CERITA SEBUAH TASKA....

BABY OHHH BABY..

Kat Taska,kami tak ambil banyak baby sebab penjagaan baby ni rumit dan perlu pengawasan yang lebih.Nisbah pengasuh untuk baby 5=1.Maksudnya 5 baby,pengasuh  satu sudah memadai.Akan tetapi...di saat2 puncak!seorang pembantu tetap di perlukan bagi mengurus mereka.

Kat Taska,ruang paling huru hara ialah bilik baby!
Ciak miok!wek sana wek sini...bising subhanallah!mengalahkan Bursa saham!
Makan nangis,tidur nangis,nak minum nangis,nak mandi nangis!bukak baju pun nangis!pendek kata....menangis tu adalah normal bagi seorang baby dan menangis itu adalah perbuatan yang paling mereka sukai.Dalam sehari,kalau ada baby yang tak menangis,itu tandanya....hujan akan turun dengan lebatnya.Sediakan je le payung...

Kami sediakan ruang yang luas hanyalah untuk mereka.Wah!wah! macam anak raja!Ada TV,ada radio, ada permainan dan ada bahan2 pembelajaran awal kanak2 seperti Flashcard atau aksesori yang berwarna warni utk meransang mata dan otak mereka.Setiap sabtu,bilik ini akan di ubah suai atau di alih2kan agar baby tak jemu.Cadar di tukar baru,cuci sana sini agar persekitaran mereka bersih.Oppss!sebelum terlupa,kat Taska kami tak ada buaian.Baby tidur beralaskan tilam nipis dan bergelempangan mengikut gerak hati mereka.

Bila sebut bilik baby,itu bermakna:
Bilik itu hanya untuk baby.Baby berusia 0 hingga masuk 2 tahun sahaja yang di benarkan menginap di situ,baby yang masih belum tegap berjalan atau  mereka mula berjalan jatuh!
Selepas kita lihat perkembangan bertambah baik,mereka akan di pisahkan daripada baby2 yang lain,apabila mereka sudah berjalan dengan baik.bilik ini tidak lagi layak untuk mereka.Ini kerana,ruang tersebut adalah untuk baby2 lain meneroka alam!merayap kesana kemari tanpa bimbang terpijak atau di pijak oleh baby2 yang dah tegak kekudaanya.

Seronoknya jaga baby....komen kawan2.
Itu ayat2 biasa kita dengar,mungkin kita jumpa satu atau dua baby.kita akan kata seronoknya jaga baby!kalau dah 10 orang!hahahaha...mau lari malam wehh!
Berurusan dengan mereka memerlukan jati diri yang kuat,azam yang tinggi dan minat yang mendalam.Mereka banyak menguji keimanan kita.
Budak kecil pun pandai menduga ke?tanya mereka lagi.
PANDAI!siapa kata tak pandai?mereka menguji mental kita!kalau tak sabar,habis lah!...
Oooooo.....panjang Ooooo sahabat sebaik mendengar penerangan ringkas dari ku.

Semua orang suka baby,Lady Diana pun suka baby!tapi...cer bagi baby yang comot,yang melalak 24jam!yang tak pandai duduk diam!yang bau tenggek!nak tahu suka sangat ke tak?..Harus!esok dia tak maiii lagi dahhh!seloroh pengasuh paling lama berkhidmat.13thn bergelumang dengan kanak2,pengasuh yang ku kira boleh di panggil OTAI!.
Sebagai menghargainya,10thn perkhidmatannya kami hadiahkan seutas gelang emas.Bukan senang nak dapat pengasuh macam tu lagi wehhh!kebanyakkan hari ini datang kerje,esok dah deman sejuk!cuti dan tak datang lagi.
Pengalaman aku,untuk mencari pekerja untuk mengasuh kanak2,kita perlukan individu yang memang penyayang,yang matang,yang minat sangat tahaf gaban!kalau setakat minat kat mulut kat hati macam TUT!tak payah le....buang masa interview je...
Bila kita tanya..
Kenapa datang interview?
Mereka akan jawap...
Saya minat kanak2..
Sah!menipu je...Tak akan ada orang yang minat kanak2 di zaman moden ni,kecuali kalau dia jawap..
SAYA DATANG SINI,SEBAB SAYA NAK CARI DUIT NAK MAKAN!SAYA TAK MINAT KANAK2 TAPI....SAYA TERPAKSA KERANA SAYA NAK BELI BERAS!
HAH!itu baru betul!jawapan paling jujur lahir dari hati yang penuh dengan harapan melangit!KERJA UNTUK BELI MAKANAN!
Orang begini yang akan setia berkerja,yang akan pikul semua tanggungjawap dengan didikasi.

Jarang ada orang yang akan duduk bersama kanak2 comot dan hancing!
Apatah lagi yang rambut berkaler,yang kuku panjang,yang kat tangan ada handset 24jam!tak ada maknanya.Jangan sembang kencang le weh!

Bayangkan,baby yang akan menganggu masa kamu,baby yang akan melencunkan baju kamu dengan muntah,hingus dan segala bagai cecair yang hamis,baby yang akan membuat telinga kamu bingit dan sebal.Sanggup kah?
HANYA JAUHARI SAHAJA YANG MENGENAL MANIKAM.
Setakat suka sikit2,elok le kerja kat luar sana.Kilang melambak!atau goreng pisang kat tepi jalan.Lagi menenangkan..

Belum lagi cerita perihal ibubapa baby yang paling POYOSSSS!
Anak pertama lah katakan,nak perah susu pun tanya kita.
Kak,anak saya nak hisap susu tapi..tulah..susu kurang,macam tak keluar je...keluh si ibu
Dalam hati....ooo...susu kurang ya,suruh le BAPAK dia yang hisap dulu,baru le susu akan memancut keluar!muahahaha!
Sampai tahaf ni si ibu bertanya...adakalanya gelihati sungguh2!bukan main2,belum lagi mereka bertanya benda lebih sensitif!
Dalam hati,selalu berkata kata....
Mereka ni nampak pandai,tapi..rupa2nya kurang cerdik!kalau nak tanya pasal penjagaan anak.Oklah...masih boleh di jawap.kalau nak tanya soalan tentang 'DIA' kena le jumpa pakar tuan.kami ni pengasuh je,kursus pun melibatkan ilmu penjagaan anak2 je...
Pensyarah tak bagi pun tip2 untuk kes lain,melainkan kisah kanak2 je...
Kursus asas 3 minggu pun hanya berkisar tentang kanak2 je...
Sumpah!tak ada sangkut paut seks selepas melahirkan...

Semalam ada ibu tu,daftar anak,tapi nak bagi susu badan setiap hari sebelah tengahari.Amacam?tanya kakak
Jawaplah kat dia..
Perah le susu tu,letak kat botol tulis date dan masa di perah.Bawa ke Taska,kita akan letak kat petisejuk,Kita akan bagi le kat anak tu nanti...leceh lah mereka datang,sebab masa tu masa baby tido,nanti bila dia dengan mak dia,mata dia segar ,nanti bila pukul 2.30 budak lain dah jaga,anak dia pula nak tido.Tak cukup tidur,nanti anak dia mangamuk!aduhaiiiii!Nanti pekerja marah lah!kacau jadual mereka....Kataku
Tapi dia nak datang juga...sampai nangis2!kata kakak lagi.
Apa?sampai nangis?Muahahaha!anak satu,boleh le nangis,cer anak dah macam buah rambai.masa tu...tahi hidung pun tak terbuang!balas aku dek terkejut dengan perkataan NANGIS tu....
Tau tak peeeeee...balas kakak lagi

Balik pada tajuk,Bab Jaga Baby.
Paling tak boleh tahan,bila mereka demam atau perkataan lebih tepat!tak sihat!
Nasihat percuma nak bagi hangpa tau nooo....
Ambil lah cuti,naluri ibu antara ubat paling mujarab bagi si baby.Ibu sentuh,ibu dakap lebih hangat daripada kami.Ubat apa pun!tak akan sama dengan sentuhan ibu.Adakalanya,ada baby yang lembek dek lelah...terkulat2 mengharap belaian kami,masalahnya,ada 4 lagi baby yang kehausan kasih sayang.Bila ada masa santai,barulah kami dapat dakap silelah tu tadi,dodoi lembut dan akhirnya tertido.Dalam hati...kesian budak2 ni,ibubapa kena keluar keja untuk mencukupkan belanja.Ada tu....setakat keje kerani,berapalah sangat,Tolak EPF,SOCSO,TOLAK MAKAN.TOLAK DUIT MINYAK,rasa2nya jaga anak lebih baik kot?
Tak berbaloi...kecuali gaji yang di perolehi banyak dan mencukupi.Tapi..ada ibu yang biasa keje dan suka bekerja daripada jaga anak2 di rumah.
Bukan menuduh,tapi..kenyataan.
Saya ni kak,daripada jaga  anak baik le saya gi kerja!dok rumah penat kak!kerja tak habis2!dari celik mata sampai tutup mata!keje,keje,keje...
Ayat biasa dan selalu dengar...
Dalam hati...TAU PUN!ingat orang Taska ni suka sangat ke jaga anak kamu tu wahai ibu?Tapi..dah kami terjerumus!kami teruskan juga..HUHUHU
Suka tak suka....hidup mesti diteruskan.

Semalam misalnya.Ada ibu yang komplen...
Semasa dia ambil anak,jam menunjukkan pukul 5 ptg,pukul 7.30 malam dia call,tanya kenapa mulut anak dia ada darah.Masa tu,semua orang dah sampai di rumah.Kakak tanya penyelia,mereka pun tak tahu...
Dapat call lagi...
Anak saya tak berhenti nangis,saya akan bawa dia ke Hospital untuk rawatan lanjut.Apa2 pun tunggu lawyer saya....
Tersentap jantung!rasa berhenti nyawa,rasa kering darah...
Pergi ke Hospital tempat rujukan yang di maksudkan...
Tunggu,punya tunggu....hingga pukul 12.30malam,dia tak call atau tak msg sebaris ayat pun!
Kakak dan suami,jumpa doktor tanya serba lanjut sebab si ibu tak memberi khabar berita.
Selepas memperkenalkan diri,doktor yang baik hati pun menerangkan serba ringkas.
Doktor kata,tak ada apa2 yang pelik kat bawah lidah anak tu.Cuma mungkin kesan calar kuku,tak pasti kuku si anak atau kuku siapa.Tapi...Cukup kecil.
Kakak kata...
Dia kata anak dia menangis tak berhenti,betul ke Doktor?
Doktor kata..
Ok je,tak ada masalah serius saya lihat tadi...
Kakak tanya lagi
Dia kata anak dia tak boleh menyusu,betul ke Doktor?
Ya ke?dia tak kata macam tu pun,tak mengapa,saya ada bagi dia sedikit ubat...
Itu je!tak ada yang buat kita lemah semangat!

Esoknya....bincang punya bincang...
Kami minta maaf,sebab tak dapat jaga anak awak,Kami beri masa sebulan untuk awak cari penjaga yang lain.Kami tak mahu ambil resiko dan pekerja saya juga takut nak menjaga anak awak jika awak suka terjah kami macam gini.Kami nak kerje santai,bukan nak kerje dalam keadaan takut2!Kalau saya,tak tolak awak,pekerja yang awak tuduh mencederakan anak awak tu akan berhenti.Saya terpaksa memilih dia daripada anak awak sebab untuk mencari pengasuh terbaik!itu adalah sesuatu yang sukar!Saya boleh dapat dua baby dalam masa satu hari,tapi saya tak boleh cari pengasuh berpengalaman dalam masa satu hari!Kami mohon maaf banyak2 dan terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Nak tahu apa jadi?
Muka si ibu pucat lesi,muka si ayah berpeluh memercik di dahi.Nak kata mati syahid nyawa ada lagi!sooo...faham faham lah ya..
Namun begitu,keputusan terbaik telah di ambil.Si ibu terpaksa mohon maaf dan berjanji tak akan berprasangka buruk lagi.
Selepas itu,hubungan si ibubapa dan pengasuh kami berjalan dengan baik sekali.Sayangilah pengasuh anak2 kerana mereka yang akan membesarkan anak2 anda tanpa anda sedari.12jam sehari anak2 akan bersama mereka,hanya beberapa jam anak2 bersama anda sebelum larut malam.Begitulah seterusnya.Cer kira setahun?
Sebenarnya baby atau anak2 anda lebih banyak bersama kami di bandingkan dengan anda.
Kami yang akan memeluk mereka tak kala guruh berdentum.Kami yang akan menenangkan mereka tak kala mereka bergaduh sesama sendiri.Kami yang akan mengurut kaki ketika mereka jatuh ketika bertatih atau berjalan jatuh.Dan yang paling penting,kami yang akan dapat ciuman paling mesra ketika mereka nak meninggalkan kami.Ciuman tanda mereka selesa bersama kami.

Sebenarnya,bukan mudah nak jaga baby,bukan mudah nak jaga anak dan bukan mudah nak jadi ibubapa yang baik.Sebagai ibubapa,jika dah serahkan anak2 di bawah jagaan orang lain!apa yang penting?KERJASAMA!Tanpa kerjasama yang baik,anda akan sentiasa berasa berada di zon selesa.Walhal,tanpa pertolongan pengasuh,tak mungkin anda boleh keluar bekerja.Duit bukan segalanya.Jangan fikir anda dah bayar,anda boleh buli orang lain.Tuduh ikut suka.cakap ikut sedap mulut.Tak semua Taska 'kosong',ada Taska yang penuh dengan isi.Taska kami misalnya,kami ada Insurance,kami ada doktor sebagai penasihat,kami ada juru audit,kami ada lawyer sendiri.Jangan fikir.anda sebut saman,kami ketag kepala lutut...
Pihak polis akan sentiasa bekerja sama dengan kami.Kami boleh buat report satu kertas kajang dengan penuh terperinci.Sebab kami tak salah!
Kami adalah pengasuh Professional.Ada badan2 berkanun yang memantau kami.
Soo.....jangan fikir,anda boleh suka2 menyerang.Kami memberi perkhidmatan dan anda bayar!itulah konsep kami.

Pengasuh sekarang pun dah bijak pandai.
Pengasuh sekarang pun dah ada degree!jadi pengasuh baby anda bukan chikai2...
Kami hanya berharap anda menyokong industri ini agar tak berkubur,anda mudah kami pun senang hati.

Kesimpulannya...
Ibubapa adalah sebaik2 pengasuh baby.
Ibubapa adalah teman paling rapat bagi baby anda sendiri.
so....
Fikir fikirkanlah....
Jaga baby bukan macam jaga anak patung.Puas main2,letak tepi dinding.Penjagaan mereka sangat rumit.Masa,tenaga,perasaan dan keikhlasan bersatu menjadi satu, baru berjaya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.
Di tambah pula kepercayaan dan saling hormat menghormati di antara ibubapa dan pengasuh akan lebih menjayakannya.
Tak caya?
Cer tanya Pakar Motivasi.Itulah jawapannya.....
APA YANG PENTING KERJASAMA!
ANDA MUDAHKAN KERJA KAMI,INSYAALLAH ALLAH AKAN MUDAHKAN URUSAN ANDA JUGA...

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI