FITNESS BARU DI TEMPAT AKU

CURVES

Jika awal dulu aku kata TAK!
Tapi...perasaan ingin mencuba menebal di hati
Bukan ikut2,bukan nak tunjuk kaya lah sangat!
Tapi...
Benda baik untuk kesihatan sendiri,benda baik yang boleh bantu aku sihat..
WHY NOT?

Sebaik sampai,kedengaran suara orang sedang bertengkar.
Bunyikan loceng pintu,dan kedengaran suara suruh aku tunggu sebentar.
Ok...aku jawap,dalam pada tu,call seorang kawan...
Mak Aiii!baru nak mencuba,dah ada macam2 hal!
Kenapa?tanya kawan tu
ENTAH!isu yang sama kot?cara layanan ,cara sambutan mereka2 yang di ada di dalam sana.
Oooo...macam2!kata kawan itu.
Itulah pasal!baru buka dah kecuh!kataku pula.

Semasa bersesi jawap tadi,ada juga tanya..
Awat kecuh2 tadi...tanyaku
Ada hal sikit lah kata mereka.
Oooo.saya ada dengar sikit2 sebelum ni,bukan nak menyebuk,tapi sipolan tu baik orangnya,kamu kena berhati2,Manjung ni kecil sahaja.Kalau kamu buat hal,sekejap je dah  merebak sebab kita punya lingkungan tak besar mana pun...
Yalah Puan,ada selisih faham dengan seorang pelanggan je..kata mereka
Yalah,saya tau juga,sebab pelanggan tu kawan kami!kata ku lagi
Ooo...itulah,Boss tengah selesaikan ...kata mereka lagi
Ok...berurusan dengan orang tak sama,ada yang ego,ada yang lemah lembut dan ada yang sombong.Tapi...sebagai peniaga,pelanggan adalah aset tak ternilai,tak boleh kata...biarlah,dia seorang tapi masih ramai lagi yang datang,Jangan anggap begitu.Dia seorang boleh memberi kesan pada 100 orang yang lain,terang ku panjang dan lebar!hehehe....ceramah free dan bermula.

Persekitarannya hanya ada alatan2 senam sahaja.Hiasan dalam yang ringkas tapi...oklah!tak sehebat FITNESS di luar sana.
Berurusan dengan pekerja,OKLAH.....tak le teruk sangat.Mereka ramah, mesra dan ceria.
Setelah bersoal jawap lebih kurang.
Tiba masanya untuk membayar kos perkhidmatan.
Daftar untuk menjadi ahli sebanyak RM115.00,termasuk bayaran bulan april RM22.00 dan bayaran bulan Mei sebanyak RM109 sahaja.
Totalnya...RM246.00
SELESAI..

Cara bayaran bulanan sebanyak RM109.00 di bayar secara potongan Card Credit.Bab ni,ada lemah sikit,mereka pandai berniaga,dan kita sebagai penguna juga pandai mengira.
Kalau tak ada card credit,apa cara saya kena bayar?tanya aku
Ooo Puan kena bayar sekaligus!selama 12 bulan,atau Puan pinjam suami atau sesiapa sahaja untuk menjelaskanya.Terang mereka lagi
Oooo...gitu ke?dalam hati..nampak sangat mereka nakkan duit kita sahaja.Apa cara kita nak jelaskan kos tu,kita sendirilah kena fikir..
Kalau saya dah bagi card,kalau saya tak minat lagi bagaimana?tanya aku lagi
Kontrak selama setahun,Puan kena teruskan juga....kata mereka lagi
Oooo...gitu ke?dalam hati....sama je,mana2 peniaga sama sahaja.Untung kira dulu,rugi tidak sama sekali.
Saya malas nak guna card,sebab kalau saya nak stop nanti,susah!Pihak kamu biasanya selalu menangguh nangguh pembatalan tu..tanya aku lagi
Tak Puan,sebaik Puan hantar notis berhenti,kita akan uruskan bagi pihak Puan secepat yang boleh...terangnya lagi..
Dalam hati...Belum ikat,boleh le kata macam2!
Ok,saya setuju,kalau kamu macam2!tahulah saya nak buat apa...kata saya separuh mengugut.
Sebagai penguna,kita ada hak untuk kata TAK!tapi...dah adat berniaga,mereka tidak akan rugi tapi kita juga tak akan untung.Itulah hakikat hidup hari ini.
SELESAI!

Bermulalah sesi pertama..
Ukur badan,selidik sikit lebih kurang...
Mulakan senaman!
YES!JOM kita bertandak!
Mula2,kira denyut nadi,panaskan badan dan bermula pusingan pertama meregangkan otot selama 30 minit.Satu persatu alatan di gunakan,semua ada fungsi tertentu.Untuk peha,untuk dada,untuk perut dan berbagai bagai lagi alatan yang ada...
Peluh tak?tanya sahabat
Peluh le......kataku,mana mungkin tak peluh.Dah beria ria melompat,mestilah peluh2.
Sesi Tamat dan aku pulang kerumah.

Dalam perjalanan,berbual dengan seorang lagi kawan.Jom le..kata biasa untuk menghasut orang.
Saya tak mungkin pergi kak!diaorang punya Fitness tak macam KL,kosong macam tu tapi mahal!Harga yang mereka tawarkan tu tak berbaloi lah!katanya lagi
Yalah...janganlah bandingkan sini dengan KL,jauh lah bezanya kataku lagi
Yalah kak,dalam FB dah masuk,mereka pilih bulu!katanya lagi
Pulak!apa dah jadi?tanyaku lagi
Diaorang tengok2 oranglah!katanya lagi
Tengok orang macam mana?tanya ku lagi dan lagi...
Kalau orang tu bergaya,diaorang layan lah!terangnya biar lebih terang.
Hehehe...ada2 aje,fitness tu baru je nak mula,gossip tak boleh blah!getus ku dalam hati..
Oooo..gitu ke?payah juga nak kata kan?masa akak datang tadi,ok je..entahlah!mungkin juga kot?Dah kena sembur dengan orang ramai baru mereka serasi bersama kot?balasku pula
Mungkin le...saya tak mungkin pergi,mahal dan tak berbaloi!katanya lagi
Ok...akak tak kisah bab tu asalkan sihat.Duduk diam tak buat apa2,setidak2nya sehari ada juga peluh keluar..Akak cuba dulu lah ya...kataku lagi
Ok!akak On dulu...katanya sebelum telefon di letakkan.

Dalam hati...
Ada ada aje!baru member tu nak berkepak dah kena tembak!
hehehe..
Sabar lah ya tokey Fitness,kamu kena belajar dari kesilapan untuk berjaya.Sepatah kata Alif,kejayaan bermula dari kegagalan.Gagal sekali,baru kita akan sedar...bukan mudah nak mencapai kejayaan besar punya!

Semuga semangat aku tak seperti  hangatnya tahi ayam.Semuga azam nak sihat akan berlanjutan tanpa jemu dan yang paling penting.....
SEMUGA FITNESS NI TAK BANGKRAP!
Selebihnya....
TAWAKKALLAH!



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI