AIR ASIA PENERBANGAN TAMBANG MURAH!

YA KE MURAH?

Niat hati nak ke Johor pada cuti akan datang...
Fikir2 punya fikir.....
Ok juga kalau kita FLYYYYY!
Naik kereta berjam jam nak nyampainya.Kalau bawa laju sikit dan tak berhenti,boleh le sampai dalam 6 atau 7 jam.
Kalau bawa lahan sangat,terhegeh hegeh,pantang jumpa RNR,pasti berhenti,mahu jejak 10jam!
Kus semangat...lamanya...

Buka lamannya Air Asia
Harga di bukan serendah RM119.00 sehala tapi rasa2 tak tercapai akalku nak menuju ke Penang sebelum pukul 6 petang.
Terpandang penerbangan pukul 10 malam,ok juga ni...
Enter...
3 dewasa 2 kanak je...
Harga sama je...ingat kanak2 ada potongan istimewa.
Jangan harap lah!
Kecil besar,sama sahaja.
Harga mula2 di pamerkan hanya RM159.00 sahaja.Harga untuk sehala.
Harga untuk balik.....RM77.00 sahaja.
NOT BAD!

Comfirm,enter bawah...
Baggage untuk 20kg,dah tolak kiri kanan...hanya...RM300 pergi dan balik.
NOT BAD!
Comfirm,enter bawah lagi..
Seat lak!
Pusing kiri pusing kanan...
COMFIRM!
Dengan harga hanya RM100 pergi dan balik..
NOT BAD!
Enter lagi..
Insurance lak!dengan hanya RM 90.00 perjalanan anda di jamin selamat.
YES!
Oppsss!airport tax,jangan lupaaa....hanya RM90.00 anda sudah jadi tokey airport!YES!
NOT BAD,NOT BAD!
Opsss!hampir lupa...dengan kadar paling rendah,airasia hanya minta kita bayar untuk FUEL SURCHARGE hanyalah...RM200 pergi dan balik..
Ehmmm....oklah,lebih untung daripada beli kapal terbang sendiri.
Kapal terbang sendiri,lagi mahal oooo....
Setelah itu...
Enter lagi...
.
.
.
Nak bayar online kan kena pakai card credit,mana mungkin nak bayar cash kan?jadi,Air Asia cuma charge RM80.00 je untuk pengunaan card.NOT BAD!
Setelah di tolak bagi campur kali........TOTAL MYR hanyalah...RM1815.00 sahaja.

Wah!Hilang akal sat,mahalnya...
kata MURAH!Kalau dah sampai nak ke 2RIBU,maknanya mahal lah kan?
Awat lagu ni?
MAHAL betul!...belum lagi makan,minum yang di offer tu...
Belum lagi masa kita ke Penang 2 jam tu!berbaloi baloi kah?kata si suami merangkap tukang keluar duit.
Tak payah makan,sejam lebih je...tak sempat lapar dah sampai JB,Makan rumah mak je...balasku pula.

Masalahnya,kata MURAH sangat!
Patut le AirAsia gelak besar bila Mas Airline kata rugi banyak!Air Asia pandai sembelih leher orang rupanya.Mas Airline pula,bukan tak pandai berniaga,tapi..satu syarikat tokeynya 50 orang!
Mana nak untung?dia sikit,dia sikit.....lama2 kempis duit MAS.
Apa2 pun...Air Asia,bagai duri dalam daging.Sakit sikit2 lama2 dah bernanah!Mungkin tak lama lagi...nak kencing pun kena bayar!

Akan tetapi...
Untungnya pada masa,tenaga dan resiko.
Kalau FLYYYY!kita bimbang hilang je...Tapi penat tak ada..
Kalau drive,penat,resiko,mengantuk paling selalu dan 1000 masalah lagi.
Bab mengantuk,tak dapat nak nafikan,sampai separuh jalan,mata dah blur,makan lah apa pun!mata tetap nak tutup..
Tang ini paling mencabar!wa cakap luuu!
Apa2 pun...
Kita conggak dulu!
Yes!kita tidur dan ambil keputusan esoknya.

Jeng,jeng,jeng..
Agak2nya,apalah keputusan yang bakal telinga ini dengari.
MUAHAHAHA!

Silap haribulan,kami meredah jalan menghala ke selatan dengan girangnya.
2RIBU boleh buat macam2,cuma tulah.....penat kan?
Bila fikir penat,mengantuk...
Rasa macam tak mahu balik je...
Tapi...demi emak,mungkin kami akan balik juga,kami akan gagahi juga jalan berliku tu,cuma tak tahu nak lalu ikut......
Darat udara darat udara darat udara.....
Zzzzzzzzzz



Popular posts from this blog

JERAGAT

MISTIK

THAQIF