KARPAL SINGH MATI?

BYE BYE...

Kelmarin baru baca cerita dia kat blog.Baru je nampak kelibat dia di TV..
Tup,tup,tup....
Pagi ini,dengar2 dia dah MATI!
Janji ALLAH,yang hidup pasti MATI,tidak terkecuali.

Malangnya,ada komen2 yang tak berapa elok di laman sosial.Kalau yang komen tu orang macam aku!ok lagi...
Tapi...orang2 politik sealiran dengannya yang keluarkan gila gila punya status!

Contoh kat atas,nak kata tak cerdik,Zulkifli Nordin kan peguam.Kira tak chikai punya orang lah...
Tapi...kenapa dia melatah macam tu sekali?
Mujur ada Khairy,yang membidasnya.Nampak lah juga,dalam2 banyak2 orang kurang cerdik terselit seoang dua yang masih normal.
Yang mati,biarlah mati...
Mereka dah tak ada urusan dengan kita lagi,biarlah mereka pergi..
Karpal Singh halang HUDUD sebab dia tak faham,dia bukan orang islam.Dia bukan penganut agama kita.Sewajarnya,kita yang memberi penerangan sehingga dia faham benar2 Islam itu.Jika dia menolak,itu tak pelik!masalahnya.....orang islam sendiri yang membangkang tahaf gila2 punya.Kita masih diam..
Tapi..bila orang asing yang beri komen,kita melenting!
Kita kata mereka tak hormat kita,sedangkan perangai kita pun macam HARAM JADAH!sepatah kata Najib.
Sepatutnya kan,kita yang kena teruskan tugas Rasulullah S.A.W,menyebarkan Islam seantero dunia.Dengan Karpal Singh pun kita gagal!maknanya....kita akan terus gagal.
Mendiang bukan orang bodoh,dia cerdik!dia peguam yang berjaya.Pastinya dia rajin membaca,dia tahu banyak perkara...
Orang Singh kuat pegangannya,cer lihat kat luar sana....banyak tak tukang urut,pelacur dari kalangan berbangsa singh?
Ada tak?
Kalau ada...mungkin golongan yang dah moden macam kita juga...
Tapi...sebetulnya,boleh di kira dengan jari.Mereka pegang kuat agama mereka.Sebab tu....TGNA juga berpendapat yang sama.Karpal Singh seorang yang berprinsip.Orang yang ada prinsip tahu hala tuju hidupnya.
Cer lihat kefahamannya tentang islam.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun?
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?
Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?
Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.
Mohd Saiful sekadar terpinga2 tak faham...

Cer baca sat...
Dia lebih faham islam atau lelaki muda yang KONONNYA dah di tebuk tupai tu...
Cer fikir,Karpal ke lelaki tu?
Karpal kan?maknanya Karpal mengkaji islam tu...
Cuma...
Kita kena ingat..
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH,sesiapa yang dia kehendaki,orang itulah yang akan dapat sinarnya.
Mengapa perlu kita memaki hamun,mungkin dengan Karpal kita tak berjaya,tapi...dia masih ada anak cucu dan keturunan yang lain.Mungkin dengan kebaikan kita...anak,cucunya akan terbuka hati.Mana kita tahu?itu semua kerja TUHAN.
Maki hamun,hanya akan buat kita macam monyet sarkis!
Terlompat lompat macam kera kena belacan!
Tak malu kah kita?
Apakah tindakkan kita menghinanya,akan beri kemenangan buat kita?
Fikir fikirlah....
Penat nak tulis isu ini...
Yang pasti,kita dah banyak GAGAL
Yang pasti,tak lama lagi...kita hanya mampu gigit jari je..
Yang pasti,doakan anak cucu kita selamat dunia dan akhirat.
Habis citer!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN