ANAK ANUGERAH TERINDAH

DAN KITA SENTIASA BERSAMA MEREKA DULU KINI DAN SELAMANYA

Sebagai ibu,kita selalu doakan yang terbaik untuk anak2.
Setiap kali sujud terakhir,selepas baca zikir biasa,doa dalam hati minta ALLAH selamatkan anak2 kita,jadikan anak2 kita dan keturunan kita orang2 yang bertaqwa,minta dengan ALLAH supaya anak2 kita rajin bersolat dan semuga anak2 kita semua di hindari dari seksa kubur dan api neraka.
Ingat!kita tak boleh bercakap dalam solat,hanya dalam hati sahaja.

Sebagai ibu,kita selalu harapkan anak2 kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Setiap saat,kita selalu doa agar ALLAH jaga anak2 itu dari keburukan dan dekatkan mereka kepada kebaikan.
Hari hari!doa di pohon tanpa jemu.

Masa kecil kecil...
Kita selalu berangan anak2 kita akan jadi Doktor,Peguam,Perdana Menteri pun ada kot?
Tapi...bila mereka membesar,baru kita sedar,anggan tak semudah realiti kehidupan.
Masa kecil kecil...
Selalu anggan anak membesar menjadi pemuda atau pemudi harapan keluarga dan bangsa.
Tapi....langit tak pernah cerah!adakalanya mendung akan mengkelabukan langit yang kita sangka panas berpanjangan.
Masa kecil kecil..
Kita didik anak2 jadi insan yang berprinsip!berwawasan!lakukan kerja dengan bersungguh sungguh!jangan suka bertangguh!jaga akhlak,jaga tata susila hidup dengan sempurna.
Tapi...
Bukan mudah nak senang,kita kena STRESSS dulu baru kita dapat capai bintang di langit.Itu pun jika usaha tu berpanjangan.Jika lemah di tengah jalan,alamat....jadi peon je le...

Ingat lagi...
Masa anak2 kecil,sanggup meredah hujan dan panas untuk hantar tuition Bahasa Inggeris!
Berbatu batu nak sampai tempat di tuju,sebagai ibubapa....kami sanggup!asalkan anak2 tahu menuturkan bahasa ke dua itu dengan baik.
Ingat lagi...
Hantar mengaji,hantar kelas muzik,hantar kem solat...
Semua itu untuk anak2 dapat ilmu,biar penuh kat akal,biar berkeyakinan di khalayak ramai..
Sebagai ibubapa kita akan sedaya upaya mahu anak2 kita jadi orang yang hebat!
Ingat lagi...
Masa anak2 kecil,apa pun kita akan pastikan mereka miliki ateee sebutir bintang di langit.Namun...apakan daya tangan tak sampai..
Sebut je pasti akan di beri..
sepatah kata si ayah,Jangan minta,kalau minta ayah pasti adakan walaupun terpaksa bergolok bergadai.
Itu zaman kecil kecil...
Bila dah besar panjang!lain pula jadinya.
Jika anak tu perempuan,belanja mengalahkan anak raja!
Kasut nak yang berjenama,nak macam2 kaler...
Baju nak yang berderet di hanger,bukan di longgok di satu sudut..
Tak mahu susah susah cari size,semua di hantar di depan mata..
wah!wah!wah!....bukan main anak2 kita....
Lagak mengalahkan kita sendiri.

Belum bab bab yang lain..
BF,GF...semua buat kepala kita terbeban..
Kita tak ajar mereka berpacaran seawal ini....tapi...kalau tak anak kita,pasti anak orang yang mendahuluinya..
Semuga mereka terhindar daripada syaitan jantan dan syaitan betina yang di rejam.(weh!macam doa masuk bilik ayaq je...hehehe)

Bila dah habis sekolah,masuk ke menara gading,ingat dah besar makin mudah urusan kita...
OMG!ada lagi!..
Ada lagi dan ada lagi....
Kadang2 kita terfikir,bila lah kita nak berehat daripada menguruskan kehidupan mereka..
Sahabat jawap..
Bila mereka berkahwin!
Tak juga,lepas kahwin lain  pula masalahnya...
Untung nasib terletak di pasangan mereka pula..
Semuga ALLAH beri jodoh anak2 kita orang2 yang beriman dan berakal
Jika lelaki,tak perlu hensem macam Brad Pitt,cukup sekadar cukup sifat dan bekerja...atee peon sekali pun!
Jika perempuan,putih tu bonus,cantik tu tuah badan,terbaik jika yang tahu hukum hakam,jika mahu hidup tak chin chai!kalau berkuku panjang,rambut mengerbang,bercakap sangat BESAR!jahanam purbalah anak2 kita...
Semuga ALLAH lindungi anak2 kita..

Sahabat tanya...
Kenapa selalu cakap pasal kuku panjang?
Saya jawap...
Orang yang miliki kuku panjang,rasa2 tahu hukum tak?paling mudah nak nilai orang hanya dengan kuku kaki kuku tangan je...
Sahabat tanya lagi..
Kenapa?kuku tak mencerminkan semua!
Aku jawap...
Siapa kata?kuku panjang menandakan orang itu sangat kotor!sangat malas!sangat memualkan...
Itu sebab selalu orang kata...kuku melambangkan diri kita!
Sahabat tanya lagi...
Atas sebab apa U kata gitu?
Aku jawap...
Kat bawah kuku yang panjang tu selain ada kuman E-Coli (bukan coli yang kita pakai tu tau!) ada syaitan sedang melepak!,Syaitan suka tempat2 macam tu...
Sebab tu,bila kita nak solat kita kena pastikan air lalu kat bawah kuku tu..rasa2 terbuat tak orang berkuku panjang.Cer gi kedai makan,lihat pelayan hantar ayaq dengan kuku panjang yang hitam di celahnya.Lalu makan ke?Cer bayangkan,mereka korek hidung,korek telinga atau korek apa sahaja dengan kuku yang panjang tu!Tak geli ke?cer bayangkan anak menantu kita hidang ayaq,masak dengan kuku panjang tu!(bayangkan diaorang masak!)atau diaorang tak masak langsung!
Tak lalu lah saya...

Hehehe...dah terkeluar tajuk lah pulak!
Masuk balik bab anak2 kita....semakin mereka besar semakin banyak masalah yang patut kita galas.Belum lagi anak2 yang nakal di sekolah...
Adakalanya perbuatan mereka buat kita rasa sedih,kita tak ajar pun anak2 kita buat kelaku macam tu,kita ajar dia cara2 hidup yang berhemah,yang baik2...Mustahil ibubapa ajar anak2 jadi orang tak sempurna.Merokok,mencuri,melawan kata orang lain,biadap....kecuali...ibubapa itu sendiri begitu!
Sahabat kata...
Siapa kata tak ada?kat sekolah I banyak budak2 macam tu!
Aku jawap...
Mustahil lah!ibubapa kita mana ada ajar kita buat perkara2 tak senonoh!
Sahabat ku merangkap guru berkata dengan penuh semangat!
ADA!BANYAK!YANG AJAR ANAK2 KURANG AJAR!
Hehehe...marah sungguh!macam dah biasa kena je...
Aku jawap..
Betul!aku percaya....tapi bukan kita,kes2 terperinci je....
Sahabat jawap..
Pernah aku tanya dengan anak murid,kenapa tak buat kerjasekolah?dia jawap...ibu saya tak kisah!kenapa cikgu yang susah?Cer ko bayangkan?tak terkejut ke aku masa tu,aku rasa nak piang je muka budak tu...tapi...dek fikir malas nak mengadap mak bapa dia...LANTAK KAU LAH MAMAT....
Terkejut juga dengan jawapan sahabatku itu,tapi...dia dah kata malas nak layan mak bapa budak tu,apa kita nak buat lagi...tak dapat den nak nolong..
Itulah ruginya kita,jika kita terlalu layan anak2,sehingga kita berjaya buat guru2 tak pedulikan anak kita.Ingat tu!jangan nak macam2 kat sekolah,sikit2 report!,sikit2 serang!yang rugi,bukan orang lain,tapi anak2 kita juga...
Take note pls!hehehe

Sepatah kata ustaz,menjaga anak2 bukan kerja mudah,mereka amanah paling berharga yang ALLAH anugerah kan pada kita.Siapa yang tak dapat anak,bersyukur...adalah hikmah di sebaliknya.Hidup tanpa anak buat kita banyak ruang untuk beribadat.Tapi tak le ustaz kata ada anak2 tak boleh beribadat pula!masih boleh...tapi..busy le sikit tak gitu Kak Jemah?

Semua orang ada bahagian dalam hidup mereka.Ada anak2  menuras perangai ibubapa...
Jika zaman muda nakal subhanallah!nanti anak2 pun sama macam tu juga...
Pernah terjadi,seorang anak rakan...
Kalau keluar rumah atas acara apa sekali pun!pasti tak jumpa jalan pulang...selagi matahari tak terbenam,selagi itulah dia tak akan pulang..
Bila si ibu mengadu dengan si ayah...
Spontan kata si ayah...
Saya bukan tak mahu marah,tapi...sama macam perangai saya dulu dulu.....
Ooooo..patut le....kata si ibu..
Apa nak buat,ALLAH bayar cash!
Redha aje wahai hati.....
Teruskanlah berjuang wahai ibubapa muda,kami yang dah tua...dah letih!dah muak dengan gelagat anak2 remaja.Dulu2 masa kecil,kita timang,kita belai...bila mereka meningkat dewasa..
Kita selalu dengar ungkapan ini..
Kalau aku tahu,kecik2 dulu aku cekik je kau wahai anak...
Hehehe...
Nasib lah ibubapa,ingat!selagi ada daya,teruslah berjuang...
Mereka adalah harta paling berharga dalam hidup kita.
Mereka juga adalah pemaut paling setia bila kita di sana nanti....
Semuga ALLAH jadikan anak2 kita anak2 yang soleh dan solehah.Semuga ALLAH selamatkan anak2 kita di dunia dan di akhirat ...
AMIIN...


Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF