa malu pada diri sendiri.
ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM adalah lambang kecetekan iman dan akal seorang lelaki.
Makanya....
Jauhilah dari memandang yang HARAM.Agar jiwa raga anda tenteram.




Popular posts from this blog

JERAGAT

MAJLIS KAHWIN