Posts

Showing posts from April, 2014

CELOTEH ANAK

Image
SAYA DAPAT NOMBOR....

Kata anak..
Ibu!saya dah dapat nombor...
Aku jawap..
Nombor bape?
Dia jawap..
Nombor 5!
Aku balas...
Wah!bagusnya!
Dia kata lagi..
Ibu suka?
Aku jawap...
Mestilah suka!tapi...5 daripada berapa orang?
Dia jawap...
5 lah!
Aku tak faham,dan tanya lagi...
Berapa orang dalam kelas adik?
Dia jawap...
Saya,Alisa,Amirul,Amani,Farihin...
Aku tanya lagi..
Lagi?baru 5 je...tak kan le awak dapat nombor 5 dari 5 anak murid?
Dia jawap...
Yalah!saya dapat nombor 5!
Aku pun naik angin..
Apa?awak dapat nombor 5 dari 5 anak murid?
Dia jawap lagi...
Ada satu lagi!tapi baru masuk....
Aku kata lagi...Yang baru masuk jangan cakap le,kenapa boleh dapat nombor 5?
Dia diam je...tapi..masih boleh bersuara..sebab tu saya tak suka bagitahu dengan ibu...
Aku hanya mampu jeling je,ish!kalau ikut hati mahu kena SESAH!
Dalam diam dia jawap lagi...Saya pandai,saya ingat saya dapat nombor 5 ibu suka...
Aku jeling lagi(sebenarnya tak lah marah sangat,dah pandai baca,mengira,mengaji...Oklah tu!nak …

ANAK ANUGERAH TERINDAH

DAN KITA SENTIASA BERSAMA MEREKA DULU KINI DAN SELAMANYA

Sebagai ibu,kita selalu doakan yang terbaik untuk anak2. Setiap kali sujud terakhir,selepas baca zikir biasa,doa dalam hati minta ALLAH selamatkan anak2 kita,jadikan anak2 kita dan keturunan kita orang2 yang bertaqwa,minta dengan ALLAH supaya anak2 kita rajin bersolat dan semuga anak2 kita semua di hindari dari seksa kubur dan api neraka.
Ingat!kita tak boleh bercakap dalam solat,hanya dalam hati sahaja.
Sebagai ibu,kita selalu harapkan anak2 kita berjaya di dunia dan di akhirat. Setiap saat,kita selalu doa agar ALLAH jaga anak2 itu dari keburukan dan dekatkan mereka kepada kebaikan.
Hari hari!doa di pohon tanpa jemu.

Masa kecil kecil...
Kita selalu berangan anak2 kita akan jadi Doktor,Peguam,Perdana Menteri pun ada kot?
Tapi...bila mereka membesar,baru kita sedar,anggan tak semudah realiti kehidupan.
Masa kecil kecil...
Selalu anggan anak membesar menjadi pemuda atau pemudi harapan keluarga dan bangsa.
Tapi....langit tak pernah…

CATUAN AIR TELAH BERMULA

2 HARI TAK ADA,1 HARI ADA....

Bila di fikir2,eletrik tak ada,masih waras!tapi...kalau air tak ada,terus keras!
Kalau bujang,akal panjang,tapi...bila ada buah rambai!Subhanallah!tak boleh buat apa2 pun!Nak masak,nak mandi,nak membasuh!semua jadi tak menentu.
Anak2 kecil,tak faham...
Jangan celup air dalam baldi ini!mama nak buat masak!arahan ringkas si mama.
Anak2 tak faham...
Kita tak buat!mama kita tak buat!jerit Hafiz kuat
Kita pun!kita pun tak celup tangan dalam air tu mama!jerit Ain pula
Ya...mama bukan kata kamu buat,mama ingat kan je,bila kamu dah celup tangan,mama dah tak boleh guna untuk masak.Nanti kita nak makan apa?kata mama sambil ketap bibir yang merah menyala.
Kedua2nya pun berlalu..

Bila air tak ada,orang paling sibuk ialah MAMA atau sewaktu dengannya.
Bila kata ESOK TAK ADA AIR!
Mama akan berhenti sejenak,fikir apa akan di buat.
Yes!
Mula2 cari baldi besar 2@3 biji.Bila pergi kedai,baldi besar dah naik harga.
Kelmarin saya baru beli harga RM30.00.Kenapa hari ini naik b…

FITNESS BARU DI TEMPAT AKU

CURVES

Jika awal dulu aku kata TAK!
Tapi...perasaan ingin mencuba menebal di hati
Bukan ikut2,bukan nak tunjuk kaya lah sangat!
Tapi...
Benda baik untuk kesihatan sendiri,benda baik yang boleh bantu aku sihat..
WHY NOT?

Sebaik sampai,kedengaran suara orang sedang bertengkar.
Bunyikan loceng pintu,dan kedengaran suara suruh aku tunggu sebentar.
Ok...aku jawap,dalam pada tu,call seorang kawan...
Mak Aiii!baru nak mencuba,dah ada macam2 hal!
Kenapa?tanya kawan tu
ENTAH!isu yang sama kot?cara layanan ,cara sambutan mereka2 yang di ada di dalam sana.
Oooo...macam2!kata kawan itu.
Itulah pasal!baru buka dah kecuh!kataku pula.

Semasa bersesi jawap tadi,ada juga tanya..
Awat kecuh2 tadi...tanyaku
Ada hal sikit lah kata mereka.
Oooo.saya ada dengar sikit2 sebelum ni,bukan nak menyebuk,tapi sipolan tu baik orangnya,kamu kena berhati2,Manjung ni kecil sahaja.Kalau kamu buat hal,sekejap je dah  merebak sebab kita punya lingkungan tak besar mana pun...
Yalah Puan,ada selisih faham dengan seorang p…

BELI BARANG CARA ONLINE

SETUJU ATAU TAK?

Kalau tanya aku,
TAK!
Kalau tanya aku 10 kali pun!jawapannya TAK!
Dalam pada tak,tak...Pernah juga sekali mencuba.Syukur tak kena tipu,mungkin kebetulan jumpa peniaga yang betul2 nak berniaga.Kalau jumpa yang lahabau!mahu pucat manai di buatnya.

Tapi..
Anak dara aku,Minah ONLINE!pertama kali buat kan dia internet banking dia dah transfer RM70.00 untuk beli entah apa2!Malangnya...duit tu hilang tak dapat di kesan macam MH370 juga.

Banyak juga dengar pengalaman pahit kawan2,pesan juga dengan anak2,jangan percaya sangat cara niaga Online ni,ada yang benar2 wujud dan ada yang sekadar menakuk di air yang keruh je.
Sayang duit,order tapi barang tak dapat.Kecuali kita kenal betul2 peniaga tu.

Ada banyak kes,beli HP dapat lesung batu le,dapat kayu le dan berbagai2 lagi.Penipuan di mana2!AWAS!

Ibu!nak beli beg ni tak?tanya anak daraku itu
TAK!jawapku ringkas je
Kenapa?cantik lah!katanya lagi
TAK!jawapku lagi
Kenapa?tanyanya tak puas hati
Nanti ibu cari sendiri kat KLCC,dapat p…

LELAKI DAN SONGKOK

TANGGUNGJAWAP SENDIRI ATAU ISTERI?

Songkok,kopiah,songkok haji atau apa pun namanya di gunakan oleh kaum lelaki ketika bersolat. Tanpa songkok,nampak janggal lah lelaki itu ketika solat. Nampak macam terlebih moden. Awie yang ROCK tu pun pakai songkok masa solat. hehehe
Songkok ada bermacam warna,hitam atau putih atau apa pun kalernya,tujuannya hanya satu iaitu bagi menutup kepala dan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w.Perlu ingat juga,Nabi tak pakai songkok tapi...Nabi pakai serban. Zaman sekarang,serban di gunakan oleh kaum lelaki yang banyak ilmu.Kalau setakat ilmu tak penuh di dada,jarang serban mereka gunakan.Mungkin takut orang sergah dengan soalan cepu emas kot?
Nak tanya sikit lah!tanggungjawap menjaga songkok itu terletak di bahu siapa? Ibu,kakak,adik,nenek atau diri sendiri? Selalu berlaku,bila nak solat,masa tu cari songkok!riuh sekampung bertanya akan di mana letaknya songkok2 itu.Paling tak tahan,tergamak marah orang pasal mereka tak jumpa songkok! Mana songkok saya?…

FESYEN BAJU ZAMAN KITA..

Image
MELEKAT DAN KETAT!

Gambar kat atas ni,hanya sekadar hiasan...
Tak mahu le nak ngata si pemakainya,cuma sekadar letak gambar je...
Kepada si empuya badan,teman minta maaf ya...
Minat kaler merah menyala tu je...
Apa2 pun,teman komen sikit je ya....jangan le pulak nyaman teman!tak ada duit nak bayar nanti.hehehe

Masa terpandang gambar ni,mulut terlepas kata...SUBHANALLAH!siapa le yang reka?siapa le yang syorkan si empunya badan untuk memakainya?Bukan apa,macam tak sesuai je,macam tak kena je...

Ustaz selalu kata...
Sebagai orang Islam,menuntut ilmu tu wajib untuk melepaskan kita dari kegelapan.Ilmu di tuntut bukan untuk suka2,tapi untuk membantu kita menjalani hidup mengikut aturan yang betul.Ilmu sangat penting untuk kita tahu membataskan hukum hakam.

Sebagai orang Islam,perkara simple macam ni,mustahil tak tahu.Menutup aurat wajib bagi kita orang pempuan.Bila kata menutup aurat,kena tutup sampai habis!bukan sekerat sekerat.Bukan ketat melekat!Bukan!kena pakai baju besar2 sikit,jangan…

MH370

Image
YANG SEMAKIN DI LUPAKAN..

Dulu,masa mula2 hilang!bukan surat khabar je yang kecuh!aku pun..... Dulu,masa mula2 hilang!bukan TV je prang,prong!aku pun sama.... Laaa...ni,aku pun dah lupa sama sekali. Kadang2 terpandang juga tajuk2 besar mengenainya.Tapi..malas nak baca,bukan tak ambil tahu,tapi...dah tak minat nak ambil tahu!lantaklah!Kerajaan nak buat apa!suka hati!
Masa mula2 hilang,suami kata...kamu tak tahu ke kapalterbang Mas HILANG? Aku jawap... Tak,bila hilang? Semalam....jawapnya Oooo...mesti ada yang tak betul ni!kataku Masih aku ingat,suami kata... Jangan politik kan semua perkara.Ingat kerajaan bodoh sangat ke,sanggup gadai nyawa rakyat sendiri! Dalam hati... Yakin akan ada sesuatu yang pelik bakal berlaku.MH370!tiba2 hilang tanpa di kesan.
Hari demi hari...sandiwara swasta sedang berlangsung,macam2 andaian di buat,bila di soal,penafian bermula...jangan percaya khabar2 angin. Muahahaha! Dalam waktu yang sama,andaian demi andaian tetap timbul. Hinggalah malam terakhir PM umum…

FITNESS CENTERS

BARU DI BUKA DI TEMPAT SAYA

CURVES
Pusat kesihatan dengan berbagai peralatan moden.
Bagus,bagus....satu alternatif untuk jadi sihat.
Tak perlu lari2 anak kat Astaka,tak perlu mengayuh di balik tingkap di rumah.Di sini,kita akan bergembira sambil menjadi lebih sihat.

JOM!ajak  sahabat.
Rilek dulu,baru nak fikir....
Jangan fikir lama2,pelanggan awal di beri potongan keahlian hampir setengah harga!
JOM!jangan fikir2 lagi....

Sebulan berapa?
RM109 je...jawap sahabat
Oooo....nanti fikir..balasku bersahaja.
Bayar guna card credit,cash tak di layan!kata sahabat lagi
Ooo...sekadar itu sahaja yang terluah di bibir.
JOM!jangan lengah2,masa mencemburui kita....

Boleh pergi,saya kena susun atur hidup dulu...
Pagi selepas suami dan anak2 keluar saya kena kemas rumah,kena basuh baju,kena buat itu dan ini.Biasa keluar rumah pukul 8.30 untuk sarapan bersama kawan sehati sejiwa.Borak punya borak,biasa sampai 9.30 atau terlajak hingga ke pukul 10 pagi.Pergi pasar,balik,sediakan bahan memasak,keluar bal…

CERITA SEBUAH TASKA....

BABY OHHH BABY..

Kat Taska,kami tak ambil banyak baby sebab penjagaan baby ni rumit dan perlu pengawasan yang lebih.Nisbah pengasuh untuk baby 5=1.Maksudnya 5 baby,pengasuh  satu sudah memadai.Akan tetapi...di saat2 puncak!seorang pembantu tetap di perlukan bagi mengurus mereka.

Kat Taska,ruang paling huru hara ialah bilik baby!
Ciak miok!wek sana wek sini...bising subhanallah!mengalahkan Bursa saham!
Makan nangis,tidur nangis,nak minum nangis,nak mandi nangis!bukak baju pun nangis!pendek kata....menangis tu adalah normal bagi seorang baby dan menangis itu adalah perbuatan yang paling mereka sukai.Dalam sehari,kalau ada baby yang tak menangis,itu tandanya....hujan akan turun dengan lebatnya.Sediakan je le payung...

Kami sediakan ruang yang luas hanyalah untuk mereka.Wah!wah! macam anak raja!Ada TV,ada radio, ada permainan dan ada bahan2 pembelajaran awal kanak2 seperti Flashcard atau aksesori yang berwarna warni utk meransang mata dan otak mereka.Setiap sabtu,bilik ini akan di ubah su…

AHMAD AMMAR LAGII..

Image
CERITA CINTA AHMAD AMMAR

Terpanggil untuk membeli buku cerita mengenainya.Walaupun masih tak habis baca dek kesibukan yang melampau.Tetap sehelai dua sebelum buku tutup muka.Masa mula membaca dunia terang,tup!tup!tup! dah gelap gelita di samping bau buku semerbak di hidung.
Bukan tak menarik,tapi...orang tua,membaca sambil baring2.Bila oksigen tak sampai ke otak!mata mata layu,badan pun lesu...
Jawapnya....Tidur dengan lena sekali!

Buku ini memceritakan tentang 'dia'.Seorang anak muda yang sangat beruntung mempunyai banyak peluang keemasan dalam hidup.Kebetulan ibu dan ayahnya juga terbabit dalam persatuan2 Islam yang banyak memberi ruang mereka berbakti pada masyarakat Islam amnya.Nyata,mereka tahu apa yang mereka inginkan.

Buku ini menceritakan banyak tentang 'dia'.Seorang anak muda yang baik budi perkerti,berakhlak,berwawasan,berprinsip,cemerlang,tahu hala tuju dan tak banyak cakap!
Ustaz pun pernah kata..
Jangan banyak ketawa atau cakap,nanti ilmu hilang.
Oooo..git…

KEK

Image
ADA MACAM MACAM RUPA DAN RASA

Sempena hari lahir.. Rakan2 mencadangkan untuk meraikan hari lahir tu.. Setelah menetapkan tarikh,masa... Aku mula merancang untuk melakukan apa yang patut.
Langkah pertama: Order tempat untuk 7 orang sahaja.Sekali lagi...hanya 7 orang sahaja!(banyak kan kawan aku?)hehehe Sah!booking telah di terima..
Langkah ke dua: Order makanan.. Sah!booking di terima juga...
Tak masak!muka berseri lagi,cer masak!mahu kusam di buatnya.
Langkah ke tiga.. Menjemput kawan2,takut2 esok sampai masanya,mereka tak mahu datang pula...
kawan2 ni,adakalanya..mengada ngada!Opps!sorry! Campur tolak darab bagi,semua kata OK!mereka akan datang,insyaallah..
Dan.. Sah!booking siap!
Langkah ke empat.. ORDER KEK! Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama.. Pergi secret Recipe berseorangan,sepanjang jalan tu,dalam hati kata...
Tak le aku order untuk diri sendiri.
Tapi..kalau tak aku,siapa lagi?aku tak terfikir kawan2 akan buatkan sebiji kek untuk aku..
Dalam hati kata...
Tak pe lah!takut2 …

ERMA FATIMAH REDHA MASUK NERAKA?

Image
STATUS BERANI MATI!

“Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dengan lutut berkata kata dengan siku. Soal hukum tidak ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kepada manusia.

AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri di bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yang besar yang harus ku laksanakan untuk melengkapkan hidup aku di atas bumi Allah ini.”

“Bukan hanya untuk agama tetapi juga untuk bangsaku. Jadi kepada yang berniat untuk mengutuk… silakan… ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke atas aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tidak akan menghalalkan cara.

Tapi sejarah bukan sesuatu yg boleh di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dari saya. Kepada yang sudi… jemput2lh menonton TAKHTA saya bila di taya…

AIR ASIA PENERBANGAN TAMBANG MURAH!

YA KE MURAH?

Niat hati nak ke Johor pada cuti akan datang...
Fikir2 punya fikir.....
Ok juga kalau kita FLYYYYY!
Naik kereta berjam jam nak nyampainya.Kalau bawa laju sikit dan tak berhenti,boleh le sampai dalam 6 atau 7 jam.
Kalau bawa lahan sangat,terhegeh hegeh,pantang jumpa RNR,pasti berhenti,mahu jejak 10jam!
Kus semangat...lamanya...

Buka lamannya Air Asia
Harga di bukan serendah RM119.00 sehala tapi rasa2 tak tercapai akalku nak menuju ke Penang sebelum pukul 6 petang.
Terpandang penerbangan pukul 10 malam,ok juga ni...
Enter...
3 dewasa 2 kanak je...
Harga sama je...ingat kanak2 ada potongan istimewa.
Jangan harap lah!
Kecil besar,sama sahaja.
Harga mula2 di pamerkan hanya RM159.00 sahaja.Harga untuk sehala.
Harga untuk balik.....RM77.00 sahaja.
NOT BAD!

Comfirm,enter bawah...
Baggage untuk 20kg,dah tolak kiri kanan...hanya...RM300 pergi dan balik.
NOT BAD!
Comfirm,enter bawah lagi..
Seat lak!
Pusing kiri pusing kanan...
COMFIRM!
Dengan harga hanya RM100 pergi dan balik..
NOT …

RAJA AZMI BUAT HAL LAGI...

Image
KALI INI,ISU TUDUNG!

Masa baca tadi... Dalam hati,lantak lah!malas nak fikir... Masa baca komen rakan2 FB... Dalam hati,tak payah di layan je,esok kena bakar,otak siapa yang mengelegak , kena campak dalam api neraka,bukan kita....DIA! SUKA HATI DIA LAH! Tak payah layan... Dia bukan remaja,umur dia dah tua.Anak2 pun dah besar panjang,dah ada cucu pun.. Maknanya,dia dah cukup matang untuk tahu tentang ISLAM.Lagipun,dia bukan tak ada asas pendidikan agama,mustahil!ibubapa dia tak didik atau dedahkan dia dengan ISLAM.Mustahil! Dia bukan bangsa China,India atau apa2 bangsa yang bukan menganut islam.Nama dia RAJA AZMI,maknanya dia orang melayu beragama ISLAM.
Kadang2 kita pun satu hal... Suka bertanya,bila orang tak bertudung macam Raja Azmi di tanya mengapa tak pakai tudung lepas balik umrah?Mestilah jawapanya macam tu!Kita sengaja mencari salah dia,mungkin bosan dengan soalan macam tu,maka jawapannya mestilah tak memuaskan hati banyak pihak.
Bila di tanya mengapa tak pakai tudung lepas ba…

KARPAL SINGH MATI?

Image
BYE BYE...

Kelmarin baru baca cerita dia kat blog.Baru je nampak kelibat dia di TV.. Tup,tup,tup.... Pagi ini,dengar2 dia dah MATI! Janji ALLAH,yang hidup pasti MATI,tidak terkecuali.
Malangnya,ada komen2 yang tak berapa elok di laman sosial.Kalau yang komen tu orang macam aku!ok lagi... Tapi...orang2 politik sealiran dengannya yang keluarkan gila gila punya status!
Contoh kat atas,nak kata tak cerdik,Zulkifli Nordin kan peguam.Kira tak chikai punya orang lah... Tapi...kenapa dia melatah macam tu sekali? Mujur ada Khairy,yang membidasnya.Nampak lah juga,dalam2 banyak2 orang kurang cerdik terselit seoang dua yang masih normal. Yang mati,biarlah mati... Mereka dah tak ada urusan dengan kita lagi,biarlah mereka pergi.. Karpal Singh halang HUDUD sebab dia tak faham,dia bukan orang islam.Dia bukan penganut agama kita.Sewajarnya,kita yang memberi penerangan sehingga dia faham benar2 Islam itu.Jika dia menolak,itu tak pelik!masalahnya.....orang islam sendiri yang membangkang tahaf gila2 puny…

KASIH IBU

Image
SANGGUP BUAT APA SAHAJA!

Tengah sibuk mengemas dapur..
Ibu!aunty depan nak jumpa...jerit Akif
Berlari kedepan,dalam hati...ada apa lah agaknya.Jarang jiran China aku datang malam2 buta macam ni.
Sebaik sampai depan pintu...
Ada apa?sapaku sambil menuju ke arahnya.
Ini macam,saya tak tahu sangat cakap melayu..Ini budak akan kasi tahu sama u..katanya sambil memanggil seorang anak muda berbangsa china juga.

Ini macam aunty..mahu minta tolong LIKE gambar dia punya anak dalam FB.Katanya..
Boleh,boleh...sambil memberi HP untuk dia tunjuk ajar.
Ini macam,aunty pergi Super Sitiawan,LIKE dan pergi cari gambar F9 dan LIKE dan SHARE..itu macam sahaja.katanya lancar dalam bahasa melayu.
Ok,ok...nanti aunty suruh anak2 tolong LIKE juga....kataku beri harapan.
Ok ya...saya balik dulu ya...kata jiran china ku sambil berlalu..

Akif!tolong LIKE dan Share,biar anak dia menang!arahku..
Kamu pun sama,tolong LIKE dan SHARE!beri arahan pada suami dan hantar msg kepada Aina dan Mira dengan tujuan yang sama.

TUDUNG FAREEDA

Image
KECUH!

Mula2 tokey Fareeda rampas tudung2 kat luar atas alasan hak ciptaan terpelihara.Oklah tu....Kita setuju sebab hak mereka untuk berbuat demikian.Mereka yang mereka cipta orang lain senang2 meraih keuntungan.Tang ni,aku setuju!


Isu kat atas,mungkin pengguna faham,itu hak awak,cuma bila dah tersalah suka...
keluar pula kenyataan begini:


Cer baca komen kat dalam petak merah tu!tang inilah punca isu ini menjadi semakin hangat.
Sebagai tokey tudung,mestilah isteri Fizo mampu tukar2 tudung.Dah tokey kan?Mustahil pula,tokey tudung tak mampu nak gayakan beraneka jenis tudung.Cuma,kena sensitif le...
bila dah sampai tahaf ini,pandai2 le nak jawap.Teringat kenyataan Isteri PM,menabung sejak kecil untuk membeli cincin yang di idamkan.Fareeda pun nak syorkan pengguna begitu kah?

Mujur le aku tak ada sehelai pun tudung Fareeda,bukan boikot atau cemburu,cuma warna tingkat2 dia tu anak2 panggil kek lapis serawak!tu yang tak sempat nak beli ate sehelai pun.Mahal bukan masalah,tudung jenama Ari…