CELOTEH ANAK

SAYA DAPAT NOMBOR....

Kata anak..
Ibu!saya dah dapat nombor...
Aku jawap..
Nombor bape?
Dia jawap..
Nombor 5!
Aku balas...
Wah!bagusnya!
Dia kata lagi..
Ibu suka?
Aku jawap...
Mestilah suka!tapi...5 daripada berapa orang?
Dia jawap...
5 lah!
Aku tak faham,dan tanya lagi...
Berapa orang dalam kelas adik?
Dia jawap...
Saya,Alisa,Amirul,Amani,Farihin...
Aku tanya lagi..
Lagi?baru 5 je...tak kan le awak dapat nombor 5 dari 5 anak murid?
Dia jawap...
Yalah!saya dapat nombor 5!
Aku pun naik angin..
Apa?awak dapat nombor 5 dari 5 anak murid?
Dia jawap lagi...
Ada satu lagi!tapi baru masuk....
Aku kata lagi...Yang baru masuk jangan cakap le,kenapa boleh dapat nombor 5?
Dia diam je...tapi..masih boleh bersuara..sebab tu saya tak suka bagitahu dengan ibu...
Aku hanya mampu jeling je,ish!kalau ikut hati mahu kena SESAH!
Dalam diam dia jawap lagi...Saya pandai,saya ingat saya dapat nombor 5 ibu suka...
Aku jeling lagi(sebenarnya tak lah marah sangat,dah pandai baca,mengira,mengaji...Oklah tu!nak pandai macam mana lagi?tak semua anak2 di lahirkan pandai.10 orang hanya satu yang benar2 genius!selebihnya.....2x5 je le..)
Aku jawap...
Siapa kata ibu suka?dapat nombor corot?penat hantar sekolah pagi petang pagi petang....habuk pun tak ada!nak jadi apa?tulah...malas,baca buku malas!beranggan je...Sekolah kebangsaan tu entah apa citer!turun kelas ibu sekel kepala!
Dia hanya diam sambil berlalu...
Saya tak sayang ibu!saya sayang ayah je!

Huhuhu
Itulah modal anak,kena marah tak sayang,kena cubit terus tak sayang...
Dia ingat....
AKU KESAH!
sekali aku lesing baru tau!


Beberapa hari kemudian,aku jejaki juga muka pintu sekolah untuk risik2 kesahihan cerita itu.
Ustazah!Aaliya dapat no 5  dari 5 orang anak murid ke?
Ustazah jawap..Tak lah Puan,dia dapat no 5 daripada keseluruhan kanak2 darjah 1.Saya ada tanya dia,dah bagitahu mama?dia jawap...dah!tapi ibu marah saya.
Aku mencelah...memang lah akak marah!akak ingat dapat no 5 daripada 5 anak murid!Kalau macam tu,kira adik pandailah kan?sambil menarik tangannya.
Saya kan dah cakap,tapi ibu tak faham!jawapnya
Hehehehe...mana nak faham,cakap pun berbelit2!Lain kali...adik cakap biar terang!
HUH!dengusnya sambil berlalu...

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF