Posts

Showing posts from June, 2014

STATUS MAKANAN DALAM FB

Image
BOLEH ATAU TAK?

Teman pernah lihat,seorang rakan FB load gambar lauk pauk hingga habis ramadhan.
Sekali load,bukan satu lauk!tapi...dekat nak 7 atau 8 lauk!
Banyak gillla!
Rakan Fb yang sama juga,suka load bukan gambar juadah berbuka,tapi untuk sahur sekali pun ada...
sotong masak hitam lah,sardin sambal lah!pendek kata..
sebiji macam gerai kat bazar tu aah!

Sekali gambar keluar!
Ada udang,ada ikan ada sotong ada ayam dan macam2 lagi.
Kadang2 kita tolong kirakan lauk pauk dia untuk iftar,satu,dua,tiga,empat....fuhhh!rajin satu hal!banyak duit satu hal!
Dalam hati....boleh habis ke?langsung tak ikut sunnah Nabi,makan ke mencekik kedarah?
Opps!jangan salah sangka,teman ok,teman komen...bukan jelous ya,cuma rasa macam tak sesuaiiiiiii je..
Kesian pada rakan2 FB yang tak mampu,contohnya Si lola yang dera anak OKU tempohari.Gerenti le,telan ayaq lioq je...
Kenapa kau kata gitu?tanya sahabat ku yang malang selalu
Sebelum aku jawap,aku nak tanya kau sendiri.Dalam keadaan kau yang huru hara n…

GILIRAN RAYA

ANTARA SUAMI ISTERI

Tajuk ni nampak remeh tapi penting sebenarnya. Siang tadi akan call dari sahabat Dia kata... Suami dia nak raya kat KL,suami dia tak mahu balik rumah dia di Barat Malaysia. Aku hanya mampu jawap... OKLAH TU! Dia jawap.. Kau pandailah!mentang2 mak mertua kau dah tak ada! Aku jawap.. Bukan pasal tu,beralah lah..dulu2 aku pun ikut turn juga.Setahun suami setahun rumah aku.Atau ikut keadaan lah.Cuba jangan bergaduh pasal benda2 remeh macam ni! Dia mula naik angin,sebab aku tak faham sebelahkan dia Malaslah!nak cakap dengan kau! Aku hanya mampu kata.. Terpulanglah,pada aku,puasa baru sehari.Kau dah gaduh bab balik kampung.Kau tunggu le seminggu lagi nak raya baru kau tanya soalan macam ni kat suami kau! Dia hanya  mendengus. Dalam hati....syukur le kami tak berkira sangat bab ni.Ada kesempatan.dua2 rumah kami jelajahi. Pagi rumah aku,petang2 balik lah rumah suami. ATAU.. Bila dah turn suami pun macam tu,kami akan balik ikut suka!tak mahu le fikir bab2 ni.Buat sakit kep…

SESUATU YANG BAIK UNTUK DI KONGSI BERSAMA..

Image
Pesanan Abu Bakar Abu Bakar r.a. berkata.... Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, Jiwa di sebelah kananmu,  Nafsu di sebelah kirimu,  Dunia di sebelah belakangmu  Dan....  Semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu.  Sedangkan ALLAH s.w.t. di atasmu.  Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,  Jiwa mengajakmu ke arah maksiat,  Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,  Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat  Dan...  Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.  Dan...  ALLAH mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, 
Sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan ALLAH mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis,  Maka hilang agama dari dirinya.  Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,  Maka hilang darinya nilai nyawanya.  Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya,  Maka hilanglah akal dari dirinya.  Siapa yang memenuhi ajakan dunia,  Maka hilang akhirat dari dirinya.  Dan ... Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya,  Maka hila…

RAMADHAN DATANG LAGI

29HB JUN 2014

Sejak seminggu lalu,Ustaz pesan macam2 tentang kelebihan ramadhan.
Pintu taubat di buka,banyakkanlah bertaubat!
Syaitan di kurung hanya nafsu sahaja yang ada dalam diri.
Tapi...syaitan bijak!sebelum bermulanya ramadhan,sebelum dia di ikat rapi,syaitan dah turunkan ilmu menghasut pada nafsu.
Sebab tu...walaupun dari kata kasarnya syaitan di ikat,tapi banyak lagi perangai buruk yang manusia tetap lakukan pada bulan mulia ni.
Maksiat tetap sama!
Buka aurat tetap sama!
Mengumpat tetap sama!
mencarut pun tetap sama!
Pendek kata...
Perangai manusia tetap sama walaupun pada bulan penuh keberkatan ni.

Ustaz pesan...
Jangan lupa sahur,walaupun bukan kemestian,tapi ambillah keberkatannya.
Lagipun,jangan le seksa diri,minumlah walau segelas air agar kita sihat hingga ke senja.
Jangan lupa niat,semua amalan mesti ada niat.Jika tak sia sia je..
kalau boleh,cuba le berterawih,walau sesibuk mana pun!
Bukan lama,sekejap je..
Bukan berpuluh2 rakaat,tapi cukup sekadar buat 4 rakaat atau 8…

TUKANG JAHIT

PALING KAYA SETIAP KALI RAYA TIBA..

As salamualaikum!
Walaikumussalam...sambut Tukang jahit ramah!
Kak ambil tempahan lagi?
Tak!dah penuh!kalau nak lepas raya!jawap di tukang jahit.
Dalam hati...
Amboi..amboi...amboi....eksennya si tukang jahit.
Apa boleh buat,semua orang nak sambut raya dengan baju kurung raya,baju kebaya raya,jubah raya dan baju seksi kembang payung raya!

Boleh le kak...satu je...pinta Lina tanpa malu.
Tak boleh...bukan kak tak mahu buat,tapi takut tak sempat!kata tukang jahit
Alaaa kak,tolong le,lepas raya,lepas rayalah!saya tunggu!tapi...lepas raya maksud akak tu bila?tanya Lina lagi
Seminggu raya,akak balik kampung raya tahun ni...jawap si tukang jahit lagi
Ok,saya tunggu seminggu ya..kata Lina lagi
Perjanjian di buat,Lina serah kain ela,si tukang jahit ambil kain ela dan tanda janji termeteri!

Seminggu lepas raya..
As salamualaikum...
Sepi dan terus sepi..
Beberapa kali Lina panggil baru lah,muncul si tukang jahit.
Masuk lah...lawa si tukang jahit lembut
Terima …

PENDERAAN MENTAL PALING DAHSYAT DI MALAYSIA

Image
PENEMUAN BARU MENJELANG RAMADHAN



Di negeri China,anak2 mengurung ibu tua dengan harapan ibu itu mati kering!
Ibu tu di biarkan tanpa makanan,minuman dan tanpa air untuk membersihkan badan.
Dengan bantuan jiran2,ibu tua berjaya di selamatkan.
Syukur...
Tak sampai sebulan!ibu tua dah berjaya di selamatkan oleh kecanggihan sistem perhubungan dunia.
Ada jiran yang bijak pandai,memaklumkan kepada pihak berkuasa melalui internet.
Walaupun mereka tak sama bangsa dan agama dengan aku,tapi aku tetap kata....
TAK PATUT MEREKA BUAT IBU MEREKA BEGITU!
Dalam islam,hukumnya DERHAKA!kalau tak bertobat dan tak di maafkan oleh si ibu,alamat kena campak dalam api neraka menjulang tinggi!

Paku dulang paku serpih,mengata orang kita yang lebih!
Tup,tup,tup....
Hari ini dalam sejarah!
Seorang anak OKU berusia 15thn,telah di 'penjara' dan di abaikan hingga hidup seperti bangkai bernyawa.Kurus melidi.hanya tinggal tulang.
Tercopong mulut teman masa tengok kisah dia ni kat Youtube.
Dalam hati....sampa…

KASIH IBU

Image
SANGGUP BERKORBAN...



Walaupun wanita ini bukan orang Malaysia
Walaupun wanita ini bukan orang islam,sebagai manusia hati kita terkesan dengan perbuatan anaknya.
Dia berusia 90thn,di kurung di dalam bilik tidur dengan harapan akan mati kebulur oleh anaknya sendiri.
Wanita tua malang ini,bernama Xiamoming Tsui terselamat selepas hampir sebulan dikurung.Dia bertahan hanya dengan bergantung kepada air dan bubur bijiran yang di baling oleh jiran tetangga ketika anak2nya keluar.
Dalam seribu manusia sekelilingnya,mungkin ada satu atau dua yang berakal panjang,lalu menghantar masej kepada pasukan polis melalui internet.Tindakan itu telah berjaya menarik perhatian pihak dan menyerbu rumah tersebut.
Perkataan pertama yang keluar dari mulut tua ini ialah..
"TOLONG BERI SAYA MAKAN"



Kasihan kan?

Kurus,tua dan serba daif.
Sampai hati anak2 itu membiarkan ibu tua ini bersendirian,kelaparan dan hidup tak selesa. Teringat mak yang jauh di mata tapi dekat di hati... Insyaallah... Kita atau a…

TERKENANG SEMASA DULU..

HATIKU RASA RINDU..



Sedihnya dengar lagu lama ni...
Terbayang banyak kenangan lama..
Duduk di kampung,banyak beri aku pengalaman hidup yang orang bandar atau pekan tak rasai.
Hidup di kampung,walaupun hulu tapi mengajar kita banyak kemahiran hidup.
Pendek kata...tak rugi tapi untungggg!
Mandi perigi,main sorok2,rosakkan pokok getah orang dan kemudian kena pukul,esok buat lagi...pendek kata...
BEBAS MENEROKA ALAM.

Dulu2,masa sambut puasa dengan  atok..
Sederhana je,makan pun apa yang ada je..
Tak macam orang zaman sekarang.Nak sambut puasa macam nak sambut raya!
Nak sambut puasa macam tak dapat makan sebulan!
Semua nak beli,semua nak simpan kat rumah.Macam lah,kerajaan nak declare darurat!
Biasa beras beli 10 kilo,demi puasa tambah 10 kilo lagi!
Biasa beli gula sekilo,demi puasa tambah 2 kilo lagi...
Dalam fikiran dah terbayang...
Nanti buka nak buat air sirap,kuih ondeh2,kuih lepat dan aneka jenis masakan lagi.
Orang kampung tak macam tu..
Mereka biasa je,puasa ke tak puasa ke...sama …

KULIAH HARI INI

ADALAH KULIAH TERAKHIR BERSAMA USTAZ TAUHID KAMI SEBELUM PUASA..

Hari ini,minggu2 terakhir sebelum puasa.Kelas kami akan di tutup sebulan sempena Ramadhan.Bulan puasa,kami akan tadarrus sebelah pagi dan dok rehat sebelah petang.
Dok rehat?
Jangan harap le!selagi ALLAH  bagi nyawa,koje,koje,koje...

Hari ini,banyak soalan rambang untuk ustaz..
Kebetulan kelas terakhir,ustaz hanya menjawap soalan2 tanpa tajuk yang khusus.
Ustaz pesan,belajar tak pernah akan habis,lagi kita belajar lagi banyak yang kita nak tahu.Ada orang kata...Ustaz tu,tak habis2 ngajor solat,ngajor wuduk.Bosan lah!
Jangan cakap macam tu!bab solat,bab wuduk,bab haid,nifas tak akan ada penamatnya.
Sebagai contoh..
Si polan dah ambil wuduk,kemudian si polan tu makan,kemudian si polan terrrrmakan lipas?Batal wuduk atau tak?
Mana orang makan lipas Ustaz?eeee..gelilah!sampuk Kak Limah
Ustaz jawap...betul tak ada orang yang makan lipas,contoh je....
Ada yang jawap BATAL!
Ada yang jawap TAK!
Aaah!tengok tu!masih ada yang ragu2…

PIALA DUNIA ATAU FIFA

Image
ADA APA SEBENARNYA..


Tahukah kita apa yang di maksudkan dengan FIFA?
Piala dunia!
Perlawanan bola sepak!
Bola sepak dunia!
Ehmmmm.....FIFA adalah satu badan induk Gabungan Bola Sepak Antarabangsa atau Federation International Football Association yang menyeragamkan undang2 bola sepak dunia.
FIFA akan di adakan setiap empat (4) tahun sekali.
Pemainnya juga dari kalangan bintang bola sepak ternama.Opss!lupa nak bagitahu...pastinya pemainnya ganteng2 sekali dongggg!
Masa baca tajuk kat atas,bukan anda aku pun berdebar2 nak tahu apa kebendanya FIFA tu?ingat ada unsur yahudi yang nyata,rupanya ada sikit tapi tak jelas lah kot?

Sampainya musim FIFA,orang lelaki paling gembira.Menonton bersama2 kawan hingga ke pagi!
Mak aiii!sanggup!suruh bangun tahajjud,cukup payah!
Demi FIFA,boleh pula bangun sendiri,buat air sendiri...
Pendek kata..Kaum lelaki sangat pandai berdikari bila tiba musim FIFA.

Anak2 turut sama,mengajak kawan2 menonton sama.Bila pagi menjelma,nak kejut subuh anak cukup payah!te…

PANGGILAN HANGIT

ANTARA GURAUAN PALING KEJAM!



Kat atas ni salah satu panggilan hangit yang paling kejam pernah aku dengar.
kelakar?
Ya..sangat kelakar!sampai meleleh air mata ketawa.

*Kenapa kejam?
Sebab...En Izzuddin telah di jadikan bahan gelak di saat2 dia amat memerlukan sokongan.

*Apa maksudnya?
Dia buat loan,si pemanggil kata tak lulus!
En.Izzuddin jerit macam orang gila,dia marah2 macam orang hilang akal,dia keluarkan semua isi hatinya.Yang pasti amat memalukan bila satu Malaysia tahu!...
En.Izzuddin dengan gaji RM3000 buat loan tak lulus,kebetulan dia nak kahwin,semua persedian dan di tempah,bila loan tak lulus,En Izzuddin panik sehingga menjerit2.Bayangkan bakal isterinya,bagaimana bakal mertuanya tahu tahaf kewangannya.Bayangkan?kalau kita kena...Agak2 malu tak?

*Panggilan hangit kan sekadar gurauan?
Gurauan?itu bukan gurauan?itu rancangan nak perdajalkan orang!Boleh gurau,tapi berpada pada lah..kalau nak kenakan orang pun patut2lah,misalnya tanya isu2 ringan je...kalau dah sampai tahaf gini…

SUMBANG MAHRAM 2

Image
CATATAN PALING MENYENTAK HATI..

Cerita benar di tengah2 kemelut ekonomi yang mencengkam!

Anak ini berperawakan agak kelaki lakian.Orang sekarang panggil penkid!tomboy!nak kata lelaki tak ,perempuan jauh sekali.
Jika bercakap,subhanallah!tak ada langsung ciri2 anak dara.
Lu gua mencarut bagai!
Pantang salah cakap!kita pasti akan di jerkahnya.
Dalam hati....ganas betul minah sekor ni...mengalahkan jantan!

Ibunya menjual karipap,ayahnya hanya menjadi pemerhati setia.
Pagi petang,isteri menguli tepung untuk di jadikan karipap,suami hanya memerhati dan berlagak hensem!

Kau kenal Jannah?kawan Ina...kata kakak
kenal!budak yang macam jantan tu kan?balas aku
Ya!yang suka buli orang tu....balas kakak lagi
kenapa?tanyaku pelik.Jannah yang aku kenal memang nakal!selalu anak sedara balik menangis dek samsengnya si Jannah!
Kali ini,Jannah buat apa?tanyaku sebaik nampak matanya merah
Dia sapu gam kat atas meja,bukan sikit tapi...semua!Waaaaa!...
Nakalkan?atas permukaan meja di sapu gam,macam mana le…

AKIBAT MELANGGAR ORANG HINGGA MATI..

SEORANG GURU WANITA DI PENJARA 2THN

Kejadian ni dah lama....
Mangsa di langgar hingga mati tanpa niat.
Selepas beberapa tahun,kes berbangkit semula atas ketidakpuasan hati waris si mati.
Dia di dapati bersalah dan di gari ketika sedang mengajar disekolah.

Setelah turun naik mahkamah,hakim menentukan hukuman 2thn penjara.
Sebaik bermulanya hukuman,hidup mereka mulai bermasalah.
Ketika isteri di tangkap dan di gari,sang suami juga di dapati bersubahat,dan di lokap selama 4 hari sehingga dia di buang kerja.
Ketika di lokap,suaminya kata...
Maruah saya sebagai seorang guru agama tercabar!
Saya di bogelkan,duduk bersama ramai orang,di situlah buang air besar,di situlah buang air kecil tanpa penghadang.Semua orang memandang sepi.Makan bergari,minum juga bergari,pendek kata....dalam apa jua pun,gari sentiasa di tangan.
Saya malu bukan kepalang!
Nasihat dia,kalau boleh jangan lah masuk lokap!ianya satu tempat yang paling TERUK!
Kenapa suami turut di lokapkan?
Kereta yang isteri pandu mengunak…