BELI BARANG CARA ONLINE

SETUJU ATAU TAK?

Kalau tanya aku,
TAK!
Kalau tanya aku 10 kali pun!jawapannya TAK!
Dalam pada tak,tak...Pernah juga sekali mencuba.Syukur tak kena tipu,mungkin kebetulan jumpa peniaga yang betul2 nak berniaga.Kalau jumpa yang lahabau!mahu pucat manai di buatnya.

Tapi..
Anak dara aku,Minah ONLINE!pertama kali buat kan dia internet banking dia dah transfer RM70.00 untuk beli entah apa2!Malangnya...duit tu hilang tak dapat di kesan macam MH370 juga.

Banyak juga dengar pengalaman pahit kawan2,pesan juga dengan anak2,jangan percaya sangat cara niaga Online ni,ada yang benar2 wujud dan ada yang sekadar menakuk di air yang keruh je.
Sayang duit,order tapi barang tak dapat.Kecuali kita kenal betul2 peniaga tu.

Ada banyak kes,beli HP dapat lesung batu le,dapat kayu le dan berbagai2 lagi.Penipuan di mana2!AWAS!

Ibu!nak beli beg ni tak?tanya anak daraku itu
TAK!jawapku ringkas je
Kenapa?cantik lah!katanya lagi
TAK!jawapku lagi
Kenapa?tanyanya tak puas hati
Nanti ibu cari sendiri kat KLCC,dapat pegang sebelum bayar...kataku pula
Sama je bu...lagi murah kat online..jawap si minah Online.
TAK!ibu nak cari sendiri...kataku tegas
Ok...jawapnya mengalah.

Walaupun tak pernah dapat lesung batu,anak dara aku pun pernah order barang lain dapat barang lain.lepas tu nak tukar,nak gi pejabat pos,nak buat kiriman pos laju dan banyak lagi kerja2 yang lain.
Jangan ambil resiko,beli je kat kedai.
Pilih,pegang dan bayar!
Puashati dan tak kena tipu.

Kepada peniaga Online,tolong lah jangan tipu.....
Kamu tipu hati senang,tapi...kamu tak tahu,kami maki supaya kamu mati susah!
Tu je balasan yang setimpal buat penipu macam kamu!
AWAS!
Hidup kat dunia sekejap je,yang kekal abadi ialah di akhirat.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..
Sepandai2 hantu kena tangkap juga dengan RAJA BOMOH 1 MALAYSIA!
Ada ke?pernah ke bomoh tu berjaya tangkap hantu?
TAK ADA!sembang kencang je...
Muahahaha!



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?