LELAKI DAN SONGKOK

TANGGUNGJAWAP SENDIRI ATAU ISTERI?

Songkok,kopiah,songkok haji atau apa pun namanya di gunakan oleh kaum lelaki ketika bersolat.
Tanpa songkok,nampak janggal lah lelaki itu ketika solat.
Nampak macam terlebih moden.
Awie yang ROCK tu pun pakai songkok masa solat.
hehehe

Songkok ada bermacam warna,hitam atau putih atau apa pun kalernya,tujuannya hanya satu iaitu bagi menutup kepala dan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w.Perlu ingat juga,Nabi tak pakai songkok tapi...Nabi pakai serban.
Zaman sekarang,serban di gunakan oleh kaum lelaki yang banyak ilmu.Kalau setakat ilmu tak penuh di dada,jarang serban mereka gunakan.Mungkin takut orang sergah dengan soalan cepu emas kot?

Nak tanya sikit lah!tanggungjawap menjaga songkok itu terletak di bahu siapa?
Ibu,kakak,adik,nenek atau diri sendiri?
Selalu berlaku,bila nak solat,masa tu cari songkok!riuh sekampung bertanya akan di mana letaknya songkok2 itu.Paling tak tahan,tergamak marah orang pasal mereka tak jumpa songkok!
Mana songkok saya?tanya suami setiap kali nak solat.
Adakalanya,tertanya tanya juga,adakah tugasan isteri jaga songkok?
Masa gi kursus dulu2,tak de pula mereka kata tugas isteri jaga songkok!yang mereka kata,yang mereka ajar....
Tugas isteri ialah...
Layan suami
Beranak dan jaga anak2
Jaga harta
Jaga maruah diri.....
TITIK!
Tugas2 lain tu,hanya bantuan yang patut di hargai oleh suami.
Tak ada pula di sebut,isteri2 mesti jaga songkok suami,bila suami nak pakai je,terus unjuk kat muka dia...
NAH NI SONGKOK ABANG!
Kalau ada pun,mesti isteri tu macam robot yang ada banyak kocek.Kiri kanan atas bawah,penuh kocek dan di isi dengan segala macam peralatan suami.
Baru suami kata...
Pah!mana buuuuu....belum habis ayat.Isteri dah jawap...
NAH!INI BUTANG BAJU ABANG!
Pah!mana Seeeee.....belum habis ayat,Isteri dah jawap..
NAH!SELUAR ABANG!
Silap bagi..
Pah!aku bukan tanya seluar lah!aku tanya sepender!
Muahahaha!

Dalam rumahtangga,kERJASAMA paling penting,setakat baju seluar dah di gosok rapi,makan minum dah di layan baik.Bersyukurlah...Kalau sampai songkok pun isteri kena jaga.Patut le ramai para isteri pencen awal.Macam kena buli jer,macam kena kuli jer...
Tak sanggup!Agama dah bagi list mana yang patut di ikut dan mana yang patut di abaikan.Setakat songkok,itu bukanlah masalah besar sangat!
Ambil sebatang paku,paling bagus,paku patung,ketuk di dinding untuk sangkut songkok!
Lain kali,nak pakai je...
Pergi kat dinding tu dan capai songkok anda sendiri.
Pakai kat kepala dan pergilah solat dengan tenang.Jangan le beratkan tugas isteri dengan menambah tugas baru iaitu menjaga songkok!
Kadang2 dah pakai songkok,letak entah ke mana2,kita juga yang kena jerkah.
Sahabat kata..
Sabo...
Aku jawap...
Sabo lah ni,kalau tak sabo....dah kena buat kari!

Maaf ya bang.....
Mudahkan kerja isteri,nescaya ALLAH akan mudahkan kerja abang pula....




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN