SUKA DUKA SEBUAH TASKA

HANYA PAHALA MENANTI KAMI.




Kanak2 kat atas, sebahagian daripada penghuni tetap Taska kami.
Melihat mereka,terasa rindu untuk bergaul mesra dengan mereka.Sentuhan tangan mereka,lembut je..
Hampir 8thn bergelumang dengan kenakalan,kebingitan dan keceriaan anak tak berdosa ini.Buat masa kita terisi.Dalam tak sedar,jam dah menunjukan lewat petang.
Walaupun penat menjaga mereka seharian.Kami rasa kepuasannya..sebaik semua kanak2 ini pulang dalam keadaan sihat dan gembira.Itulah kejayaan kami untuk hari itu.
Masih terngiang BYE IBU!masih terasa ciuman hangat singgah di pipi.
Semua sama!
Sebelum pulang ke pangkuan ibuayah,mereka akan cium pipi pengasuh dulu,akan ucap BYE BYE IBU...

Perniagaan kami,bukan memperdagangankan barangan kaku tak bernyawa.Kami secara tak langsung terlibat dalam tumbesaran kanak2 seMalaysia.Taska kami mempunyai slogan kearah kecemerlangan kanak2.Di sini,mereka hidup tanpa kasta.Mereka semua sama dan tiada darjat membezakan mereka.
Kami menjaga mereka seawal 7 pagi dan berakhir selewat lewatnya 7 malam.Atas sebab2 tertentu,adakalanya kami terpaksa menunggu hingga dini hari.Bergantung pada kesibukan ibubapa mereka.Selepas 7 malam,ada pengasuh yang suka atau tidak,terpaksa menunggu di Taska atau membawa seorang dua pulang ke rumah.
Almaklukm,ibubapa zaman sekarang SANGAT sibuk.Desakan hidup buat mereka terpaksa keluar bekerja bagi menyaingi kehidupan di alam fana ini.

Mereka ahli2 syurga..
Bersama mereka adakalanya,boleh buat kami menangis.Boleh buat kita kemurungan berpanjangan.Nak tahu maksudku?bila ibubapa tetap menghantar mereka ketika sakit,di saat mereka memerlukan belaian kasih ibu,mereka di 'campak' ke Taska bersama kami.Tidak menjadi masalah buat kami,seharian menjaga mereka akan lebih bermakna bila mereka sihat,ketawa gembira.Tetapi,bila mereka sakit....tangisan mereka sangat menyebalkan telinga.Bayi2 ini akan menangis terus tanpa berhenti kecuali mereka tidur.Tangisan mereka amat menyengat telinga kami.Atas alasan kasihan,kami rasa kesal dengan sikap ibubapa yang tak memahami perasaan mereka.Sebenarnya,mereka mahukan anda mendakap mereka.kami tak mampu untuk berbuat demikian kerana kami perlu menjaga kanak2 yang lain juga.Bayaran mereka sama,maka layanan mereka juga turut sama.
Nasihatku,jika anak2 anda sakit,bersedialah untuk bersama mereka.Di Taska,kami tak menang tangan untuk mendodoi mereka sebaik anda.Ubat paling mujarab adalah kehangatan tubuh anda,wahai ibu yang tercinta.

Pernah berlaku,si ibu tahu si anak demam.Tapi..tetap hantar atas alasan sibuk!
Dari si anak sampai,si anak cukup lesu,cukup lemah,lebihkurang 2 jam kemudian....sekitar hidung dan mulut sudah kebiruan.Pengasuh hantar pada kami untuk tindakan selanjutnya.Sementelah kami ada Doktor yang sering di jadikan rujukan,kami pun bergegas ke kliniknya dan SAH!anak ini deman panas,panas dalam dan lewat 5 minit boleh jadi sawan.
Bila doktor tahu keadaan anak itu,soalan pertama...
MENGAPA IBU DIA HANTAR KE TASKA JUGA?
Apa yang kami boleh kata.....
ENTAH!itulah sikap sebahagian ibubapa yang tak peka Doktor........
Bila kami beritahu pada si ibu...
Nak tahu apa jawapannya?
Ooooo...sian adik,demam ya.....
BIL?
HAHAHAHA!tang ni lagi haru...KAMI YANG KENA TANGGUNG!
Ibu berlenggang kangkung sambil pimpin anak keluar.

Kejadian yang lain...
Seorang anak kecil ada kesan tanda ruam berair (lepuh) di dadanya.Si ibu bertanya..
kenapa ya?sambil menunjuk kesan lepuhan di dada itu.
Kami yang tak tahu apa2,hanya melihat tanpa fikir akan ada tuduhan baru buat kami.
Macam kena minyak panas lah!katanya lagi
Bila pula kena?tanya kami
Bukan kat Taska ke?saya ingat Puan bawa dia ke dapur...katanya lagi...
Ehh tak lah!kanak2 kami tidak akan berada di kawasan2 larangan.kata pengasuh kepadanya
Ohh...saya baru nak ingatkan,jangan bawa dia ke kawasan dapur..kata si ibu tanpa rasa bersalah.
Sebaik di tinggalkan,aku bawa ke klinik untuk kepastian.SAH!Virus menyerang...
Bila kami perjelaskan.
Oooo...gitu ke?ingat kena minyak panas...katanya lembut tapi menusuk ke kelbu.
BIL?
Sayang seribu kali sayang...kami juga kena tanggung!Dalam hati selalu berkata....Wahai ibubapa,kami hanya penganti anda semasa anda keluar bekerja.Kami cuba untuk jadi yang terbaik.Menyediakan kelengkapan agar anak2 anda selesa dan membesar dalam persekitaran yang sihat.Kami cuba sedaya upaya memuaskan hati anda,namun...sikap segelintir ibubapa,buat kami kecewa.

Kami ikut apa yang di sarankan oleh JKM.Kami gembira dengan kerjaya kami.Gambar di atas,adalah lawatan pemeriksaan gigi,kami rangka jadual terbaik buat mereka.Kami rancang pembelajaran yang baik agar anak2 anda tak 'kosong' di Taska kami.Kami ada lawatan dari pengeluar ubat gigi,susu dan apa sahaja maklumat yang baik untuk mereka.

Sebenarnya kami gembira bersama mereka.Seharian bersama,tak terasa waktu amat mencemburui kami.
Tapi...
Bila kegembiraan itu di sentap oleh anda,kami sangat kecewa.Kami cuba menyayangi anak2 anda seperti anak sendiri.Sebab tu,panggilan anak2 kami sama dengan panggilan buat mereka.
Tiada beza!

Bila kami dapat komen yang baik,kami amat hargai.
Tetapi...
Jika komen anda langsung tak membina,kami rasa...lebih baik anda menjaga mereka sendiri.Penjaga paling layak untuk mereka adalah ibubapa mereka sendiri.
Ada ibubapa yang tak mahu anak mereka buat apa2 pun!
mereka suruh diam takut baju kotor,takut anak2 jatuh..
Bagaimana mungkin?mereka perlu bergerak bebas!
Ada ibubapa yang membodohkan anak2 sendiri.Pada setiap hari sabtu,kami akan adakan gotong royong sesama pekerja.Kami akan jemur alas2 tidur,bantal dan sebagainya.
Tapi...
Ada ibubapa yang mempersoalkannya.
Mengapa tak buat hari lain?saya nak anak saya belajar!
Masa tu,terus terang lah aku berkata dalam hati kecilku....budak umur 4thn apa lah sangat yang nak dikejar wahai mama?lama sangat nak masuk universiti!kami ni hanyalah TAMAN ASUHAN KANAK KANAK,bukan TADIKA!kami mengajar asas tu kira dah patut bersyukur!Hahahaha!nak belajar sampai pandai!tak agak2 mama ni....

Ada ibubapa yang tak faham,belajar tinggi tapi...kurang guna akal fikiran.Taska kami mula menyediakan jadual untuk kanak2 seawal 2thn.Hari ini umur mereka 2thn sahaja!kami sudah mula masukkan mereka di kelas mengikut usia mereka.Seawal itu,mereka hanya di ajar memegang pensil,dan banyak acara bebas yang lain.Kami juga mengajar mereka garis lurus atau bengkang bengkuk atau menyambung titik.Proses ini berlangsung mengikut kebolehan mereka.Ada kanak2 yang sangat cemerlang!tapi...ada yang sangat lemah.Kalau orang kampung aku,panggil BENAK.
Kenapa le kau ni benak sangat?maksudnya....lambat terima ilmu walaupun dah berulang2 kali di ajar.

Bila melihat gelagat kanak2 di group Taska di load oleh sahabat.Aku tumpang gembira.Mengikut suami berhijrah,meninggalkan semuanya,sesuatu yang mencabar.Nakal bagaimana pun!ciuman lembut mereka,masih terasa di pipi,usapan tangan mereka,masih hangat di rasakan.Kanak2 ibarat kain putih,kitalah yang mencorakkannya.

kepada semua yang ada anak,tolonglah,,,jangan berkira sangat.Ada ibubapa,bayaran anak tertunggak,tup2...kereta baru lah pulak!
Adakalanya,bertanya dalam hati...
Bajet beli kereta ada,tapi...bajet anak2 tak ada.Setiap makanan yang anak2 kita makan akan jadi darah dagingnya.Darah yang akan mengalir sehingga dia mati.
Ada ibubapa,cuti tahun habis!walhal...anak2 hadir setiap  hari kecuali hari ahad je.
Ada ibubapa,janji anak2 nak bawa jalan2,
Ibu!mama suruh pakaikan baju ni,mama nak bawa kita gi jalan2!mereka akan beritahu kita awal2 lagi supaya pakaikan baju cantik yang mamanya berikan.
Tup,tup,tup....
Sampai ke petang masih tak datang menjemput si anak yang dan cantik berseri.
Aku selalu menyakat anak2 ini...
Mana mama?kataku
Dia akan jawap...
Ada!mama dah janji dengan kita,sambil meninjau keluar...
Mana ada?mama tak jadi pergi...buka baju tu!esok kot mama pergi....pujukku dalam menyakat
Tak lah!mama dah janji,mama kata nak belikan kita mainan...impian hati mengunung tinggi.
Mama dah pergi kot?tinggalkan awak.....kataku
Muka si anak,kembang merah menyala!
Wwwwaaaaaaaa!!!

Lewat petang,si mama datang bersama papa,bergurau mesra..
Awak dah janji nak ambil anak kan?tanyaku lahan
Alamak!saya lupa lah kak...jawap si mama,papa hanya diam membisu
Dalam hati...Padan muka!janji lagi...
Mama tanya...
Macam mana dia kak?
Awak tahu tak?dia tak tidur,dia tak makan...dia hanya duduk di tepi pintu sambil pandang keluar.Ajak tidur ajak makan,semua tak mahu.Dia kata mama janji nak ambil dan makan KFC kataku lahan.
Alamak!kak..saya betul2 lupa....biasanya,itulah ayat paling acapkali di ucapkan oleh ibubapa.
LUPA,TERLUPA,SENGAJA LUPA ATAU PURA2 LUPA ATAU MEMANG TERLUPA!

Pujuklah dia,kanak2 tak pandai bermusuh.Mereka tak pernah simpan dendam.Hari ini gaduh,esok dah baik semula.Begitu juga Kanak2 taska.mereka juga ada hati dan perasaan.Jika tak mahu bawa,jangan janji.Berjanjilah dengan janji yang kita mampu lakukan.
Jangan le jadi tukang karut ya mama dan papa....



Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF