Posts

Showing posts from 2014

PERSEDIAAN UNTUK SESI BARU PERSEKOLAHAN

TEMAN DAH SIAP LAMA DAH!

Masa anak satu,semua tu celah gigi je...
Almaklum,anak seorang...umur 4thn teman dah hantar ke Tadika.Sebut le berapa harga,teman pasti boleh melangsaikannya.
Masuk anak kedua,anak pertama dah masuk darjah 1,sebab anak2 teman selang 2thn setiap seorang.Masa tu teman hantar anak ke sekolah agama swasta.Dengan bayaran sebanyak RM130 sebulan,teman masih steady....
Masuk anak ke tiga,anak kedua masuk darjah satu dan yang sulong masuk tahun 3.Masa ni,belanja makin bertambah.Tapi..masih kuat lagi.setiap bulan,belanja anak2 ditepikan dulu.Bayar hutang lain,bakinya barulah untuk kami suami isteri.Masa dah ada anak2,tiada istilah joli2,semua hanya untuk mereka.
Bila anak ketiga masuk darjah satu,ketiga2nya teman hantar di sekolah yang sama.Bayangkan?setiap bulan RM390.00 teman kena ketepikan untuk yuran,belum lagi duit van,belum lagi duit belanja.Tapi...syukur,belum pernah kami tak makan walaupun duit gaji tak le banyak mana.

Tahun berganti tahun,anak2 melangkah ke ala…

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TINGGAL 2014

Sahabat tanya..
Tak kemana ke?
Teman jawap..tak,tak tahu nak kemana..
Sahabat tanya lagi...
Mak aiii!kan banyak tempat boleh pergi?
Teman jawap..
Taklah!suami saya kerja esok..
Sahabat tanya lagi..
Esokkan cuti?
Teman jawap....kerja banyak,tak boleh cuti...Lagipun,kat Malaysia tahun baru tengok bunga api.bila bunga api ada,maknanya tahun baru lah tu!boring kot?
Sahabat gelak tanda setuju dan perbualan berakhir di situ.

Jujur le teman nak kata..tahun baru ke tahun lama ke...hidup tu sama je.Dalam usia macam ni,tiada lagi  semangat nak sambut tahun baru,apatah lagi dalam keadaan banjir melanda di kawasan2 malang.Kita tak dapat membantu,memahami mereka pun dah kira memadai.
Kadang2 bila makan,ingat mereka,hati tercuit juga..
Tapi..
Apa nak buat....tak tercapai kaki nak ke sana,hanya sumbangan dan doa mengiringi keperitan mereka.

Perasan tak?tahun 2014 banyak memori pahit untuk kita semua.
MH370 hilang..
Naik minyak,naik harga gula,naik itu dan naik ini.
MH17 kena tem…

HARGA MINYAK TURUN..

MENTERI ARAHKAN PENIAGA TURUN HARGA BARANG JUALAN.

Macam biasa...Menteri yang bertangggungjawap Ahmad Maslan,arahkan agar peniaga turunkan harga barangan atau jangan naikkan harga barangan. Teman borak dengan sahabat...Weh!menteri suruh turunkan harga barang! Nak tahu apa jawapnya.... KEPALA BAPAK DIALAH! Teman kata lagi...wehh!arahan wehh! Nak tahu apa jawapnya... KEPALA OTAK DIALAH! Fikirlah sendiri,baru seorang peniaga teman tanya...dah beri jawapan paling sopan.Bayangkan peniaga lain?rasa2 nak ikut ke? Muahahahaha! Tobat lahom le...
Menteri beri arahan begitu,bila harga minyak turun... Tapi....bukan sesuatu yang senang nak adjust harga dari mahal kepada murah. Masa naikkan harga minyak,sejam kemudian harga barang turut naik di pasaran.Berkumpullah rakyat membantah kenaikan harga barang,kerajaan buat apa?tak boleh buat apa2 kan?naikkan harga gula,walaupun 20sen,rakyat berdemo le bagai nak gila!kerajaan pun tak boleh buat apa2 kan? Sekarang ni nak suruh peniaga turunkan harga atau a…

DI TENGAH TENGAH BALA MENIMPA..

Image
MASIH ADA YANG SUKA BERPOYA POYA...

Kita semua sibuk baca pasal banjir,pasal QZ8501..
Tup,tup,tup...ternampak cerita sensasi ni..
SEORANG ISTERI DI CEKUP DENGAN LELAKI KULIT HITAM OLEH SUAMI TERCINTA.

Itulah padahnya CINTA.
Kerana CINTA orang sanggup buat apa je.
Ate....DOSA dan NODA.

Malangnya suami tercinta yang berusia 50thn,dapat tahu isteri ada skandal lain.Pasti punah hatinya kan?
Teman pernah jumpa lelaki macam tu...
Isterinya lari ikut kekasih lama ke Kuala Lumpur.
Seminggu dia bersama kekasih hati tu...
Lari jauh hingga ke Genting Highland.tempat sejuk tu...
Muahahaha...
Tak berani nak tuduh sebab dosa...
Tapi...ikut hukum akal...kalau dah rindu dendam,cinta terpendam.Apalagi yang di fikirkan.
Suaminya kata...saya tak sanggup nak fikir,saya tak sanggup nak sebut.Tapi itulah yang ada kat otak kepala saya.Semua kawan2 saya panggil saya dayus,tapi saya sayang anak2 dan dia sekali.
Akhirnya....dalam kepayahan,dia terima juga isteri curang tu dan mungkin sekarang bahagia kot?
Tema…

BEZA AIRASIA QZ 8501

Image
DAN MH370..



Kawan2 selalu pesan,jangan campuradukkan musibah dengan politik.
Teman kata...saya tak maksudkan macam tu,tapi tengok le sendiri,beza pencarian QZ8501 dengan MH 370.Jauh sangat bezanya.MH370 penuh dengan rahsia,tapi..QZ8501 nampak santai tanpa agenda tertentu.
Kita bukan budak2,kita dah dewasa...
Kita bukan bodoh,kita tahu kelibat ikan di air jantan atau betina.

MH370 terlalu banyak rahsia yang tersimpan.Jika tidak ada apa2 masalah dalaman,kehilangannya pasti seperti QZ8501.Kita yang mengikuti,hati pun jadi berang.Berpusing2 kenyataan di beri.Seolah2 MH370 tu naik jauh ke langit.Atau jatuh ke dasar laut tak timbul2.
Kadang2 terfikir di hati..
Apalah malangnya kita,kapalterbang sebesar itu boleh hilang,kapalterbang sebesar itu boleh di tembak jatuh macam tu je...
Apalah malangnya kita kan?di perbodoh2kan macam tu je...
Apalah malangnya kita kan?hanya tawakkallah tanpa usaha.
Sahabat kata..nak buat macam mana lagi?dah usahakan kan?
Teman hanya jawap....hanya ALLAH je yang ta…

BANDAR JOHOR BAHRU

Image
YANG BERKERLIPAN...

Semenjak Sultan Iskandar meninggal dunia,Johor di kuasai oleh Sultan baru...
Tengku Ibrahim atau lebih di kenali sebagai Tengku Yem je..
Tak mahu le cerita lanjut mengenainya,sebab rasa2 teman,ramai yang dah kenal..

Balik dari Singapore,abang ipar teman ajak jalan2 kat bandar Johor yang dah banyak berubah.
Betul!
Banyak sungguh perubahan drastik yang berlaku.
Dalam hati...
Wah!cantiknya...
Sistem jalanraya pun dah baik dari dulu.Naik sini keluar sana!Wah!teman tak boleh fikir lagi...peta dalam otak kepala dah 100%berubah.Peta lama dah tak boleh digunapakai,teman kena upgrade ke peta baru agar tak sesat di kemudian hari.
Wah!banyak sungguh perubahan yang berlaku,maklum le..pemerintahnya masih jiwa muda dan akal pun masih bergeliga.
Teman tak mahu le cerita pasal jual tanah beli tanah bagai!teman nak cerita keadaan bandar yang dulu kusam kini bercahaya.
Komtar dulu yang hidup segan mati tak mahu,dah bertukar rupa ke arah yang lebih ceria.
Bersambung pula ke pusat mem…

ISU BANJIR LAGI

Image
KALI INI......
LIST BARANGAN YANG AMAT2 DI PERLUKAN OLEH MANGSA.
Makanan kering atau yang dah siap di masak. Pakaian dalam dan luar termasuk kain telekung,sejadah. Air mineral. Peralatan mandi Diaper kanak2 dan dewasa serta tuala wanita Sementara ini,wang masih tak di perlukan kerana perkara asas pun mereka tak  punya. Kebanyakan yang masih di tempat permindahan,mangsa yang kehilangan rumah.
Kepada yang bermurah hati,sila ke Sek Maktab Sains Mara Batu Gajah,Perak. Kepada yang tak berkemampuan,tenaga anda amat2 di perlukan. Bantuan tak semestinya wang ringgit,tenaga juga di perlukan.
Jom kak!kita pergi. Teman angguk je,hati minat nak pergi,tapi....mampu ke teman buat?mampu ke teman lakukan semua tu.Bersihkan rumah,bersihkan tandas,bersihkan selut yang melekat kat lantai,bersihkan segala kekotoran yang ada...Mampu ke? Tu lah masalahnya.Tanya diri....mampu ke? ish,ish,ish.. tak tahu nak kata apa... Peluang untuk buat amal ada di depan mata,tapi.......masih tak tahu nak jawap apa.
Tengok …

AKHIRNYA QZ8501 YANG DI CARI2...

Image
TELAH DI JUMPAI..

Bila sebut kapalterbang hilang!hati dah tak sedap..
Kenapa mesti kita?
kenapa kita dan kita dan kita?

Macam2 kemungkinan di ketahui,dalam hati terfikir,kalau tidak kerana sesuatu sebab,tak mungkin dia tak muncul2 hingga kini.
Teman baca tiap2 hari!...mencari sesuatu yang tak pasti.
Walaupun hati memberi harapan sendiri,tapi amatlah pelik jika dia hilang begitu sahaja.
Pada teman,cukuplah!MH370 ghaib tanpa kesan.Cukuplah!MH17 di tembak jatuh secara terangan.Cukuplah!mohon ALLAH lindungi kami dari segala keburukan.

Hari demi hari...ia makin dekat di hati.
Kita menanti dengan sabar..
Teman tanya suami..dah jumpa kapalterbang tu?
Suami teman geleng je.
Siang tadi,tanya lagi...
Dia kata...dahlah!dah jumpa mayat manusia dan banyak lagi serpihan kapal.
Teman hanya mampu jawap..ya ke?dalam hati....tak tahu nak kata apa,hanya ALLAH je yang maha mengetahui.


Pencariannya berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan kita.Namun tetap nampak mayat dan bangkai pesawat.Dalam hati,a…

BANTUAN BANJIR

Image
YANG KITA TAK PASTI KEBERKESANANNYA.

Sana sini orang hantar bantuan.Sana sini orang susun beras bagai.
Derma kilat merata!
Penuh tong derma yang selalunya kosong dan ringan.
Sana sini orang buat T shirt dan minta kita sumbang sehelai dua.
Pada teman,ramai orang menakuk di air yang keruh.
Pada teman,hari biasa pun orang dah melambak menipu!apatah lagi di saat cemas begini.

Kerajaan dah peruntukan RM500JUTA!(lebih setengah je dari pinjaman lembu untuk Menteri)
Jika di agihkan dengan baik,pasti semua puas hati.Pasti mangsa dapat meneruskan kehidupan sementara yang lebih baik.Pada teman....binakan rumah mereka semula,tak perlu beso panjang!cukuplah yang sederhana agar mereka tak merempat kelak.Tapi ingat!jangan lah ada yang cari untung.Satu rumah sekian,aku letak harga sekian......kaya,kaya,kaya...
Jangan lah!beri ikhlas dan nawaitu hanyalah kerana ALLAH s.w.t.Kita gembirakan mereka,ALLAH akan gembirakan kita,kita mudahkan urusan mereka,ALLAH akan mudahkan urusan kita pula.
Ini tidak!tahu…

DARURAT

Image
PM KATA TAK BOLEH ISYTIHAR DARURAT SEBAB TAKUT TAK DAPAT 'CLAIM'

Ooooooo...gitu ke?Banjir dah sampai ke bumbung masih tak boleh isytihar DARURAT? PM kata..kalau isytihar DARURAT,nanti susah nak claim!kesian rakyat jelata. Masa teman dengar ucapan dia kat TV,dalam hati....ooooo gitu ke?almaklum,teman bukannya arif sangat bab insurance bagai ni.Yang teman tahu,bila teman claim,dapat duit!tu je...
Pada teman,sepatutnya PM jangan fikir sampai ke situ.Urus dulu banjir beso tu!selamatkan nyawa itu lebih penting dari fikir perkara2 lain. Kerahkan bantuan segera,kerahkan semua jentera yang ada untuk bantu selamatkan rakyat.Harta boleh di cari tapi nyawa tiada galang gantinya. Rumah hanyut boleh di bina semula,kereta hanyut juga masih mampu di ganti. NYAWA HILANG? Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.
Rakyat hanya mahu bantuan disaat2 getir,tapi malangnya.....setelah puas bermain diplomasi golf bersama Tuan Presiden Amerika,PM balik bawa cerita lain. Rakyat tercunggap2 melawan arus.…

Video Kesan Banjir Kg Kerinting, Gua Musang, Kelantan, Disember 2014

Image
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...
Tiada apa lagi yang tinggal..
Tak tergambar masa kejadian,walaupun kelihatan tenang,tapi pasti dasarnya kuat sehingga semua menjadi lintang pukang.
Muhasabah diri lah kita semua...
Tiada yang mustahil dalam hidup ini.Hari ini kita gembira mungkin esok atau lusa tiada lagi senyuman terukir di bibir.yang ada....
Hanyalah ALLAHUAKHBAR!SUBHANALLAH!..bakal di sebut berulang kali.
Itulah kita...suka kita lupa,bila sedih baru kita akan ingat 'dia' ALLAH pencipta alam.



Teman tak tahu nak kata apa...
Kelu nak menghurai bala yang ALLAH beri kat kita.
Hanya mampu mengharap agar mereka sabar dan dapat meneruskan hidup seperti biasa.

KAPALTERBANG HILANG LAGI?

KALI INI BUKAN MAS TAPI AIRASIA..

Di saat negara kita sedang menhadapi banjir beso,kita di kejutkan pula dengan kehilangan kapalterbang milik AIRASIA dari radar,bertolak dari Surabaya pukul 5.30pagi dan sampai di Singapore pukul 8.30pagi,malangnya kapalterbang itu tak muncul2 hingga kini.
Seramai 155 orang di bawa pergi tanpa pesan sebaris kata.

Kecut perut bila kita fikir kemungkinan mendatang.Masa teman terbang tempohari,teman juga terfikir akan kehilangan kapalterbang atau penembak tepat di mana mana.
Sebelum pergi,teman mohon ALLAH lindungi teman dan semua rakan taulan.
Sebelum masuk ke dalam perut kapalterbang teman mohon lagi keselamatan dari ALLAH.Sebaik kapal nak terbang ke udara,teman doa lagi dan lagi dan lagi....
Bila dah tinggi pun ALLAH tetap ada dalam hati kecuali bila teman terlelap sebentar.
Masa kapal nak turun,hanya ALLAH dalam hati.Anak2 juga turut sama berdoa agar perjalanan kami selamat pergi dan kembali.

Syukur....semuanya masih dalam kasih sayang ALLAH.Kami sela…

SEHARIAN DI SINGAPORE

BARU TERASA BETAPA KECILNYA DUIT KITA.

Masa teman balik JB,kami terancang untuk ke Singapore.
Pergi hanya untuk jalan jalan cari makan.
Pagi2 kami dah keluar rumah,menuju ke Singapore.
Mengunakan GPS,perjalanan jadi lancar.

Tempat idaman..Gelang Serai.Beberapa kali teman dah singgah ke mari.Jadi,tempat ni tak asing dengan teman.
Selalu makan kat Restoran Hamidah yang menyediakan lauk beranika rasa.Semua menunya menyelerakan.tak rugi kita singgah sebab kita akan makan dengan lahapnya.Hehehe
Kali ini kami pilih gerai2 kecil di pasar.
Berbagai menu tersedia.Paling sedap....sambal goreng,hati lembu rendang dan lain lain lagi.
Harga?
Muahahaha!
Mestilah boleh tahan.Teman pilih ikan cencaru sumbat,hati lembu rendang,sambal goreng,begedil....hanya $9.50 sahaja.Bila tukar wang kita!Muahahaha!hampir RM25.00 sehhh!
Rasa?
Sedap.....orang Singapore pun pandai masak juga.Selera pun hampir sama dengan kita.
Untuk pengetahuan semua...
Masyarakat Melayu Singapore sama je dengan kita,kalau beza pun da…

CUTI ORANG ADO ADO

Image
KADANG2 MELEBIH LEBIH PULAK!

Di saat negara di landa musibah,para pemimpin kita berada nun jauh di sana.
Patut lah...tak nampak kelibat Ahmad Maslan,Hisamuddin,PM dan lain  lain lagi.
Rupa2nya mereka menghabiskan cuti di luar negara.
Yalah kan....cuti orang ado ado....main salji,cuti orang macam teman....
Gi rumah sedara mara je.
Nak tido hotel,mahal!
Tak mampu  wehhh!

Di saat negara di landa banjir beso,PM kesayangan kita.gi main golf!main bukan dengan calang2 orang sehh!Obama.Setahu teman,bukan senang nak main golf dengan Obama kalau tak betul2 di sayangi.
Muahahahaha!
Hebatkan?PM Najib tak sehebat Mantan PM Tun Mahathir atau Ahmad Badawi.Dia lebih hebat dari mereka.Kehebatannya amat terserlah!PM dengan Obama boleh tepuk2 bahu tau!
Alasan?

Di saat rakyat mati lemas,mati kebulur....para pemimpin kita bersuka ria di luar sana.Bersuka ria dengan keluarga tercinta.
Apa nak buat,kita orang biasa biasa je...
Nasib orang biasa biasa...memang macam tu!selalu jadi mangsa keadaan.

Di saat rak…

ARIANI OH ARIANI

JENAMA UNGGUL MEYESAK HATI..

Masuk je....
Kelihatan beberapa jujujual setia menanti.
Berpakaian seragam kaler pink tersenyum riang sebaik kita datang.
Sentuh deretan tudung...
Wah!cantik2 rupa dan warnanya.
Bila selak harga!Subhanallah!mahalnya......
Bila selak lagi yang berlabuci....Subhanallah!lagi lah mahal!
Sentuh lagi deretan selendang design terkini...
Muahahahaha!
kepada yang baru dapat BRIM,untuk pengetahuan...anda hanya mampu beli sehelai dua je tudung yang berbatu batan,yang berkilat milat!
Kalau beli yang biasa2 je....sekarang ARIANI offer sehelai hanya RM50.00 sahaja.
Kalau beli yang lagi biasa....sekarang ARIANI offer 3 helai RM100.00 sahaja.Tapi ingat...sesuai buat gi paso je.

Kadang2 terfikir juga di hati...
Sebenarnya,berapalah agaknya kos sehelai tudung?
Dengan kain lebih kurang semeter,mengapa perlu di jual beratus2 ringgit?
Sebab tu,banyak tudung ciplak dari jenama terkenal.
Orang kita tak mampu nak beli sehelai tudung dengan harga beratus ringgit!kalau ada pun....b…

BANJIR DATANG LAGI..

KALI INI LEBIH TERUK DARI DULU..

Bila baca bila tonton kat TV,terluah juga....kesian.
Sahabat kata kenapa u kata kesian?
Teman jawap...dah gitu ghupenya!kesian lah kan?
Sahabat kata lagi...tak boleh kata gitu,ini semua dugaan dari ALLAH.
Teman jawap...betul,dugaan dari ALLAH tapi kita kena berusahakan untuk mengurangkannya.Banjir besar datang setiap tahun.Kita bukan tak pernah alami,Tahun lepas,kat Pahang kan teruk banjirnya.Dugaan ALLAH itu saya faham.Kadang2 ALLAH beri dugaan untuk kita sepakat mencari penyelesaiannya.Sama2 mencari punca kenapa air boleh melimpah ruah.Mungkin sebab sistem peparitan kita kurang baik.Banyak tempat tersumbat.Longkang kecil sangat,tak mampu nak tampung air yang mengalir,jikalau alirannya sempurna mungkin air akan mengalir kelaut semula.Mungkin terlalu banyak pembangunan sehingga tiada ruang terbuka lagi untuk air menyerap ke bumi.Seribu kemungkinan yang menjadi punca.Dan yang nyata...setiap bala itu maknanya ALLAH sedang murka.Titik!

Dah masuk tang agam…

HAMLEYS YANG MALANG..

Image
TAK MENGHORMATI TUAN RUMAH.

Teman pernah pergi sekali je,masa tu anak teman kata ada kedai jualan mainan kanak2 yang baru.Teman pergi dan tinjau mana yang patut.Rasa2nya,teman tak membeli kot?sebab sama je dengan kedai permainan yang lain.


Tetiba,semalam,keluar cerita terkini dari Rosyam Nor,dia ajak kita BOIKOT HAMLEYS serta merta!
Sahabat tanya..kenapa weh?
Teman kata...anak Rosyam baru lepas SPM,cuba nak cari kerja di HAMLEYS,tapi pihak pengurusan kata,boleh kerja dengan syarat bukan tudung kat kepala tu!
Muahahaha!
Mungkin pihak pengurusan tak kenal anak Rosyam,yalah kan...orang popular pengikutnya ramai!kejap je dah tersebar seantero dunia.Kalau kita,setakat Kak Jemah,Kak Leha je yang tahu..
Almaklum le...orang2 biasa.

Jujur le teman nak kata,memang melampau!ugama itu isu sensitif,jangan lah pertikaikannya.Apa masalahnya,tudung tu?tak menganggukan?apa yang bisa sangat biji mata orang Cina,orang India,orang Putih?Orang hitam bagai!apalah busuk hati sangatkan?
Kadang2,orang asing t…

CELOTEH ANAK2

Image
TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA!

Masa teman gi Vietnam,sebenarnya ada cerita yang teman simpan dari kawan2 teman.Takut diaorang bising kat teman.
Teman pesan dengan Alif dan Aaliya,jangan beritahu orang tau!jangan beritahu ayah tau!nanti ayah pun akan marah kat ibu.
Dua2 anak2 teman angguk tanda setuju.

Balik ke Malaysia,sepanjang hari teman terperangkap dalam janji.Hari2...ugutan di terima dari Alif.Salah sikit...ibu!cakap eh,cakap eh...
Puas teman jeling,tapi di sambut dengan gelak je...
Takuttttt!Yah...ibu takut!...
Dua2 gelak lagi.Dalam hati,tak boleh jadi ni..pasti dia beritahu apa yang terjadi.

Teman pun dah bersemuka dengan suami.Cerita dari A sampai Z.Selesai...
lebih mudah kautim dengan suami daripada anak2 kecik teman tu.

Semalam,sedang makan ramai2,dia boleh ugut teman depan ayah dan kakak2nya.
Ibu!beritahu eh?
Puas teman jeling tanda marah!dia buat tak tahu je..
Di pujuk oleh kakak,akhirnya cerita tak lagi jadi rahsia,Habis terbongkar semuanya.
Dari A sampai Z,semua tak menjadi rah…

AVANI GOLD COST SEPANG.MALAYSIA

Image
PERCUTIAN KAMI UNTUK 2014.

Sejak anak2 dah ke universiti,teman tak macam dulu...kalau dulu,teman nak pergi bercuti ikut hati.Terdetik je nak cuti,terus cuti!
Sekarang tak boleh macam tu,teman kena tanya anak sulong dan anak kedua jika hendak bercuti.
Aina kata...dia mula exam 26hb ni.Mira kata..dia pun sama,minggu depan exam juga.
Bincang dengan suami,keputusannya kita ambil jalan tengah,utara tidak,selatan pun tidak!kita cuti tengah2 Malaysia.

Dah lama juga teman nak kemari,hanya lihat di internet mengenainya.Minat sebab dia unik,cantik dan romantik.Muahahaha!romantik le sangat..
Masa kami tiba,wah!cantiknya.Syukur pada ALLAH beri kami rezeki untuk ke sana.dari rumah adik teman,hanya memakan masa sejam setengah je.
Reka bentuk mengikut bentuk pokok Palma,teman di tempatkan di Villa dahan ke 3.Dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa,kami menikmati cuti sebelum memulakan semula kehidupan biasa.

Sahabat tanya..tak ingat Lucky dan Tom?
Teman jawap....ingat!mana boleh lupa....dua ekor kuci…

MAS AIRLINES

Image
DIA TERBANG DI AWAN BIRU


Untuk ke Vietnam,kami naik MAS AIRLINES.
Anak kecil teman tanya..tak takut hilang ke?
Teman jawap...ALLAH ada,ALLAH akan jaga kita dan pulang dengan selamat.
Anak teman kata lagi...ibu kena hafal surah AlFatihah dengan maknanya sekali baru ALLAH jaga kita.
Teman jawap...OK!

Sampai anak teman pun tahu pasal MH 370 dan MH17.
Satu hilang tanpa kesan,satu lagi di tembak jatuh berkecai di bumi.
Anak teman tanya...macam mana MH370 hilang?
Teman angkat bahu tanda tak tahu.Teman kata...itu semua kerja orang yang gila kuasa!Tak logik hilang macam tu je,kapalterbang tu bukan kecik kot?beso!kalau jatuh sekali pun,tak kan le tak de satu tanda pun..paling2 bodoh,bot penyelamat yang dah di cipta sensitif dengan air?atau....bagasi yang banyak tu atau buah manggis yang di perkatakan.
Semua tu tak ada...
Semua tu hilang tanpa pesan.
Anak teman tanya lagi...MH17?pun hilangkan ibu?
Teman jawap....MH17 bukan hilang tapi di tembak jatuh!
Anak teman tercopong mendengar.
Teman kata.…

ROMBONGAN CHE KIAH (AKHIR....)

17HB DISEMBER 2014

Hari terakhir,tiada yang banyak di ceritakan.Semalam,teman sedih,hari ini....
Teman gembira sebab teman nak balik!
Teman dah tak kira....
Vietnam bukan tempat idaman teman...
Biarlah,penduduknya berjuta!biarlah mereka dengan motosikal,dengan corak kehidupan lama mereka.Teman tak peduli!yang teman tahu!teman nak balik!TITIK.

Ada berbagai kenangan manis dan pahit teman temui.
Manis?
Pastinya bersama anak2 dan kawan2 meneroka bumi Vietnam.
Pahit?
Bila kena tipu terang2!Dan teman tak boleh buat apa2.Nak menganas takut sebab tempat orang,apa yang boleh dibuat,maki dalam hati.
Terlalu banyak sifat belas kasihan,bakal menjerat leher kita sendiri.
Bila keluar dari sarang kita.Sila buangkan semua sifat prasangka baik pada orang,sebab orang tak begitu terhadap kita.
Selagi mereka boleh sembelih!mereka akan terus sembelih hingga kita tinggal seluar dalam dan coli je.

Mujur teman tak ikut hati,kalau tak..suami teman mesti garu kepala yang tak berapa nak gatal tu!
Masih ada berb…

ROMBONGAN CHE KIAH

16HB DISEMBER 2014

Masuk hari ke 3, teman makin mengenali mereka,kita bagi duit,mereka sayang kita.Kita tak bagi duit...mereka bolayan kat kita.
Sehari suntuk! teman di pasar Ben Thanh,di sana sebut sahaja apa yang kita kehendaki pasti ada...
Bau asap,bau manusia silih berganti.Semua bersatu menjadi satu.Tapi pasar ni lebih baik dari China Town,tenang sedikit dan tak menyesakkan jiwa.
Kedudukannya yang di tengah2,buat kita mudah faham untuk keluar atau masuk dan mustahil untuk sesat.
3 jam di sana,masa tak terasa.Teman balik bila anak dara teman muncung sedepa,anak bujang dah tak dok diam.Jujur teman nak kata..di sini bukan dunia meraka,salah percaturan jika kita rasa mereka suka.Hati mereka merana mengikut kita,dah jalan penyelesaian,teman terpaksa mengundur diri.Balik dan rehat seketika.
Teman pesan dengan mereka,lepas ni jangan nak buat hal lagi.Masih banyak yang belum di beli,untuk atok,untuk mokde,untuk maklang...semua kena di beli,yang tak dapat jangan lah berkecil hati,kemampua…

CATATAN ROMBONGAN CHE KIAH

15HB DISEMBER 2014

Hari ke dua di Vietnam,buat teman mengenali kehidupan mereka.Sebenarnya mereka jauh ketinggalan,tapi jati diri mereka tinggi.Mereka meneruskan apa yang di tinggalkan oleh nenek moyang mereka,menjaga adat yang ada,mengekalkan hak milik tanah keturunan hingga sekarang.Sehingga ditanah keluarga,ada kubur2 lama yang sengaja di tanam di situ untuk mengelak dari di jual atau menjadi punca pergaduhan sesama mereka.
Tidak macam kita,mak ayah belum di kebunkan tapi geran kebun dah di selongkar dalam laci.

Kami sarapan di hotel,ada tertera  halal foods,memandangkan ramai orang melayu dan tak nampak bayang kepala tut!teman yakin Halal.
Mereka begitu menghargai peluang yang ada,menjaga pelancong satu kemestian apatah lagi dari Malaysia.Sebut Malaysia je pun buat mereka kagum,mungkin dalam hati mereka...orang Malaysia itu kaya raya!hehehe

Agenda pertama,Sungai Mekong.Untuk sampai ke sana,kami kena naik bus selama satu jam setengah.Sebelum sampai teman terbayang bus buruk,comot d…