ORANG MELAYU KATA AZAN MENGANGGU?

ISH,ISH,ISH....

Betul ke?
Macam tak percaya lah!
Tak percaya?
NAH!ambik buktinya..


Masih tak percaya?
Hahahaha!
Tak percaya juga?
Tak tahu nak kata apa lagi...
Yang jelas2nya...
Pak Said telah pergi ke balai polis berhampiran dan telah membuat aduan mengenai azan yang sangat menganggu!


Pak Said buat aduan seolah olah dia bukan islam,tergamak Pak Said buat aduan begitu,kalau orang bukan islam yang tak suka azan,itu tak menjadi masalah lagi.Azan bukan miliki mereka,tapi miliki kita penganut agama islam.Pak Said tak patut buat begitu.Seolah2 Pak Said Jahil akan agama.
Tapi...
Selidik punya selidik,akhirnya kita tahu duduk perkara.
Pak Said bukan orang asing di situ,Pak Said antara jemaah di surau itu dan sering kelihatan berjemaah bersama,Pak Said bukan Mat Rock!tapi Pak Said seorang warga tua yang tahu hukum hakam.Lihat gaya Pak Said,dengan kopiah hijau,berjambang ikut sunnah Nabi s.a.w....
Sah!Pak Said bukan calang calang manusia,dia lelaki yang berani menegakkan haknya.
Pak Said tak sebut azan,Pak Said hanya kata suara menganggu sekitar 5.45 pagi.Sah!sekali lagi,bukan azan tapi tahrim atau ceramah2 agama yang di adakan sebelum solat.
Sikap paling terpuji,Pak Said tak suka berhutang,sebab tu...Pak Said masih menyewa rumah bagi mengelakkan riba.Tak baik ke orang macam tu?
Dia cuma komplen sikit je,bukan baling kepala babi ke,kepala lembu je,macam separuh2 tempat tu.Lagi kes aniaya.Setakat dia buat report gitu je,ok lah lagi.Maafkan lah dia.Dia suka berterus terang,bukan kata belakang.Maaf kan dia,sedangkan ALLAH ampun kan kita,inikan pula kita manusia.

Teringat kata ustaz,
Islam tu tak pernah menyusahkan orang lain.Seawal 5 setengah pagi,masih ada orang2 islam yang masih berkhalwat dengan ALLAH,berzikir lembut memuji ALLAH,berbisik mesra menyatakan isihati kepada sang pencipta,tetiba....dengan 15 biji speaker menghala ke kawasan perumahan,pasti mengejutkan penghuni setempat apatah lagi jika jarak rumah dengan masjid tak sampai 10meter.Mungkin dalam bahasa kasar,agak2 le Pak Iman oiii....Kalau komplen kata anti-azan lak!Bila bagitahu terang2,marah!boikot!kata orang jahil!
Sekarang ni,Pak Said tidak jalan penyelesaian,bila masuk paper je baru bergerak dan pihak berkenaan panas punggung.
AJK masjid selalunya keras kepala juga,ikut kata diaorang je,setakat orang tak biasa datang jemaah,tak payah le banyak cakap!dok diam je....
Pak Said yang istiqamah solat di masjid tersebut pun,aduan di pandang sepi,apatah lagi kita yang amalan nyawa2 ikan ni...HARUS!!!

Masjid itu dekat dengan rumahku,dari dulu..memang kuat,tak le sampai menganggu..
Kalau bacaan tahrim berkemundangan,seolah2 Pak Iman bisik kat telinga je....Nak komplen?rasa2nya bila bab agama,tak berani nak sangkal.Selagi dia tak melanggar jelas hukum hakam,rasa2nya ok kot?Tak payah le berkira sangat.Bukan mereka menyanyi pun,mereka berselawat,membangun kan kita,elok le tu...
Bangun pagi2 di galakkan untuk turunkan kolestrol.Caranya,mandi air sejuk.Sebulan lepas tu,buat pemeriksaan.gerenti turun kadar kolestrol dalam badan.Bagaimana?google le...enter je,maklumat di hujung jari anda!
Jiran2 cina aku pun bangun pagi.Setiap pagi,kedengaran riuh orang berbual,bila kita menjenggah,sekumpulan warga emas bangsa cina berjalan sambil bergurau senda.Di belakang,kedengaran sok sek sok sek...bunyi orang memberus sesuatu.Mereka bangun seawal pukul 5 pagi.Sooo....tiada masalah sebenarnya.

Rakyat Malaysia ada perangai pelik lagi menyakitkan hati.Bila timbul sesuatu isu,mereka akan prong prang prong prang!akhirnya......
ZZZZZZZzzzzzzzz

Mengapa perlu di besarkan isu begini.Malu dengan bangsa lain, jika kita sendiri pun tak setuju dengan laungan itu.Bising?bukan alasan yang logik.Masa kat Masjidil Haram,speakernya lagi canggih!bila kita dengar seolah olah....suara Pak Imam terus ke langit.
Kuat sangat!
Tapi...kita bangga kot?suara itukan memuji sang pencipta,suara itu kan membuat kita sedar dari mimpi indah?
Sebaik keluar isu ni,rumah Pak Said di sabotaj oleh manusia yang suka jadi barua orang.Setakat jiran tetangga,jangan le kata mereka sanggup aniaya Pak Said,mereka berjiran,tiada sebab mengapa mereka boleh marah!Sebab.....mereka juga membebel isu yang sama,cuma Pak Said je yang berani tampil ke depan.Tu je...
Sepatutnya,jiran2nya pun turut sama mempertahankan Pak Said,tapi...jelas2,Pak Said bersendirian berjuang mempertahankan prinsip diri.Yang lain....
DOK DALAM KELAMBU LE!


Pengajaran untuk semua..
Lain kali,tak payah buat report bab2 macam ni,sebaiknya....pergi dan kecilkan volume,HABIS CERITA!
kalau AJK marah!ambil speaker tu....
HUMBAN KE TANAH!
hehehe
Berani ke?
kalau badan dah ringan,semua boleh terhumban keluar!
Cuma...mustahil le kan kita buat gitu,kita kan orang2 beriman...
Mana mungkin kita lakukan semua perkara kurang akal tu.
Kepada Pak Said,lain kali jangan berani sangat.Bab agama ni sensitif!jangan sesekali di sentuh.Kalau tak suka,diam je le...
Lagi pun,pengalaman aku dok kat area situ bertahun2 kot?memang kuat,tapi..tak le sampai terkujat kujat.Nak di bandingkan rumah aku dengan rumah Pak Said,rumah aku lagi dekat.Hanya di pisahkan jalan  dan selang 2 rumah sahaja.Alah bisa tegal biasa lah Pak Said.Tak payah kecuh2 le....
Tahrim,azan..itu semua kan amalan yang baik,anak2 cucu akan teruskan,2014 dah lahan,2020 lagi le lahan...lama2 hilang suara.Pagi2..tup2 dah azan je.Almaklum le...Subuh ni kan masa tidur paling enak.Masa ni le kita mimpi macam2!
Bila ada selawat tahrim,setidak2nya pagi kita terganggu dan kita boleh le bangun awal..

Yang Pasti,
Islam itu Indah,usahlah kita berbalah....
Muafakat sesama kita,itu lebih baik daripada bercokak sahaja.
Sekian...




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF