CATUAN AIR TELAH BERMULA

2 HARI TAK ADA,1 HARI ADA....

Bila di fikir2,eletrik tak ada,masih waras!tapi...kalau air tak ada,terus keras!
Kalau bujang,akal panjang,tapi...bila ada buah rambai!Subhanallah!tak boleh buat apa2 pun!Nak masak,nak mandi,nak membasuh!semua jadi tak menentu.
Anak2 kecil,tak faham...
Jangan celup air dalam baldi ini!mama nak buat masak!arahan ringkas si mama.
Anak2 tak faham...
Kita tak buat!mama kita tak buat!jerit Hafiz kuat
Kita pun!kita pun tak celup tangan dalam air tu mama!jerit Ain pula
Ya...mama bukan kata kamu buat,mama ingat kan je,bila kamu dah celup tangan,mama dah tak boleh guna untuk masak.Nanti kita nak makan apa?kata mama sambil ketap bibir yang merah menyala.
Kedua2nya pun berlalu..

Bila air tak ada,orang paling sibuk ialah MAMA atau sewaktu dengannya.
Bila kata ESOK TAK ADA AIR!
Mama akan berhenti sejenak,fikir apa akan di buat.
Yes!
Mula2 cari baldi besar 2@3 biji.Bila pergi kedai,baldi besar dah naik harga.
Kelmarin saya baru beli harga RM30.00.Kenapa hari ini naik banyak sangat!kata mama pada Tokey Kedai.
Tokey hanya angkat bahu je...
Lu pigi tanya Menteli laaa!Tokey jawap.Dalam hati...benci betul tengok peniaga yang ambil kesempatan ni.Rasa nak sepak2 je muka dia.HUH!

Sebagai mama yang cemerlang,mama tak panik!mama rilek je,pantas tangan mama masukkan kain dalam mesin.Pantas tangan mama basuh pinggan dan kemas apa yang patut.Dalam pada tu,mama tadah air untuk esok atau sepanjang ketiadaan air.
Sesakali,mama yang tenang berbunyi juga..
Kerajaan ni melampau tau!hujan turun hari2!kenapa nak catu air?Apa masalah mereka agaknya.Kalau tak sefahaman sekali pun.Kebajikan rakyat jagalah kan?Benci betul!susahkan orang je!luahan hati yang terpendam.
Kenapa pulak marah kerajaan?pancing aku untuk tahu jawapan.
Yalah...kejap kata ni,kejap kata tu....dia punya kepentingan!kenapalah seksa rakyat?memang kita marah lah!selalu kita sebelahkan juga kerajaan.Tapi...sekarang nampak dah macam2!kerja tak,tuduh sana tuduh sini..satu apa pun tak ada!benci betul!!katanya lagi
Gara2 catuan air!kerajaan pasti hilang satu undi di PRU akan datang...
hehehehe..

Kak tau tak?diaorang kata 2 hari ada 2 hari tak ada!tapi..2 hari ada tu serupa macam 24 jam je.Hari ini keluar petang,air kotor,tunggu air bersih baru boleh guna untuk membasuh,tadah air.Esok petang dah tak ada!Penipu betul!kata mama lagi
Oooo...gitu ke?kak ingat nak tumpang tidur esok..kataku lagi
Boleh tapi air tak ada le,kena jimat2 sikit...kata mama lagi
Malas lah!akak tidur kat Hotel biasa tu je....jawapku pula
Ok...balas mama  sebelum perbualan kami berakhir

2 minggu lepas,tidur dihotel yang sama..
Mula2 air ok,lepas maghrib air dah tak ada!Boring nya...tunggu punya tunggu..air keluar,tapi...masalah baru timbul,Air tu panas macam nak buat kopi.
Alif tanya...
Ibu!kenapa air ni panas macam nak buat kopi?
Aku jawap...
Entah!
Aku Call pihak hotel,dia jawap...
Nanti akan ada air sejuk Puan,kami dah pam air ke tangki...
Tunggu punya tunggu..tak mai mai hari air sejuk,yang ada hanyalah air panas mengelegak!berasap asap dalam bilik ayaq.

Adik,air kat bilik akak panas!nak ambil air wuduk pun,tang muka terpaksa guna cara tayammum.Panas!tak boleh sentuh langsung kulit muka.Macam nak melecur!Kalau nak bersuci selepas buang hajat,pun tak sanggup!takut!melepuh!tolong hantar baldi ke apa ke,untuk saya simpan air.Tunggu punya tunggu...
Malangnya,air tak mai mai sampai esok pagi...
Air kecil air besar semua simpan pagi esok!
Cit!hotel tak ada air!pelik,pelik...

Semalam sebelum booking hotel,call dulu untuk kepastian...
Esok hotel kamu ada air?tanya ku
Ada Puan!jawap penyambut tetamu hotel
Jangan macam 2 minggu lepas,kata air ada..tapi.tak ada!kataku penuh perasaan.
Ada Puan,kami dah simpan banyak untuk keselesaan pelanggan kami..jawap mereka lagi
Dalam hati,manusia hanya pandai berjanji...

Kak!tak singgah rumah?tanya mama
Aku tanya balik..
Ada air?
Dia jawap...
Ada!tapi air kencing je pun laju!
Hahahaha...sesekali mama bercakap!ayat tak boleh blah!Air kencing lagi laju?maknanya air yang keluar dari paip rumahnya pasti setitik,setitik...
Kesian...
Bila balik rumah,bila mandi,bila buat apa pun,air melimpah ruah!pasti teringat pada anda semua yang di catu airnya.
Tapi..aku tak boleh bantu atau aku tak dapat menolong.Semuanya terletak di tangan kalian.Samada nak mengamuk!samada nak goncang Jabatan Air...
Up to U!
Yang pasti...
Bila mandi..
Pasti terpacul dari mulut...
Subhanallah!seronoknya mandi....





Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF