FESYEN TERKINI!

CATATAN KE 508
SANGAT SANGAT SEKSI!MUAHAHAHA



Dik!cantik tak baju ni?tanya kau pada Aaliya
Tak...katanya sambil mencemek,buruk!tuhan marah!jawapnya satu satu...
Ibu pakai boleh tak?tanya aku lagi
Tak boleh!Tuhan marah!buruk!jawapnya tetap satu demi satu sambil mengerling ke arah gambar ini.

Bukan nak mengata,tapi...rasa2nya tak kena kot?lucah sungguh!Buat malu kita orang perempuan.
Cemburu?
Tiada dalam kamus hati aku.Nak cemburu untuk apa?
Ustaz pesan...
Kalau nak cemburu biar bertempat.Paling baik,cemburulah pada ilmunya.Rupa,bentuk badan atau apa sahaja!tak kekal lama,hanya ilmu sahaja yang melekat di fikiran.
Ustaz pesan lagi...
Antara2 tanda dunia hampir berakhir,bila kita pakai baju,tapi masih telanjang!
Mendalam ayat ustaz,tapi...dah banyak ustaz sekarang,perempuan lelaki pakai baju macam tak pakai baju je...

Berbalik pada gambar di atas,ku cuba tanya suami..
Cantik tak perempuan ni?tanya aku sebaik dia melabuhkan punggung.
Tak...kan lebih baik pakai kat rumah.Suami tengok pun suka!jawapnya
Seluar macam ni,pakai kat rumah?tanya aku pelik
Yalah!apasalahnya,pakai kat rumah kita ok lagi,daripada pakai kat luar,orang lain nampak!balasnya lagi
Oooo.....kalau aku,kat rumah pun tak mungkin aku pakai.Anak2 bukan kecil anak lagi,dah remaja,dah besar panjang!malu di lihat nanti.Mana nak letak muka?tembam sana sini,tengok tu!alur buntot pun boleh di lihat dengan jelas!ish,ish,ish..

Yang lebih penting!ALLAH melihat apa yang kita pakai.ALLAH dah beri aturan hidup.Tutup aurat bagi perempuan itu WAJIB!tiada alasan kerana ia telah termaktub!

Ustaz..
Kassim Ahmad kata,perempuan tak wajib tutup kepala.
Akak...cuba jangan ubah apa yang akak akak tahu.Dari dulu,akak akak telah di ajar oleh guru2 agama terdahulu bahawa menutup aurat baik badan atau rambut adalah WAJIB!ikut le le...hukum itu kekal sampai bila bila!tak boleh di ubah!walau apa pun terjadi!kata ustaz lagi
Saja le nanya ustaz,dah akak baca kat peper gitu,akak tanya le...kata Mak Cik Lijah.
Menanya tak mengapa Mak Cik,boleh membebaskan kita dari kebuntuan.Cuma saya nak nasihat,tak perlu fikir jauh2 sangat!ALLAH dah kata...
Tutuplah aurat!jangan tidak tidak!maka tutuplah!dah ulang kali,saya kata...jangan ubah hukum tuhan!
Baik lah ustaz,kami tak membantah!kami ikut kata ustaz...labuhkan baju,labuhkan tudung,labuhkan kain...

Si polan kat atas tu,mungkin tak perasaan kot?tapi..mustahil pula tiada orang2 keliling yang sedar kekurangan baju tu?mungkin suami,adik2,emak atau ayah dia sendiri atau siapa sahaja!Mustahil!tiada seorang pun yang perasaan dia dah pakai baju yang salah!Baju yang tak menepati piawaian islam.
Seluar tu sepatutnya stokin kan?tanya aku..
Yalah!stoking yang ibu buat pergi masjid tu..kata Aina
Ooo ya ke?nipis tu!..silap haribulan boleh nampak seluar dalam!
Memang lah!kalau dia tonggeng,pasti nampak penties!
Ko orang jangan le pakai baju macam ni!malunya....
Kalau tak malu kat tuhan,malu kat orang pun dah sepatutnya.
Kalau boleh jangan sesekali mencuba seluar atau design fesyen ini.ROCK bagaimana sekali pun!
Biarlah orang tak tahu,betapa tembamnya kemaluan kita dan betapa besoooonya punggung kita!Siapa nak jawap tu!alur pun boleh nampak!
Anak2 angkat bahu...
Sendiri jawaplah ibu,jangan le ambil pusing tentang dia...kata Aina lagi

Pesan terakhir...
Jangan sesekali pakai seluar atau ikut fesyen macam ni!
BURUK!MEMALUKAN!MEMUALKAN! DAN MENJIJIKKAN!
Kalau badan tu kecil molek,mungkin tak terserlah kehodohannya.Tapi..dek badan macam mempelam!gitu le jadinya.

Ingat anak2,ibu tak rela kau pakai stoking panjang tu sebagai seluar.Kalau nak pakai juga,pakai dalam kain.Ibu sangat malu,bila ibu tatap gambar tu...Dulu2,ibu pun brutal juga,tapi..fesyen ni tak pernah ibu cuba.

Harap2 kamu2 tak memalukan diri sendiri dengan meniru fesyen membabi buta!paling musatahak!TOLONGLAH..jangan jadi hamba fesyen!




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF