PEMANDU WANITA LEBIH CEKAP DARI LELAKI?

CATATAN KE 501
BENAR ATAU SALAH?

Cer jawap!
BENAR ATAU SALAH?
Pemandu wanita lebih ganas dari lelaki?
Suami jawap...
Pemandu wanita lah!lembab!bila lembab semua nya dari pemandu wanita.Bila jalan sesak!pemandu wanita le puncanya.
Sahabat wanita menjawap..
Mana ada?pemandu lelaki yang lembab!cuai! banyak masalah!suka tunjuk lagak!suka tunjuk kuasa!macam le terror sangat bawa kereta!

Cer jawap!
BENAR ATAU SALAH?
Kemalangan banyak berpunca dari pemandu wanita
Suami jawap..
Betul le tu!pemandu wanita lembab yang keterlaluan.Bila lihat kelibat kereta yang tak tentu arah!nak kata gi kanan,macam nak gi kiri.Nak kata belok tapi dia terus!wanita le tu!
Pening! pening!...
Suami kata lagi..
Kalau ada kereta menyengget je.....
Pemandu wanita le tu!mana2 yang lambat,terhegeh hegeh....semuanya pemandu wanita.

Amboi...amboi...
Cakap tak tengok kiri kanan!main belasah je!
Tak semua lah wehhh!ada pemandu wanita yang cekap!
Sahabat jawap..
Benar,ada yang cekap!tapi..boleh di bilang dengan jari jawap suami.

Saya boleh memandu dari Perak ke Johor,6jam je..
Betul!6jam je...tapi..kamu tau tak?berapa ramai yang dah makan hati dengan kamu?biasanya pemandu wanita,tak kosisten,kejap kiri kejap kanan,kejap laju kejap perlahan.Dahlah tu!lahan ikut link kanan.Orang nak potong pun susah!bila kita horn,mak aiiii menjeling!
Aku jawap...
Mana ada?kitaorang ok le..sahabat pula menjawap.
Betul!kamu semua boleh drive kereta,tapi...tak sama dengan lelaki.Orang lelaki akalnya panjang.Tak panik,tak mudah melatah!paling marah pun,mencarut je!pemandu wanita,bodoh tak boleh di ajar!sambungnya dengan gelak.

Hati menjadi marah!jiwa menjadi kacau!Walaupun marah,fikir juga kebenarannya.
Ada Betulnya, pemandu wanita yang selalu menyakitkan hati orang lain.Sombong bodoh!orang ajar tak nak dengar.Buat kepala sendiri.
Ada betul nya juga.Pemandu wanita,ada yang masuk 7Eleven.Dilanggarnya habis!tahu2 dah ada depan kaunter.Kelam kabut!
Ada betulnya,pemandu wanita pekak badak!park kereta ikut suka..
Kalau ambil Aaliya dari sekolah,pemandu wanita lah yang menganggu lalu lintas!kita yang tengok pun ikut panas hati!
Bila kita bunyikan horn,cewah,cewah....kita di jelingnya.Seolah2 kita telah menganggu kehidupan dia!
Walhal...kereta kita di gesel ikut suka je...
Ibu malaslah nak datang awal,esok ibu datang lewat sikit tau!
kenapa?
Ibu malaslah!nanti gaduh...
Kenapa?
Tadi,ada kereta kuning tu gesel kereta kita,nasib baik tak teruk,dahlah gesel kereta orang,menjeling pulak tu!ish!
Oooo....ok!
Mujur anak daraku faham,sejak itu...Aku pasti akan datang lewat 15 minit dari waktu balik.Malaslah nak lihat muka pemandu wanita yang eksen tu.
Mentang2 memandu kereta jenama terkini.Sombong!
Mentang2 spek mata bingkai putih.Subhanallah!nampak lubang hidung je...mendonggak ke langit!ish,ish..
Mentang2 pakai tudung Pearl Haya,tingkat2 macam kek lapis!sombong.....
Dia yang salah!kita pula di jelingnya.

Malas saya nak lalu kat area sekolah tu kak,diaorg park kereta ikut suka je...
Betul2,orang perempuan bawa kereta macam bini sultan!buat kepala sendiri.Akak pun datang lewat.Malas nak lihat gelagat mereka.
Sam hanya gelak je,ingat akak tak perasan!
Apa pulak tak perasan!dah 5thn akak lalu lalang kat sekolah tu...memang menyakitkan hati!

Lagi satu...pemandu wanita,tak tahu apa2,mereka hanya tahu letak gear kat D dan pecut!
Wah!wah!..konon2 terror gila!walhal...tukar beteri pun tak tahu.Masukkan angin kat tayar pun,tak tahu...
Mustahil letak angin pun tak tahu?
AKU!lesen dan hampir 25thn,sekali pun aku tak pernah pam tayar.Isi minyak pun,mula2 dulu...
Dik!akak cakap terang2,akak tak pandai isi minyak.Akak rasa,baik awak isikan sebelum minyak ni tumpah!
Kelam kabut!atenden stesen minyak isikan.Takut sungguh minyak tumpah ke lantai.Melalui iklan kat TV,aku belajar sikit2,di tambah pula dengan ajaran suami.
Di sebabkan aku terang hati,oklah...mudah faham.Hehehehe...

Setakat bawa laju,kena saman..Itu biasa.
Setakat bawa 160km/j tu pun biasa...
Setakat guna lorong kecemasan pintas kesesakkan pun biasa!
tapi..
kalau tahu bab enjin,itu adalah sesuatu yang luar biasa kecuali pemandu wanita itu belajar mengenainya.Setahu aku lah!10 orang pemandu wanita,hanya seorang sahaja,mungkin cekap bab enjin.Selebihnya,hanya terlonjak2,merenggek manja...
Abang!kereta tak boleh start....
Abang!kenapa kereta ni bunyi?
Abang!kenapa ada asap kat tepi tu?
Abang dan abang dan abang....
Itulah watak sebenar pemandu wanita.

Nampak  macam cekap,pandu laju,macam ganas!tapi.....tak tahu apa2 pun!
Setakat gempak je bagi kat orang luar nampak....
Wah!terror sungguh pempuan tu!
Kalau ada masalah,bagi spanar hidup pun tak tahu pegang!
Paling haru...
Nak buka but depan tu pun tak pandai.
Terkial kial nak cari punat!
hehehehe..

Yang pasti..
Perempuan ni bukan tak tahu,tapi...memang tak mahu tahu!kalau kita tahu semua,alamat.....kau cuci baju,kau masak,kau lipat baju,kau gosok baju!kehulu kehilir bawa kereta....
Lelaki akan terus menindas kau sampai kau kering bak daun yang layu..
Dah termaktub!bab kemahiran hidup tinggi bagi kat lelaki,akal diaorang kan 9!
Kerja kita beranak je!bab beranak...cer suruh diaorang CUBA TRY!
Dah cuba try pun! mana mahunya lelaki beranak!
Hehehehe...ALLAH maha mengetahui..
LELAKI WALAUPUN CEKAP BAWA KERETA TAPI...TAK TAHAN SAKIT!
WANITA WALAUPUN TAK CEKAP BAWA KERETA..TAPI TAHAN SAKIT!BERANAK 10 ORANG PUN!SELAMBER JE TERAN...
Biasanya suami akan kata...
Kesitu lak!


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF