SELAMAT HARI LAHIR

BUAT DIRI SENDIRI

Mungkin ramai yang akan ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk aku,mungkin ramai yang akan berbuat demikian,dimuka bukuku.Tapi sengaja tak ku pamerkan tarikh itu.Bukanya apa,tak berapa kisah pun mengenainya.ALLAH bagi pinjam nyawa itulah hari hari jadiku.
Tak ada makna apa2 pun,hidup mati...itu semua biasa.Tapi...bila bangun pagi kita masih bernafas,itulah hari2 kesyukuran buat aku dan mungkin semua kawan2.

Macam orang putus asa je...tanya sahabat
Tak lah!dari dulu,saya tak kisah mengenainya.Saya tahu,hari tu hari jadi saya,hari saya di lahirkan oleh emak saya.Tapi..apa maknanya?
Sepatutnya saya kena bersyukur,saya masih mampu melewati usia 46thn.Begitu lama hidup saya,apa yang saya ada?
Keluarga?jawap sahabat
Keluarga,anak2,suami dan harta yang ada,bukan milik saya sebenarnya.Milik ALLAH.Suami?kalau dia tak suka saya,dia akan campak saya ke tepi.Anak2?mereka juga ada urusan mereka sendiri.Tiada apa yang saya ada kecuali..AMAL saya...HUH!

Pernah tak terfikir,kita tak bangun lagi esok pagi?tanyaku pada sahabat
Tak pernah!itu tandanya hati dah gelap sikit
Pernah!itu tandanya dia dah ada iman di dada.Dia yakin,MATI ITU PASTI!

Kadang2 bila lihat almari baju berselerak,terfikir...
Kalau aku mati esok,malunya...orang lihat almari aku sepah macam ni...getus hati setiap kali terfikir bangun tak aku?
Bila ingat tu semua,ambil masa untuk kemaskan apa yang patut.
Kalau aku mati esok,baju2 yang aku sayang,akan di ambil orang.Sepatah kata Ustaz Kazim....esok kalau akak mati,baju labuci akak2 akan dipakai isteri muda kak oiii!baik le akak2 pakai sekarang,jangan di simpan....Rugi kak oiii,bini muda suami akak2 akan melaram dengan baju yang cantik2 tu..
Tapi...ustaz,tak kan le nak pakai hari2 biasa ustaz?sayang lah....kata Kak Tijah
Habis!nak pakai bila?suami akak2 tak kan tunggu akak,belum sempat tanah keras,dia dah pinang orang lain kak oiiii...
Ish,ish ish..ustaz ni!batu api! bisik dalam hatiku.

Ibu!nanti hari jadi ibu kan?tanya Aaliya
Bila?tanyaku pula
21hb ni lah!jawapnya
Mana adik tahu?tanyaku lagi
Aina cakap.........
Oooo....dalam hati,anak2 masih ingat,cuma mereka tak berpeluang beri hadiah,kalau beri pun...duit sendiri le.Almaklum le tengah belajar.
Adik nak bagi apa?tanyaku lagi
Saya tak ada duit nak bagi hadiah,saya bagi ibu cium je le....katanya lagi
Dalam hati..
Tak ada yang bernilai,hadiah hanya kebendaan,yang pasti kamu2 semua jadi anak2 soleh dan solehah itulah hadiah paling bermakna buat seorang ibu.
Hadiah akan hilang,yang tinggal hanyalah apa yang ibu ajar,ibu didik selama ini.Kalau ada yang nakal,maknanya...dia tak sayang ibu.Tak guna kata I LOVE U IBU!seandainya,masih buat ibu menangis hari2.

Wah!suami mesti beri hadiah besar....kata sahabat di selatan
Tak adalah Nita,biasa je,hadiah apa lah sangat!tak terfikir pun apa2...
Tak kan le tak minta apa2 pun?katanya lagi
Tak ada...
Kau ni macam orang putus asa!katanya lagi
Tak...aku nak minta apa?kalau aku nak apa2 pun dia bagi aku beli...jadi,dah tak jadi meriahn lagi..Melainkan,dia belikan aku benda2 mahal2!kalau setakat biasa2,terima kasih lah!kataku lagi
Amboii....demand pulak tu!kata Nita sambil gelak2
Betul lah!lain lah dia belikan aku rumah beso,kereta beso!barulah namanya hadiah!
Ayat tak boleh blah!katanya sebelum menamatkan perbualan.

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI.SEMUGA ALLAH AMPUNKAN AKU SEJAK LEPAS AKIL BALIGH HINGGA KINI,SEMUGA ALLAH PANJANGKAN USIAKU,SEMUA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU,SEMUGA ALLAH MURAHKAN REZEKI AKU,SEMUA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK AKU,SEMUA ALLAH JAUHKAN AKU DARI GODAAN DUNIA DAN GODAAN SYAITAN YANG DI REJAM.SEMUGA ALLAH BERI KEBAHAGIAN BUAT AKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
Tak ada apa yang lebih bernilai daripada mendapat keredaan darinya.

Masih ingat pesan ustazah,kebiasaan orang mati di antara sebulan sebelum hari lahir atau sebulan selepas tarikh itu.
Wah!ngeri dengar...
SEMUGA ALLAH PANJANGKAN USIA AKU,MATIKANLAH AKU DALAM KEADAAN AKU SUCI DARI DOSA YANG LALU....
HUH!
Bila ingat MATI,ianya buat kita rasa....kerdilnya aku di mata ALLAH.
Sekali ALLAH kata....


Maka aku akan tinggalkan semua yang aku sayangi.Tinggalkan baju2 yang aku rasa cantik,tinggalkan harta dunia yang aku sayangi....
Maka aku akan tinggalkan anak2 dan suami,yang pasti sebulan selepas itu,suami aku pasti kahwin lagi..
Mana tau?
Dia cakap!tak kan dia nak kemas rumah,basuh baju dan lain lain tu!
Maka aku akan sendirian di kubur yang sejuk dan sempit.
Maka aku akan mengharap doa dari anak2 yang soleh dan solehah.Suami?nyata hanya benda yang melekakan aje..
Maka aku hanya mampu merintih sedih dan mohon ALLAH kembalikan aku lagi ke dunia.
Yang pasti!'
Nasi telah menjadi bubur....
Setiap kesalahan adalah tanggungjawap sendiri.
Bersedialah wahai empunya diri...

HUH!..

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?