RAJA AZMI BUAT HAL LAGI...

KALI INI,ISU TUDUNG!

Masa baca tadi...
Dalam hati,lantak lah!malas nak fikir...
Masa baca komen rakan2 FB...
Dalam hati,tak payah di layan je,esok kena bakar,otak siapa yang mengelegak , kena campak dalam api neraka,bukan kita....DIA!
SUKA HATI DIA LAH!
Tak payah layan...
Dia bukan remaja,umur dia dah tua.Anak2 pun dah besar panjang,dah ada cucu pun..
Maknanya,dia dah cukup matang untuk tahu tentang ISLAM.Lagipun,dia bukan tak ada asas pendidikan agama,mustahil!ibubapa dia tak didik atau dedahkan dia dengan ISLAM.Mustahil!
Dia bukan bangsa China,India atau apa2 bangsa yang bukan menganut islam.Nama dia RAJA AZMI,maknanya dia orang melayu beragama ISLAM.

Kadang2 kita pun satu hal...
Suka bertanya,bila orang tak bertudung macam Raja Azmi di tanya mengapa tak pakai tudung lepas balik umrah?Mestilah jawapanya macam tu!Kita sengaja mencari salah dia,mungkin bosan dengan soalan macam tu,maka jawapannya mestilah tak memuaskan hati banyak pihak.

Bila di tanya mengapa tak pakai tudung lepas balik Umrah?
Raja Azmi jawap...
KAk MI AKAN PAKAI (TUDUNG)BILA2 KAK MI NAK PAKAI SEPERTI PERGI MAJLIS KEAGAMAAN.TAPI HARI2 BIASA TU....KAK MI RASA TU TAK PENTING..
KALAU BETUL PAKAI (TUDUNG) SATU DOSA YANG AMAT BESAR SAMPAI ORANG KATA KALAU ORANG PEREMPUAN TAK TUTUP AURAT AKAN MASUK NERAKA,KAK MI TAK BOLEH TERIMA LAH! SEMUA TU...
Masih tak cukup lagi...
Raja Azmi kasi hangat lagi...
KAK MI BERCAKAP SEBAB DAH FIKIR,SEBAB TU LANTANG BERCAKAP.KALAU TAK FIKIR KAK MI TIDAK AKAN CAKAP BENDA YANG BODOH NI...

Dah baca?
Puas hati?
Masih tak puas hati?
Tak dapat le mak nak nolong.....
Itulah yang Raja Azmi kata bila soalan diajukan oleh Kak Nam atau Pak Nam!
Bila orang tak arif pasal hukum hakam di soal dengan soalan macam tu!NAH!ambillah jawapannya.Kita semua tahu..mengenainya,kelantangan,keceluparan mulutnya,semua orang tahu kan?kita tak kenal rapat dengannya,tapi..kita selalu baca macam2 mengenainya.
Pernah baca artikel sexnya,nampak macam membara bara!tapi...kecundang juga...
Pernah baca artikel skandalnya,tapi...dah orang nakal,ada aje alasan sampai bolos juga.

Sepatutnya,orang macam ni usah di layan..
Sepatutnya,orang macam Raja Azmi di soal perkara dunia je.hukum hakam payah nak masuk dahhh!
Sepatah kata ustaz..
Budak kecil belajar dapat ilmu,kita orang tua gi belajar,dapat pahala je,ilmu dah tak lekat lagi dahhh!
Sepatutnya...
Kak Mi!amacam kahwin lelaki muda?
Jawapannya mesti...
Fuhh!ada ummph!
Kak Mi!lepas balik umrah,tak kan le nak pakai tudung!tak rugged le...
Jawapanya mesti...
Tau pun!tak main le tudung2 bagai ni...Lemas I youuuuu!
Begitulah caranya bermain tektik!dok gi tanya macam dia nak mati esok....AWAT?


Esoknya...dia keluarkan kenyataan balas...
SEBENARNYA SAYA BERCAKAP SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG PUNYA PANDANGAN TERSENDIRI.TAK SEMESTINYA WANITA YANG BERTUDUNG ITU SAH AKAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB DENGAN AMALAN YANG LAIN.
ADAAKAH BERDOSA BESAR SAYA BARU PULANG DARI UMRAH INI TIDAK BERTUDUNG?MENUTUP AURAT BUKAN DI KEPALA SAHAJA.
SAYA TIDAK MAHU TUDUNG ITU DI GUNAKAN UNTUK MENUTUP SEGALA KESALAHAN YANG LAIN TANPA MENITIK BERATKAN AMALAN YANG LAIN...KATANYA..
Dah baca?
Puas hati?masih tak puas hati?
Nak buat macam mana?itulah hakikat sebenarnya bila Islam tak di junjung dalam kehidupan harian.
Dulu2,masa teman belum bertudung,lebih kurang je dengan Kak Mi,orang suruh pakai,ada aje alasan.
Orang suruh jadi orang pun tak suka!
Orang nasihat buat musuh!pendek kata...semuanya berpunca dari hati,kalau hati tak mahu,sepatah kata atok teman...orang langit hijo datang nasihat pun tak jalannnn!Belasah separuh nyawa pun tak jadi apa!..
Orang macam ni,dia tak faham atau dia lupa...
Sebagai umat islam,kita kena ikut apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di tegah.Sebagai saudara seislam,hanya doa dapat kita berikan.selebihnya....empunya badanlah yang berhak ke atas dirinya sendiri.

Teringat kata2 ustaz...
1-Tanda2 manusia itu telah sempurna ada 4:
Tunai janji dengan ALLAH dan manusia,maksudnya....tak mungkir janji dengan manusia,bila janji...TUNAIKAN tanpa di paksa2.
Tunai janji dengan ALLAH ketika kita dalam perut ibu kita,semua orang berjanji akan menyembah ALLAH yang satu.

2-Memelihara batas2 hukum hakam.Bila kita faham apa maksud WAJIB,SUNAT,HARAM,MAKHRUH DAN HARUS.Maknanya kita faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan.

3-Memelihara kesabaran ketika di timpa musibah,pada diri,pada harta atau orang2 yang tersayang.Sentiasa redha dengan apa yang kita hadapi.

4-Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,tak pernah mengeluh dalam apa jua keadaan sekali pun.

Agak2 Kak Mi kalah tang mana?
Jelaskan?tanda2 orang sempurna telah di perjelaskan.Kak Mi tak nampak jalan yang lurus tu...
Oleh itu...
Sebagai anak2,suami ,adik kakak atau orang2 yang rapat.Tarbiahlah Kak Mi,agar dia kembali pada jalan yang benar.Raja Azmi akan jadi karung masalah bagi anda dan kita semua.

Bila di tegur dia tak mendengar,kita kena cuba lagi dan lagi...
Jika masih gagal,maka......abaikanlah ia...
Doakan agar dia kembali ke pangkal jalan.
Itu sahaja yang kita mampu lakukan.Kita cakap banyak nanti jadi riak!tak pasal pasal....
kita pun di ketegorikan  serupa saling tak tumpah macam Raja Azmi juga..
Lagi kita layan...
Lagi banyak masalah.
Berilah dia ruang untuk berfikir,tudung kepala itu wajib bagi perempuan islam.Tudung kepala di pakai,tapi masih buat maksiat atau dosa2 lain.Lihat dari kacamata kasar,memang lah tak elok,tapi...setidak2nya dosa tak tutup aurat tak akan di perhitungkan kelak.
Soalan mengapa kau tak pakai tudung?tak akan di soal oleh malaikat.Hanya dosa yang dia buat sahaja bakal di ambil kira.TU JE...


Kepada Raja Azmi,kalau anda tak minat nak pakai tudung,tiada paksaan.Ikut suka hati lah!tapi..jangan le keluarkan kenyataan nampak anda dah lupa hukum tuhan.Sedegil mana pun manusia itu!ingatlah....
JANGAN PERTIKAIKAN APA YANG ISLAM MAHU,BILA DAH DI ARAH UNTUK MEMAKAI TUDUNG KEPALA.BUATLAH......
KALAU TAK MAHU,USAH CAKAP BANYAK2,LAGI BANYAK CAKAP LAGIIIIII SALAH!

BILA ORANG TANYA..
KENAPA TAK PAKAI TUDUNG KAK MI?
(CADANGAN JAWAPAN PALING CUNNNN...)
KAK MI BUKAN TAK MAHU PAKAI TUDUNG,MAHU!SIAPA CAKAP KAK MI TAK MAHU PAKAI TUDUNG?INGAT KAK MI SETAN!
SEBAGAI ORANG ISLAM,TUTUP AURAT TU KAN WAJIB.ALLAH DAH ARAHKAN MACAM TU....TAPIKAN...KAK MI BELUM SEDIALAH.BANYAK LAGI PERKARA YANG KAK MI TAK BUAT LAGI.KALAU PAKAI TUDUNG,SUSAHLAH KAK MI NAK KERJA NANTI...ALMAKLUMKAN...TUDUNG KAN LECEH NAK IKAT,KALAU PAKAI YANG SARUNG,NAMPAK TUA LAK!HEHEHEHE..
TUNGGUUUUU YA...NANTI,KALAU KAK MI NAK PAKAI,KAK MI BUAT SIDANG AKHBAR YA....DOAKAN LAH KAK MI YANG BAIK2 JE TAU!...

Kan senang kalau jawap macam ni..
Orang pun tak kenal siapa kita,jahil ke bodoh ke ,kurang ilmu ke..
Yang mereka tahu..
Raja Azmi belum bersedia...

Jadi,peringatan untuk semua..
Nak jawap soalan pun ada cara.Bukan main cakap je!
Hati2 lah bila menuturkan kata kata...
Kerana orang akan menilai kita melalui percakapan kita aje.
Akhir kata......
Lantak lah kau orang nak jadi apa?
Malas nak fikir..


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?