ERMA FATIMAH REDHA MASUK NERAKA?

STATUS BERANI MATI!

“Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dengan lutut berkata kata dengan siku. Soal hukum tidak ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kepada manusia.

AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri di bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yang besar yang harus ku laksanakan untuk melengkapkan hidup aku di atas bumi Allah ini.”

“Bukan hanya untuk agama tetapi juga untuk bangsaku. Jadi kepada yang berniat untuk mengutuk… silakan… ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke atas aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tidak akan menghalalkan cara.

Tapi sejarah bukan sesuatu yg boleh di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dari saya. Kepada yang sudi… jemput2lh menonton TAKHTA saya bila di tayangkan nanti. NAMUN jangan hanya di tonton KEMBANNYA…di lihat juga bagaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya sendiri.”

Catatan kat atas tu,aku copy dan paste dari kenyataan Erma Fatimah.
Mungkin,masa dia tweet,hati dan jiwanya tak tenang.Nawaitu ingin memaparkan keadaan asal sejarah lama.Nawaitunya mungkin tak mahu tukar satu apa pun!gambaran asal keadaan zaman dulu.Yalah....orang dulu2 memang suka berkemban.Tapi...ya ke orang dulu berkemban 24jam?Agaknya orang dulu,pergi 'panggil'(jemputan kahwin) pun berkemban ke?Zaman dulu,sekitar zaman yang ingin di paparkan dalam Takhta ,orang masih berkemban ke?rasa2nya...mak aku lahir 1941,zaman Jepun datang.Bapa aku pula 1937...kedua duanya berbaju dan berseluar atau berkain pada masa tu.Mak aku cerita,kisah dulu2,anak2 dara kena conteng muka.Bila Jepun tengok comot,nafsu merundum le,kalau cantik!alamat jadi pemuas nafsu le..
Ish,ish,ish...
lelaki tak kira apa bangsa!memang kuat nafsu!
Mujur le dah ada kain masa tu,kalau berkemban je...senang betul kerja askar Jepun,selak je...
Muahahaha!

Masalahnya...zaman tu atau sebelum tu....orang dah berbaju lah!Zaman raja2 Inggeris,mereka dan berbaju kembang menyapu jalan.Erma cuma ketengahkan zaman bila sebenarnya?
Masa zaman Nabi pun dan berbaju,di buat dari guni,dari kulit binatang.Semua orang cuba menutup aurat dengan betul.Apa sebenarnya yang Erma nak sampaikan.Kalau setakat berkemban itu jadi kemestian!baru orang akan faham jalan cerita,itu lain cerita.Kalau setakat nak menarik perhatian penonton,Erma salah percaturan kecuali Erma berani suruh pelakon2 tu bogel je..
Aku rasa,filem Erma akan meletop!
Tapi..
Dengan syarat,pelakon2 tu muda belia!kalau setakat tua2,rasa2nya......
Orang tak lalu kot?


 Orang lelaki selera tinggi,kalau setakat pelakon lama tu,kasi percuma pun orang tak mahu!Tapi...kalau yang putih melepak tu...
Eehmm,eehmm..
Faham sama faham sudah le..


Adakalanya,ego kita mengatasi akal.Sepatutnya,Erma ikut le nasihat baik tu...tak manis berkemban macam tu.Selain awak dapat dosa,pelakon,penonton pun turut serta dapat sahamnya.Mujur le aku tak suka nonton TV atau apa pun!Bukan anti filem,tapi...tak suka je..Bukan filem Malaysia je,filem omputih,filem apa pun!aku jarang2 tengok.kecuali...kalau tertengok!itu dah cerita lain.

Sepatutnya,Erma jangan jawap macam tu,semua orang yang tahu hukum hakam,terperanjat beruk dengan kecekalan hati awak tu....
Redha masuk NERAKA gara2 mempertahankan keperluan KEMBAN untuk filem.Tak berbaloi.....
Baik lah awak istifar banyak2,mohon ampun dengan ALLAH,jangan ikut hati,nanti kelak binasa badan.Neraka bukan satu tempat untuk kita berehat.Tapi...tempat untuk orang banyak dosa.Di campak hingga badan hangus umpama arang.Merah menyala hingga ke tulang.Macam arang untuk BBQ.
Tak takut?
kalau jawapan Erma,tak takut!
Sah!aqidah awak dan tergugat.Pulanglah kepangkal jalan,supaya kelak awak tak menyesal.
Filem untuk dunia,tapi..buatlah sesuatu yang akan memberi awak banyak pahala.Buatlah filem2 yang boleh menginsafkan orang ramai,bukan buat penonton berdosa.
Bila penonton lelaki memandang kepada dada pelakon,tak ke itu satu dosa!
Bila penonton lelaki membayangkan isi yang ada dalam kemban!tak ke itu dosa!
Dan awak sebagai pengarah,tak terbabit ke?
Terbabit Erma.Besar punya saham kamu akan dapat.

Jangan le berlagak pandai sangat dalam membuat filem.Jangan le taksub sangat!
Jika upaya dia setakat itu,maka setakat itulah kemampuan mereka,jangan berlebih2an....
Sepatah kata ustaz...
Pendek kan anggan,tekadkan azam untuk berjaya.

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?