HINA MANUSIA

CATATAN KE 504
SESUATU YANG TAK PATUT KITA LAKUKAN..

Kat Malaysia perkara begini dah jadi normal
Tak peliklah!
Setakat edit gambar macam kat bawah ni,itu dah jadi kebiasaan rakyat kat Malaysia.
Kenapa kan?
Benci?atas alasan apa?
hanya kerana fahaman politik kita berbeza,kita sanggup lakukan semua ini.


Aku tak sokong perbuatan di atas dan aku juga tak sokong perbuatan di bawah.


Siapa pun mereka,jangan sesekali kita menghina mereka.ALLAH pasti murkai kita.Sebagai manusia biasa,kita semuanya sama sahaja.Dari tanah asal kita dah ketanah juga lah kita kelak.
Masa mula2 jumpa gambar isteri PM,terusik juga hati kecil ini.Tiada kasihan tapi...rasa bimbang keselamatan pemuda itu.Berani sangat mengambil resiko,kat Malaysia,mengutuk kerajaan adalah satu kesalahan yang amat serius di pandang mata.
Kejap je,polis dah dapat cekup hambaallah tu...Tengah hari tengah malam,tak sempat nak tunggu esok!anak muda itu telah di lokapkan.
Siapa kata PDRM tak cekap wehhh!
Bab2 macam ni,cekap sungguh!pencuri penyamun kat luar sana,bermaharaja lela!cukup payah nak basmi mereka.Bila masuk tang mengutuk Sultan,Agung,PM,bini PM...
Cepat je dapat keputusan!

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.


ish,ish,ish...
Kecewanya,bila tang kutuk Nabi,ALLAH dan sebagainya.Berjela jela kes,akhirnya...senyap sunyi tanpa berita.
Apa2 pun,aku ucapkan syabas pada PDRM kerana pantas dan cepat!Apa yang pemuda bernama Syed  OGHANG PEGHOK YOB!-ini lakukan adalah sesuatu yang sangat teruk!Fitnah yang sangat jahat!
Selain gambar,ada sedikit komen turut di catatkan...
Bila baca....

"Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah". 

Jahatkan bunyi ayatnya?Tapi...mengapa?
Itu yang patut kita tanya padanya,kita pukul,kita bantai sekalipun....Apa yang ada di dalam hatinya tak akan pudar.Malahan akan terus bercambah menjadi dendam kesumat.Tuan badan kena fikir,kenapa dan mengapa ada rakyat yang sanggup lakukan semua ini padanya.
Kita lihat kita tenung...
Memang halus hasil tangannya.Nampak semulajadi dan menakutkan.
Dalam hati,sah!kau pastikan akan kedalam Syed,PASTI!
Tup!tup!tup!..kan dah kono!tengah malam buta!kau di heret masuk LOKAP.hehehehe
Oghang kampung teman kalau tau,pasti akan kata...
Itulah,kamu tak de keje ke?baik2 elok kamu kat luar,boleh ke sana kemari.Sekarang kan,siapa susah?oghang kat luar suka suki,kamu kena pelempang kat dalam sana.
Benci bagaimana sekali pun!jangan sesekali kamu kutuk manusia yang berkuasa di dunia.Kamu sengaja cari nahas!
Jangan kamu sentuh wanita itu,jangan kamu sentuh kerabat di sana dan di sinun.Tapi..kamu di galakan menyentuhi pihak Pembangkang!mereka bisha aje kamu kutuk!kamu edit jadi babi sekalipun!bisha aje!...
Biarlah mereka bermaharaja lela di dunia,urusan mereka akan berlanjutan di akhirat.ALLAH akan soal mereka dengan soalan yang pastinya lidah mereka tak mampu nak berkata2.Biarlah...
Jangan susah kan diri sendiri.Teman pun tak suka mereka,teman tak suka pentadbiran mereka,tapi...teman hanya mampu kata dalam hati,tak terluah nak dek kata2, dan tak terrr edit walau sekeping gambar untuk menyatakan kebencian itu.

Di dunia merekalah RAJA!mereka tak boleh di kutuk!tak boleh di sentuh!tapi kutuk ulamak,kutuk manusia lain....bisha2 aje!
Hahahaha...

Begitulah,bila dunia telah semakin tua untuk menampung 6 golongan pemimpin di dunia yang pastinya buat kita semua binggung.
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
6 kerana 6 akan di masukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab iaitu (tanpa pengiraan pahala dosa!tau2 di campak sahaja!) iaitu:
1-Kerajaan yang zalim
2-Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3-Ketua kampung / pemimpin yang sombong
4-Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat
5-Orang kampung yang kerana kebodohan
6-Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

sooo......apa lagi mahu dikomen.Semua telah di perkatakan dan telah di jelaskan..
Sooo...
Don't worry be happy!
Sendiri buat sendiri tanggung!Untuk hambaallah itu,aku sentiasa berdoa agar kamu sentiasa di lindungi oleh yang esa.Aamin..


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN