FITNESS CENTERS

BARU DI BUKA DI TEMPAT SAYA

CURVES
Pusat kesihatan dengan berbagai peralatan moden.
Bagus,bagus....satu alternatif untuk jadi sihat.
Tak perlu lari2 anak kat Astaka,tak perlu mengayuh di balik tingkap di rumah.Di sini,kita akan bergembira sambil menjadi lebih sihat.

JOM!ajak  sahabat.
Rilek dulu,baru nak fikir....
Jangan fikir lama2,pelanggan awal di beri potongan keahlian hampir setengah harga!
JOM!jangan fikir2 lagi....

Sebulan berapa?
RM109 je...jawap sahabat
Oooo....nanti fikir..balasku bersahaja.
Bayar guna card credit,cash tak di layan!kata sahabat lagi
Ooo...sekadar itu sahaja yang terluah di bibir.
JOM!jangan lengah2,masa mencemburui kita....

Boleh pergi,saya kena susun atur hidup dulu...
Pagi selepas suami dan anak2 keluar saya kena kemas rumah,kena basuh baju,kena buat itu dan ini.Biasa keluar rumah pukul 8.30 untuk sarapan bersama kawan sehati sejiwa.Borak punya borak,biasa sampai 9.30 atau terlajak hingga ke pukul 10 pagi.Pergi pasar,balik,sediakan bahan memasak,keluar balik pukul 11 pagi untuk ambil Aaliya.Balik masak,dan siapkan dia untuk gi sekolah.Keluar balik antara 12.30 tengahari dan pulang semula kerumah 1.10 tengahari.layan anak lelaki dan siapkan dia untuk ke sekolah agama.Keluar balik pukul 2.30 petang dan pulang lagi...
Kali ini bergantung dengan keadaan.Kadang2 ke kedai beli barang2 runcit atau balik untuk tidur!Keluar lagi pukul 5.30 petang,samada ke kuliah atau ambil anak2 dari sekolah.Bergantung pada keadaan.Jika suami tiada halangan,boleh lah ke kuliah jika tidak....PONTENG LE JAWAPNYA.
Itulah sebabnya ustaz kata....
Anak2 ,harta dan suami adalah sesuatu yang melekakan.Mengurus mereka dari celik mata sampailah tutup mata!
HUH!

Banyaknya keje!
Tau pun!itulah jadual teman....
Sebelah pagi tu FREE,ok tu!JOM!saran sahabat lagi..
Betul tu!sebelah pagi nampak santai,hari selasa je tak ok kot?ada kelas tajwid,selebihnya boleh lah!...tapi...
Tungguuuuu...
Nak fikir lagi....
Nak kena tanya suami dulu!

Boleh tak saya gi Fitness tu?tanyaku pada suami
Nanti macam2!gaduh2 bagai!katanya
Mana ada?itu orang lain lah!bukan saya!saya pergi dengan kawan2 yang kamu kenallah tu!jawapku
Siapa?tanyanya lagi
satu persatu aku sebut nama..
Tak lulus kah?senyap je...hehehe
Berapa?tanyanya lagi
Sebulan cuma RM109 je,guna card credit,diaorg tolak bulan2...terangku lagi
Card tu masalah lain,tapi...takut hangat2 tahi ayam!sekejap nanti dah tak mahu pergi!bukan senang nak potong bayaran tu!katanya lagi
Betul!kalau nak potong kena buat surat.Baru Fitness tu layan...kataku lagi
Kan dah cakap!masa nak potong semua boleh,nanti bila kita dah tak minat,macam2 helah!kata suami lagi.

kenapa tak guna cash je?tanyaku pada sahabat
Tak tahu lah,alasannya susah nak bawa duit tunai ke bank...kata sahabat
Macam2 alasan diaorang nak ikat kita,macam Uniself tu,saya dah menjadi penderma beberapa tahun lalu,nak potong banyak juga cekadaknya,Walaupun tak banyak,tapi kalau dah tak manafaat,membazir juga kan?sambungku lagi.

Antara suka dah tak,keputusan kena di ambil juga...
Kawan2 menunggu untuk sama2 beriadah di sana.Tujuan baik,tapi...azam tu yang buat aku fikir banyak kali.Orang macam aku ni,bersukan cukup malas!kalau ada pun,sekejap je,beli lah apa pun!Tak lama tu,dah jadi tempat sidai tuala.Itulah aku......HUH!

Atas sebab2 itulah,suami suruh aku sendiri fikir....
Kalau dah kata setuju,suka tak suka kena pergi,bil jalan macam biasa.Walaupun nampak sikit,lama lama jadi bukit juga katanya lagi.Suami tak marah,tapi cuba menjadi penasihat.Almaklum,dia tukang cari duit,si isteri tukang habiskan duit!dan dia tahu....SIAPAKAH AKU!

Kepada kawan2.....
Pergi lah dulu...
Saya pergi kemudian...
Hehehehe...




Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF