BRIM 2014

CATATAN KE 502
BRIM ITU BERMAKNA..BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Assalamualaikum...suara sahabat sayup je,panggilan paling jauh!di selatan tanahair
Walaikumussalam jawapku menyambut salam sahabat lama.
Kau boleh tolong aku tak?tanyanya lahan
Apa?jawapku
Aku bagi kau no I/C suami aku,kau tolong semak kat eBRIM boleh tak?katanya
Ok....kau bagi aku no tu,nanti aku semakkan...balasku
Terima kasih tau!berapa aku nak bagi kat kau?katanya lagi
Bagi apa?soal ku pula
Kalau kat pejabat UMNO,untuk semak je,aku kena bayar RM5 kalau nak kemaskinikan aku kena bayar RM10 je.Terangnya panjang
Oooo.....gitu ke?aku tak tahu pula macam tu caranya kataku lagi
Kau tak dapat BRIM sebab suami kau gaji besar tambahnya lagi
Tak adalah besar,limit kerajaan bagi RM3000 kan?gaji suami aku R3400 je!lebih RM400 je dah tak layak!tapi..anak aku ada 5 orang yang sekolah,dengan minyak naik,gula naik...kami tetap macam ni..Entah apa kaedah lah kerajaan buat.Kalau tak naikkan minyak,gula..BRIM bagai ni tak perlu!kataku pula.
Entah!kerajaan bagi aku ambil!jawapnya sambil ketawa
Betul lah tu!dah di bagi,ambil je...lagipun duit kita juga.Pusing kiri kanan,wak hasil balik asal je..jawapku bersahaja.
Suami aku dulu askar,bila dah pencen,boleh le pangkah selain dari BN!katanya lagi
Pulak!dulu kenapa tak pangkah PR?pancingku pula
Mana boleh wehh!Boss dia dok sebelah masa undi....katanya sambil ketawa
Itulah gelagat rakyat santai,hidup ikut arus,kalau arus bawa ke tepi,maka ketepi lah dia,kalau ke tengah,maka ketengahlah akan dia.Kalau ke pusaran air?
Masa tu,baru nak cari tempat bergantung.Tapi...masa tu dah terlambat.Pusaran air itu akan menenggelamkan anda wahai rakyat yang tak faham2!

Esoknya..
Aku dah semak,nama suami kau ada sebagai penerima BRIM yang layak!
Ok...terima kasih!jawapnya...

Bulan ke bulan,hari ke hari...
Semalam,dia call lagi..
Suami aku tak dapat lah!boleh tak kau tulis kan kat FB Najib.Ada orang dapat bantuan BRIM hanya RM300,ada yang masih tak dapat lagi..ada yang masih menunggu macam buah tak gugur...kata lahan tapi beremosi.
Kau dapat tak?tanyaku
Tak!itu hari kau semak nama suami aku ada kan?tanyanya pula
Ada...aku ikut no I/C yang kau bagi le tu!jawapku pula
Tak dapat lah!jawapnya lemah
kenapa pula?tanyaku lagi
Entah!ada kawan aku dapat RM300 je...katanya lagi
Kenapa?mana lagi 350?soalku pula
Tak tahu le....jawapnya
Hahahaha!habis le kau orang kena GORENG!kataku sambil gelak2.
Itulah pasal!jawapnya marah.Nanti aku top up kau RM5 tau!sebab kau tolong aku....katanya
Tak payah lah!aku tolong ikhlas je,tak terfikir pun nak ambil duit kau orang...kataku
Oklah kalau macam tu,terima kasih,kalau kat pejabat UMNO sikit2 kena bayar,sikit kena bayar!katanya lagi
Ooo,,pelahapnya!ambil duit orang suka2.Itu semua kan kerja mereka?tanyaku lagi.
Entah!dia suruh bayar,aku bayar lah!katanya lagi
Ok...nanti apa2 kau call le aku...Nak tahu juga kesudahan BRIM kau ni!kataku sebelum mengakhirkan perbualan.

Baru sebentar tadi...
Aku tak dapat lah...katanya sayu
Kenapa?kan nama suami kau ada sebagai penerima kataku penuh yakin
Tak tahu,tadi dapat surat,dia tulis tak layak sebab nama tak ada dalam list katanya lahan
Kesiannya.mengharapkan hati je,Orang kaya tak pandang RM650 tu!tapi...orang miskin amat menghargainya.Lagipun dah janjikan?kenapa pula boleh tak dapat?nama dalam sistem ada,tapi...realitynya tak ada!
Kesian sahabatku,teringat kata2nya...
kalau aku dapat BRIM tu boleh le aku gi rumah kau!
Dalam hati,duit BRIM tu hanyalah RM650,mana mungkin le boleh sampai ke utara tanahair ni.Kalau aku balik JB,paling2 sengkek kata orang JOHOR,RM1500 dalam tangan!
Tol je dah RM1130 pergi an balik,itupun kalau tak kesana ke mari.Minyak je RM300 pergi dan balik,itupun tak melencong ke tempat lain.Duit makan lagi!duit kocek beli entah apa2!bagi mak lagi,bagi entah sesiapa lagi yang bakal kita jumpa.Silap haribulan,cari ATM berdekatan untuk top up apa yang kurang.Tapi...sahabatku boleh sampai dengan duit sebanyak itu.Terharu...
Ish,ish,ish....

Esok aku nak gi pejabat UMNO!katanya lagi
Pergi je,kalau kau tak tuntut,peruntukan tu dah keluar.Orang lain faraid le nanti...hasutku penuh berapi!
Itulah!esok aku nak gi!katanya lagi
Kau pergi,kau cakap dengan mereka.Nama suami kau dah ada!duit RM5 duit RM10 dah bagi kat petugas!tapi...akhirnya BRIM tak dapat!bazirkan duit je...kataku lagi
Itulah!aku nak cakap habis2 kat pejabat mereka esok!katanya penuh perasaan.
Dalam hati...
Diorang peduli ke kat kau sahabat?
Manusia zaman sekarang 'pilih bulu',setakat pakai selipar,jalan bersepah!anak ramai berciak miuk ke sana ke mari...Dioarang tak heran pun!dia orang akan 'akal akal'kan kau aje.Kau tengok le esok.Saja buang masa boleh le....

Esok,Kawanku akan menapak ke pejabat yang di maksudkan.Pejabat UMNO cawangan TUTTTT...
Esok,kawanku akan mengetahui punca kenapa dia tak layak!
Esok,kawanku akan pergi berhadapan dengan manusia lidah bercabang.
Esok,kawanku akan tahu untung nasibnya.
Esok,akan membuka lembaran baru untuk kawanku itu...
Samada di masih boleh bertenang gara2 RM650 atau di akan terus menjadi HANTU!

Semuga esok akan menjadikan sahabatku itu,manusia yang lebih matang dari semalam.Semuga esok,kawanku akan tahu hala tuju hidup ini.RM650 tak memberi makna apa2 pun!RM650 itu jika di gantikan dengan tiada kenaikan harga barang!ianya akan lebih berbaloi baloi untuk semua lapisan masyarakat.

Bantuan ini bersifat sementara sahaja.Bantuan ini tidak akan merubah walau sedikit pun hidup anda.
Masih banyak liku2 yang harus anda lalui di hadapan nanti.
HUH!


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?