AHMAD AMMAR LAGII..

CERITA CINTA AHMAD AMMAR

Terpanggil untuk membeli buku cerita mengenainya.Walaupun masih tak habis baca dek kesibukan yang melampau.Tetap sehelai dua sebelum buku tutup muka.Masa mula membaca dunia terang,tup!tup!tup! dah gelap gelita di samping bau buku semerbak di hidung.
Bukan tak menarik,tapi...orang tua,membaca sambil baring2.Bila oksigen tak sampai ke otak!mata mata layu,badan pun lesu...
Jawapnya....Tidur dengan lena sekali!

Buku ini memceritakan tentang 'dia'.Seorang anak muda yang sangat beruntung mempunyai banyak peluang keemasan dalam hidup.Kebetulan ibu dan ayahnya juga terbabit dalam persatuan2 Islam yang banyak memberi ruang mereka berbakti pada masyarakat Islam amnya.Nyata,mereka tahu apa yang mereka inginkan.

Buku ini menceritakan banyak tentang 'dia'.Seorang anak muda yang baik budi perkerti,berakhlak,berwawasan,berprinsip,cemerlang,tahu hala tuju dan tak banyak cakap!
Ustaz pun pernah kata..
Jangan banyak ketawa atau cakap,nanti ilmu hilang.
Oooo..gitu ke ustaz?patut le Mak Cik ni lupa,sebab Mak Cik suka ketawa!sapa Mak Cik Munah.

Buku ini juga menceritakan tentang dia secara terperinci,catatan dari ibunya,ayahnya,kakak2nya,abang2 iparnya dan rakan2nya.Purata,semua catatan itu membayangkan 'dia'seorang anak muda paling istimewa.Mungkin 1 dari 10 pemuda yang punya kebaikan begitu.Kita tak ketegorikan 'dia'paling istimewa,tapi...dari 10 itu,pemuda yang baru berusia awal 20-an telah menghindarkan diri daripada keseronokkan dunia.Seawal itu 'dia'membuang jauh kebebasan seperti yang di kehendaki oleh anak2 muda2 normalnya.
Kebiasaannya,anak2 muda seusia 'dia'akan mencuba berbagai bagai perkara baru,tapi tidak 'dia',yang mana dalam tempoh tersebut,dia tak jemu menelaah Risalah An Nur dan berbakti pada umat.

Kenapa baca buku ini?tanya sahabat
Saja je....nak cari juga,apa istimewanya 'dia' agar boleh menjadi panduan anak2....jawap saya
Oooo....oklah tu,kamu masih ada peluang.Ada anak2 kecil lagi.....balas sahabat

Buku ini mengupas satu persatu,siapa 'dia'tu..
Mungkin anak2 tak faham,'dia' tu istimewa..bila kita suruh baca,semua tunjuk muka cemburu.Mungkin dalam hati mereka kata....
Tak habis2!macam le 'dia' tu bagus sangat!
Tak habis2!jadikan dia contoh pada setiap perbuatan...
Yang baik,'dia' sahaja
Yang elok,'dia'juga...
Hakikatnya,yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan.

Bila baca helai demi helai...
Banyak panduan keibubapaan yang baik untuk kita contohi.Contohnya:
Pengorbanan si ibu menguruskan anak2 sementelah si bapa keluar berurusan.
Perkongsian mereka sekeluarga hidup bekerjasama di bawah satu bumbung.
perbincangan keluarga yang di buat setiap bulan.
Dana keluarga untuk bantuan kecemasan.
Didikan asas agama yang baik.
Menanam sikap lebihkan masyarakat daripada keluarga.
Dan berbagai bagai lagi nilai murni yang kita boleh contohi bagi membina jalur keluarga yang bermutu.

Selalu teringat kata2 ustaz..
Kanak2 belajar dapat ilmu,kita belajar hanya mambawa pulang pahala,itu pun kalau nawaitu tu baik,kalau tersasar daripada landasan...bawa angin je le..
Begitu juga bila membaca,masa kecil,mata segar dan bugar!bila dah tua2 macam ni...
Subhanallah!nak dapat 10 helai sehari pun cukup payah!
Bukan tak menarik,tapi ..sepatah kata atok,orang yang kuat tido di panggil BURUK MATA!

Sehelai demi sehelai lembaran di buka,kebanyakkan hanya pujian untuk 'dia',tiada cacian,tiada makian,yang ada hanyalah nilai2 murni seorang manusia.
Kepada yang ada anak2 kecil,atau bakal menjadi ibu dan ayah...
Buku ini mungkin baik untuk anda.Ada sesuatu yang mungkin dapat menjadikan keluarga anda lebih baik dari yang di impikan.

Akif!Alif....contohilah 'dia'...ada sesuatu yang elok untuk di ikuti.Tidak buang masa,tenang,pandai merebut peluang,tidak bercakap kosong,setiap patah kata2nya,ada isi yang tersirat di dalamnya,tidak bercita2 tinggi untuk dunia dan diri sendiri tapi...bercita2 tinggi untuk masyarakat.'Dia' seorang pelajar cemerlang dalam aliran sains,bila ayahnya menghantar di keluar untuk belajar tentang islam,sebagai anak...'dia' akur dan menuruti apa jua cadangan yang 'dia' fikir baik dari bapanya.Tanpa bantahan....'dia' ke Turki untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan bukan ilmu perubatan,farmasi,fizik,kimia atau yang berkaitan dengannya.Dia melakukannya dengan baik dan cemerlang.

ALLAH lebih sayangkan 'dia'...
Ada hikmah yang tersembunyi,selepas 'dia' pergi jauh!....baru kita sedar wujudnya 'dia'. Layak untuk di nobatkan sebagai pencetus ummah!boleh di buat contoh dan pemberi semangat pada anak2 bangsa.'Dia' bukan penyanyi,'dia' bukan pelakon hebat!'dia' tak perlu buat tatto di lengan,tak perlu buat rambut gaya MOHAWK!tak perlu tindik telinga!tak perlu melakukan perkara2 pelik!
'Dia' hanyalah seorang pemuda biasa namun istimewa bernama AHMAD AMMAR.

Sebagai ibu....kita juga impikan anak seperti ini,anak yang menyenangkan hati,anak yang tahu hala tuju hidup sendiri,anak yang cemerlang,anak yang tak buat kita selalu stress!anak yang tak pernah buat kita sakit kepala.Pendek kata....
Kita nak anak2 kita selamat dunia dan akhirat .
Kita nak anak2 kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Dan yang paling penting!
KITA NAK ANAK2 KITA MASUK SYURGA....
Semuga ALLAH permudahkan urusan kita.
AMIIN....








Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI