KASIH IBU

SANGGUP BUAT APA SAHAJA!

Tengah sibuk mengemas dapur..
Ibu!aunty depan nak jumpa...jerit Akif
Berlari kedepan,dalam hati...ada apa lah agaknya.Jarang jiran China aku datang malam2 buta macam ni.
Sebaik sampai depan pintu...
Ada apa?sapaku sambil menuju ke arahnya.
Ini macam,saya tak tahu sangat cakap melayu..Ini budak akan kasi tahu sama u..katanya sambil memanggil seorang anak muda berbangsa china juga.

Ini macam aunty..mahu minta tolong LIKE gambar dia punya anak dalam FB.Katanya..
Boleh,boleh...sambil memberi HP untuk dia tunjuk ajar.
Ini macam,aunty pergi Super Sitiawan,LIKE dan pergi cari gambar F9 dan LIKE dan SHARE..itu macam sahaja.katanya lancar dalam bahasa melayu.
Ok,ok...nanti aunty suruh anak2 tolong LIKE juga....kataku beri harapan.
Ok ya...saya balik dulu ya...kata jiran china ku sambil berlalu..

Akif!tolong LIKE dan Share,biar anak dia menang!arahku..
Kamu pun sama,tolong LIKE dan SHARE!beri arahan pada suami dan hantar msg kepada Aina dan Mira dengan tujuan yang sama.

Tujuan aku menulis catatan macam ni adalah...
Itulah ibu sejati.Tahan malu..menjual muka untuk minta bantuan.Nak ikutkan,malu apa nak minta tolong orang lain LIKE gambar kita.Nampak sangat macam nak menang je...
Tapi,untuk memastikan anak itu berjaya.Dia sanggup menapak menuju ke rumah ku...
Cuba si ibu pula masuk Super Sitiawan.Agak2nya,anak2 dia bantu tak cari tukang LIKE?Agak2,ada tak sokongan moral seperti itu?Agak2nya,anak2 itu sanggup tak tanya aku untuk minta tolong LIKE gambar mak dia?
Agak2lah...ada tak?
Aku tanya aku jawap ya...
Tak ada!
Yang ada...
Ibu ni....buat malu je,tak payah lah masuk peraduan macam tu!semua tu untuk orang muda lah!mungkin itulah..antara baris2 ayat yang akan kita dengar.Tapi..seorang IBU akan memberi sokongan 100% demi melihat anak2 berjaya.

Nak Tahu kenapa?
Ibu sanggup buat apa sahaja!
Ibu sanggup tak makan tapi anak di beri makan banyak2!
Ibu akan jual muka,untuk melihat anak2 berjaya.
Ibu akan bergolok bergadai untuk memenuhi nafsu anak2.
Ibu akan sentiasa menipu,demi melihat anak2 gembira
Dan
Setiap kegagalan,ibu lah yang sanggup menangis sama,tanpa minta balasan.

Jiran China itu kupanggil Ah Moi,berambut panjang melepasi bahu,berwarna merah seperti kebanyakan wanita2 china yang lain.Tapi...rajin jaga anak,memiliki 2 orang anak gadis yang di jaga baik2.Pergi balik sekolah di jemput,sebelum ke sekolah di dandan rambut anak2 dengan ikatan yang kemas dan cantik.Dia hantar seorang demi seorang dengan membonceng motosikal.
Tak semua ibu moden tak suka jaga anak!
Masih ada yang jaga anak,umpama menatang minyak yang penuh.Lahan2 di pimpin agar anak2 itu menjadi insan berguna.
Sejak mencampuri masyarakat ini,ibu2 berbangsa China akan melebihkan anak2 dari segalanya,ateee suami itu sendiri.Pada pandangan aku,mereka menganggap anak2 itu ibarat nyawa sendiri.Jika menjemput anak2 pulang sekolah,jika ada 2 orang anak2,beg di sandang kiri dan kanan!
Anak2 berjalan gembira,tapi...si ibu,sesak nafas mengendong beg yang pastinya berat2 belaka!Almaklum,satu subjek ada macam2 buku latihan.

Tapi..si ibu tetap sabar,senyum meleret melihat anak2 ketawa gembira.
Semuga anak2ku punya akhlak yang terpuji ,akan melayan aku sebaik mungkin.
Wahai anak2....
Ibu bukan nak wang ringgit,ibu cuma nak perhatian kamu sahaja.....






Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN