JATUH CINTA LAGI

MUAHAHAHA!

Boleh ke orang tua2,jatuh cinta lagi?
Bolehh! pasti boleh...selagi lelaki itu mampu angkat sebaldi air,dan perempuan tu belum putus haid.
Lelaki mungkin manis sikitttt
Tapi
Perempuan,rasa2nya macam tak sesuai gitu..
Atau dua2 tak sesuai !

Siapa kata tak sesuai?selagi ada kemampuan di situ ada jalan..teman berbunyi
Hak masing2,tapi...orang tua jatuh cinta tak macam orang muda.
Orang tua,kulit pun dah kering...
Badan pun dah tak menarik..
Alahai...

Siapa yang jatuh cinta?
Adalah!hehehehe....
Kau ke?
Gila!tak sesuai untuk aku tapi sesuai untuk orang lain kot?
Merepek le!tak senonoh rupanya bila tua2 jatuh cinta!
Kenapa kata gitu?
Yalah...dah tua2 kan sesuai pergi masjid je.Ingat tak ustaz kata,kanak2 dunianya di sekolah,remaja dunianya di kolej atau universiti,dewasa dunia mereka banyak untuk kerjaya dan rumahtangga tapi....
ORANG TUA!dunianya wajib di masjid!susun sejadah,mengaji,berzikir sebelum MATI!
Pandai lah kau cakap!orang tua pun ada perasaan juga.Ada hati untuk di sayangi,ada perasaan untuk di cintai dan ada nafsu untuk berasmaradana.
Merepek lah!tak kuasa nak layan orang tua!geli je!
Tak kenal lagi!kalau kau kenal orang tua yang pandai mengayat!pasti kau jatuh cinta!
Tak kuasa!malas nak fikir...

Siapa yang jatuh cinta?
kawan aku...Janda anak 6 jatuh cinta dengan lelaki anak 5!Kalau kahwin jadi bini nombor 2!
Banyak gila anak mereka bila mereka kahwin nanti.Boleh mati berdiri di buatnya.
Jodoh pertemua ajal dan maut kan tuhan yang aturkan,rezeki pun tuhan yang beri.Tak akan papa keluarga itu dengan anak2 yang ramai tu!
Pandailah kau cakap!
Tapi,anak2 tu dah besar lah!Ada yang dah kerja...
Ooooo..oklah tu!
MASALAHNYA....
Bukan senang nak kahwin wehh!bergaduh siang malam dulu baru boleh bercantum!
hahahaha...HARUS!kau ingat senang nak kahwin tanpa restu bini sulong tu!selagi tak cedera parah!jangan haraplah boleh senang2 hati bersama.

Betul juga kan?mana ada isteri senang2 bagi suami dia kat orang lain.Betul juga,mana ada isteri atau perempuan boleh bagi suami FOC gitu je!melainkan....isteri tu dah GILA!
Baru kawan dah perang bagai nak rak!bayangkan kalau nak menikah?
Periuk belanga terbang melayanglah jawapnya.

Masa berbual dengan si tuan badan.
Macam mana kau boleh terjebak dengan mamat tu?
Dah jodoh kot?
Macam mana kau boleh jatuh hati dengan dia,kan dia ada isteri,Anak2 pun ramai..Aku rasa kau sengaja cari masalah kot?
kau tak faham,aku makan nasi lemak,kau makan mee goreng,mana nak sama rasa...
yalah..aku faham,tapi...kau sengaja mencari masalah kot?kan ramai lelaki bujang atau duda  kat dunia ni.
Tapi..dioarang tak mahu aku!
kau tak cari,kau sibuk cari mamat ni juga...
Kami ketawa bersama...
Ketawa yang tak memberi makna apa2 pun!

Semalam....
Aku dah bercerai..sayu suaranya
Kenapa?baru je kan?
Tak ada jodoh...senang jawapannya
Dalam hati...
mudah sungguh manusia ini membuat keputusan dan mengambil keputusan.Tengah hangat bercinta,dah putus!
Subhanallah...cetek akal atau pendek akal?
Buang masa,buang duit,buang segalanya!
Dah tentu tidur bersama
Dah tentu berdua duaan ke hulu ke hilir...
Tau2 dah berpisah!

Entahlah..sahabat,suka hati hangpa lah!aku tak campoqqqqq
Bagi aku,setakat kahwin untuk cuba2 ni,ibarat kerja Pak Pandir!Suka je terus menikah!walhal...proses menikah tu bukan mudah,banyak remehnya.
Cinta itu buta!tapi kalau dah tak suka....terus jadi cinta itu macam lahabau!

Kau tak tanya kenapa?tanyanya padaku
Kenapa?tadi aku tanya kau kata tak ada jodoh..
Bini dia tak tahu rupanya,bila tahu...apalagi terus dia mengamuk dan aku jadi mangsanya...luah hatinya
Dalam hati aku....macam sama je ...cerita dalam TV3.Apakah masalah orang melayu berkisar hanya itu?kahwin,jatuh hati dengan suami orang,putus cinta atau hanya itu sahaja kah yang bangsa ku perlukan?CINTA DAN AIR MATA!
Muhahaha

Walhal...
Banyak lagi tugas yang belum selesai...
Hidup di dunia hanya pinjaman.Apa yang kita miliki itu juga!hanya pinjaman termasuk lah suami,anak dan harta.
Dalam hati lelaki dan termaktub....tiada istilah SETIA.
Jika mereka berkehendak,mereka dengan  kepala yang besar akan pergi!
Bila mereka dah tersepit,mereka akan datang balik,dengan rupa yang sangat menakutkan.Itu normal,sana sini....itulah cerita sensasi yang kita dengar kita baca saban hari.
Dah termaktub juga,lelaki tak boleh kaya!bila kaya pun bukan kepala je besar,perangai,ego sama buruknya.
Itulah kekurangan lelaki,walaupun tuhan bagi akal 9,nafsu yang satu itu mereka tak boleh kendalikan dengan baik.Hanya itu masalah kaum lelaki.Pantang nampak orang perempuan!ateee OKU pun mereka suka!asalkan perempuan.

Sabar lah ya....kalau aku jadi kau,aku tak perlukan mereka lagi.Mereka hanya melekakan.lagi satu,mereka buat kita banyak kerja.Celik mata sampai tutup mata,asyik kelolakan hidup mereka.Sabarlah...anggaplah apa yang berlaku,sempadan hidup.Tanpa mereka,kita akan hidup juga...malah lebih baik.Nak tahu kenapa?
TAK SAKIT HATI!
TAK SAKIT MATA!
TAK SAKITKAN OTAK!
Semua nya akan pulih seperti sediakala,jika kau sendiri mahukan begitu.

Sahabat diam membisu,entah faham entah tidak....
Tak mustahil dia akan mendapat yang ke 3,kerana itu lah yang dia kehendaki.
Nasihat tak terima,masa suka....sahabat handai anggap macam musuh!
Bila dah kecundang....pandai pula dail nombor kita.Ingat pula akan diri kita....

Bila nasihat!
Ibarat menuang air di daun keladi.
Adakalanya,dalam hati berkata....
SAHABAT.....JADILAH SEORANG WANITA YANG MUDAH DI URUSI DAN JANGAN JADI WANITA YANG SUKAR DI URUSI.KERANA...
WANITA YANG SUKAR DI URUSI AKAN HANYA BUAT MASYARAKAT SAKIT KEPALA!
Hehehehe..




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF