KOREA OR HONG KONG?

CATATAN KE 505
HONG KONG ATAU KOREA?

Kakak tanya..
Jom kita gi melancong?
Aku jawap..
OK!
Kakak kata lagi..
Kita bawa budak2,mesti diaorang suka..
Aku balas...
Memang le budak2 suka!tapi kita tak suka....
Kakak tanya..
Kenapa?
Aku jawap..
Anak2 aku tak cemerlang.Nak SPM pun buat dek je...
Kakak kata lagi..
Alahai,SPM lama lagi lah!
Aku jawap..
Siapa kata lama lagi?6,7 bulan je lagi...
Kakak jawap..
Alahai...anak kau boleh score lah!don't worry be happy!
Aku jawap..
Banyak lah!kalau tak belajar lagi sekarang,bila lagi?
Kakak jawap..
Dia boleh jawap!kau jangan takut..
Aku balas lagi..
Bukan takut,tapi....stresss!Orang lain nak SPM,siang malam bertungkus lumus baca buku!
Kakak kata..
Oklah tu,kalau semua kerja baik2,siapa pula yang nak keje angkat sampah?
Aku jawap..
Anak orang lain lah!anak aku bior le keje elok2..
Kakak balas lagi...
Amboi...anak orang hangpa suruh keje teruk2!anak hang suruh koje baik2 pulak!
Aku jawap...
Sebab anak aku tu pengeli!kalau keje angkat sampah,mana maunya....tengok ulat pun macam tengok HANTU!macam mana nak angkat sampah?
Kakak kata lagi..
Elok le dia keje angkat sampah,dah malas belajar kan?
Aku jawap..
BETUL JUGA TU!dah malas belajar,mustahil pula jadi doktor kan?
Kakak jawap..
TAU PUN!lantak piii lah!kau tak payah pening2 kepala.Nanti darah tinggi kau naik,jantung kau berdegup kencang dan kencing manis naik mendadak!

Berbalik pada soalan di atas,Korea atau Hong Kong?
Pujuk le bagaimana sekali pun!aku tak mungkin pergi.Suami aku kata...dia dah pergi tempat2 tu,dia kata...tak ada apa2,baik le pergi Kelantan!
Muahahaha!
Dia kata tak ada apa2?
ish,ish,ish...
Jiwa kacau lah laki kau ni!kata kakak

Suami aku kata lagi,tak takut pesawat hilang?
kakak jawap..
kalau kira  macam tu!kau duduk berlumut le.Hilang atau tak hilang itu nasib.Kalau nasib baik,sampailah ke destinasi percutian yang di rancang,kalau nasib tak baik...dok le kita kat lautan Hindi nun jauh di sana.
Wehh!celuparnya mulut!kata aku..
kakak jawap...
Malas lah nak layan!nak pergi ke tak?cakap banyak pun tak guna!
Aku jawap...
Tak lah!aku nak gi kelantan,nak gi rumah Nik Aziz!
Kakak jawap....
SUKA HATI LAH!

Aku tahu dia kecewa,aku tahu dia tak suka...
Tapi apa akan daya...
Orang makan gaji macam kami,kais pagi makan pagi.Kais petang makan petang.Apatah lagi,dengan harga barang yang naik mendadak!kami rasa tertekan.Orang makan gaji macam kami,wang masuk CIPUT!lain lah macam kau!sekali masuk juta2!buat jalan sedepa je,untung berlipat kali ganda!buat pondok tunggu bus pun!untung dah boleh beli MYVI!Income tax boleh tipu2,Macam kami,semua kami kena tanggung sendiri,kami bayar income tax hampir 100k setahun!anak2 sekolah,aku bayar sendiri.Orang minta PTPTN FREE,ramai yang suka bayar sendiri!Sibuk fikir kerajaan nak cari duit kat mana?Itu masalah dia lah!tugas dia untuk menjayakan semua plan pembangunan.Kita sebagai rakyat bayar cukai je,selebihnya kan mereka yang kena keje?
Ish!kesitu lak?

KOREA ATAU HONG KONG?
Dua2 tak pergi...
Suami kata,dunia tengah bergelodak!MH370 hilang tak jumpa2!
Suami kata...tak ada apa2 yg menarik di sana!daripada pergi tempat2 macam tu,baik le kita buat umrah lagi..
Nak ikut!nak ikut!jerit Alif dan Aaliya
kenapa nak ikut?dok sini le,biar ibu dengan ayah je yang pergi..
Alif kata..ibu ingat Alif tak suka ke gi sana!Alif pun nak pahala!
Dalam hati...
Sah!aku tak boleh bergerak bebas,aku masih ada beg tangan besar rupanya.HUH!

Kesudahan cerita..
APA PUN TAK BOLEH!






Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF