KEKASIH GELAP

CATATAN KE 506
 DOSA WALAU SUKA SUKA...

Hello..sayang....
Weh!mabuk ke?kataku pada Norzie
Alamak!sorry,sorry...jawapnya pantas
Siapa pulak sayang tu?tanyaku pelik,mustahil dia panggil aku sayang..Geli je..
Oopppss!salah orang lah!aku ingat BF aku..jawapnya tanpa malu
Wehh!dah tua pun ada BF ke?tanya ku pelik
Kenapa tak boleh?biasalah tu...jawapnya selamba
Mana boleh biasa!luar biasa le!DOSA tau!....jawapan yang aku berikan buat dia berdekah dekah ketawa.
Jangan le kolut sangat,BF je...bukan buat apa2 pun...jawapnya tanpa rasa bersalah.

Jangan main2 Norzie,tak boleh!DOSA!jawapku penuh kebodohan.
Aku suka suka je,bukan nak buat apa pun...jawapnya selamba
ish,ish,ish....jangan buat keje,suami kan ada,anak2 pun dah besar...kataku lagi
Suka2 je le...kecuh!katanya mungkin bosan dengan teguran aku tu.

Suka2 pun tak boleh!DOSA!degilnya...kataku lagi
Oklah,oklah....jawapnya mungkin untuk memutuskan perbualan itu.
Kenapa kau perlu BF?sedangkan kau kan ada suami?soalku macam polis pencen.
Suami aku tu,BORINGGGGG....tanya sikit nak marah je,menyampah!alasannya.
Tak kan le pasal tu,kau simpan BF?soalku lagi
Tak lah,tapi..BF dengan suami lain rasanya.Kau cuba le!sarannya lagi
Aku tak terfikir ke situ pun,yang ada pun aku dah tak terlayan!balasku penuh perasaan.
BF buat kita rasa muda!macam lelaki juga,kenapa dia nak perempuan muda?sebab dia nak rasa mudalah!katanya sambil ketawa
Tak semua macam tu...bantahku
Siapa cakap tak semua,kebanyakan orang yang simpan BF atau GF,mahukan perasaan muda itu!kau bayangkan...Tiap tiap pagi,call tanya khabar,sambil puji2 antara ikhlas dengan tak,aku tak peduli!yang aku suka...hari2 dia call ucap I MISS U,pun dah cukup aku terhibur...katanya lagi
Suami kan ada?tanyaku lagi
Suami aku?hahahaha!..tau nak marah je,bangun pagi,muka macam cencurut!masam mencuka!nak menyapa aku?tak ada maknanya.....Dia tahu,makan,minum,main je!hahahaha!tak ada maknanyalah wehh!katanya lagi
Tapi..DOSA tau!kau menduakan suami kataku lagi
Aku tak buat apa2 pun,cuma sekadar dalam phone je...katanya lagi
Tapi..HUKUM TETAP HUKUM!kita tak boleh nafikan semua tu....DOSA TETAP DOSA!kataku dengan nada yang keras!
Tak ada apa lah!aku cuma dalam phone je....dalihnya lagi
Ish,ish,ish....kacau kau ni,aku takut kau terjerat nanti!gertakku pula..
Hidup kena cerdik wehh!no phone tu aku tukar nama lah,jangan le letak nama lelaki,letakle nama perempuan!itu pun tak tahu nak fikir!katanya lagi sambil gelak2.
Dalam hati...apa nak jadilah minah sekor ni,tak takut dosa ke apa?

Wehhh!BF dengan suami layanannya lain.BF lemah lembut je,kalau cakap...ASYIKKK!suami?macam singa lapar!balasnya lagi
Wehh!BF ingat setiap hari kat aku,pagi call,tengahari call,petang call..sebelum tidur pun call..pendek kata..hidup aku terisi lah juga...balas Norzie lagi
Aku sekadar mendengar,nak bantah dia lagi tahu dari aku.Dia bukan anak remaja,tapi..dia ada anak remaja!maknanya dia dah TUA!dah patut malu dengan perbuatannya.CURANG!

Dalam hati,terfikir juga...
Betul juga apa yang dia kata tu tadi,suami sah!dah tak penyayang.Asyik nak menjerkah bini je.Cakap salah,mata terjojol,salah ambil air pun mata dia terjojol juga.Adakalanya,betul juga kata Norzie...
BF boleh buat kita terhibur.Mungkin le...hehehe
kepada semua lelaki yang asyik nak jerkah bini,Ingat2 sikit...jangan sampai semua bini buat keje macam si Norzie,simpan lelaki sekadar untuk rasa di hargai.Orang lelaki,kalau nak memikat,apa pun boleh di buat untuk kita.Macam zaman muda2 dulu...nak makan apa pun!pasti dia cari sampai dapat.tak mahu kita susah hati....
Sekarang!
Semuanya sudah jauh berbeza,kalau ada yang masih sama,boleh di hitung dengan jari.
Yang ada,cuma tau berlagak macam tuan tanah kedaung!

Norzie,Norzie...
Walau apa pun alasan kau!perbuatan kau salah dari segi agama.Kita bukan omputih,kita orang melayu beragama islam.
Dari dulu hingga sekarang,islam tak pernah mengHALALkan apa yang telah termaktub HARAM.
Ingat Norzie,setiap DOSA yang kita buat,walau sekecil zarah sekali pun !akan di kira dan di hitung oleh ILAHI.Tiada pengecualian.
Ingat tu!
Jangan suka2,tiada istilah suka2 dalam hukum hakam.Semuanya tercatat di helaian buku amalan kita.
Bila di hitung kelak.Kau tak mungkin dapat memohon keampunan ,kerana semuanya telah terlambat.

Moden bagaimana sekali pun kita,kembalilah kepada Al Qur an dan Sunnah!

Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF