USTAZ KAZIM ALIAS AL HAFIZ

WARKAH KHAS UNTUK USTAZ..



Dulu2,masa baru di perkenalkan oleh sahabat
Ustaz masih liberal,tak menyokong mana2 pun!
Ada kawan kata...ustaz ni orang UMNO lah!
Tapi..saya tetap tak kisah,asalkan masih tak terang terang ustaz menyentuh bab politik.

Dulu2,masa mula2 kenal beliau
Suka yang amat sangat!
Dalam kereta,tengah masak!CD ustaz sentiasa berkemundang
beli radio kecil pun sebab nak dengar ceramah ustaz
Bukan taksub tapi..sekadar mencari ilmu
Ada yang baik kita guna pakai,yang kurang baik,kita abaikan sahaja.

Peminat ustaz terdiri daripada kaum wanita
dan saya antaranya
Ramai yang suka gaya ustaz memberi ceramah
Ada yang memuji dan memuja...
Ada banyak tauladan yang ustaz selitkan di samping lagu2 penuh kenangan

Pada saya, ustaz banyak beri ilmu dan menafaat pada saya
Ustaz lebih cenderung membela kaum wanita
Dan saya sangat menyukainya.
Kemana saya pergi,sebut sahaja nama ustaz,saya akan segera membayangkan wajah seorang ustaz yang sangat budiman dan menarik hati.
Kawan saya di Singapore pun tahu pasal ustaz
Jauh kan peminat ustaz?
Hebatkan ustaz?

Bila berceramah,ustaz selalu kata...
Ustaz tak menyebelahi mana2 pihak!dan bersikap berkecuali
Ustaz selalu kata...kalau boleh ustaz nak ahli parti politik bergabung tanpa mengira parti apa yang mereka sokong demi agama
tanpa mengira warna bendera
mendalam maksud ustaz
tinggi cita2 ustaz tapi...
Itu dulu......

Awal tahun 2013,sebelum PRU 13..
ustaz dah mula tunjuk taring!dan mula tunjuk belang
Dah mula menyebut2 beza songkok putih songkok hitam!
Dan mula mengutuk secara halus parti sebelah sana yang kaler hijau tu..
Sejak itu...saya dah mula perasan!ustaz dah beralih arah...atau selama ini,ustaz menutup fahaman ustaz agar kami tak sedar
Tanpa segan,ustaz dah mula berani mempertahankan pendirian ustaz mengenai parti politik ustaz
Kami bukan dangkal sangat ustaz.....
Kami kaum wanita yang cerdik pandai!
Kami tahu membezakan siapa yang benar siapa yang salah!
Ustaz terleka dek pujian...
Ustaz tak boleh di tegur,bila sedikit orang menegur,ustaz melenting!marah!
Subhanallah....
Ustaz selalu kata...ustaz di aniaya,sehingga ustaz dah putus harap!tak mahu berceramah lagi...
sepatutnya oktober 2013,tahun akhir....ustaz berceramah,ustaz nak tumpu pada sekolah,ustaz nak tumpu pada rancangan kendalian ustaz
Tapi...dengar2 ustaz tak jadi bersara,ustaz nak teruskan perjuangan ustaz..
Tahniah Ustaz,kami menyukainya..

Kalau dulu....kesana kemari,CD ustazlah teman sejati
Tapi..kini,masih ada CD ustaz masih berbungkus plastik.
Masih tak berbuka....
Bila ceramah ustaz berbaur politik!
Mula2 sabar,dalam hati...dalam sejam ustaz beri ceramah,mungkin hanya 5 minit terakhir ustaz menyentuh bab politik,selebihnya ilmu...
Tapi....bila kita mula tak minat,semua tu tak boleh memujuk hati..
Kalau boleh ustaz jangan cerita bab politik langsung!kami tak suka!kami dahagakan ilmu bukan isu2 basi politik Malaysia yang dah kelam kelibut tu!
ustaz kena sedar....
Ustaz di minati bukan sebab poltik,tapi...ilmu yang ustaz sampaikan untuk kami...

Ustaz juga akan datang ke masjid kami sebulan sekali..
sejak2 akhir2 ini,ustaz dah tak jujur....
Pernah sekali,ustaz sepatutnya hadir di masjid kami,tapi dalam waktu yang sama ustaz ada kelas di selatan tanah air.
kelam kabut AJK cari ganti untuk mengisi kekosongan ustaz
Jenuh le AJK mencari ustaz yang sudi menganti sebagai bidan terjun!
Ustaz dah menunjukkan sedikit belang ustaz..

Pernah sekali lagi..ustaz tak hadir hanya dengan alasan berkecil hati kepada individu yang tak suka ustaz.
Boleh gitu ustaz?
ustaz terlalu emosi,ustaz tak matang...
ustaz suka membalas setiap perbuatan yang buat ustaz terluka..
tapi...ustaz lupa,di mana mulanya ustaz bertapak!
Ustaz lupa...sebelum ustaz di sanjung tinggi..
Ustaz lupa sebelum ustaz ada tempat di radio dan TV
Dimanakah ustaz?
Manjoi dan sewaktu dengannya...


TUP TUP TUP!
Tau tau...ustaz bakal di lantik sebagai MT tambahan.
wah!satu Malaysia riuh memperkatakannya..
Abang ustaz sendiri tak menyukainya,kalau boleh abang ustaz mahu ustaz teruskan tugas sebagai pendakwah bebas!sebagai pengetua di sekolah ustaz
tapi....entah apa yang merasuk ustaz,semuanya jadi kelam kabut!
ustaz kata...
ustaz nak baiki labu yang dah rosak
ustaz nak berdakwah dari dalam...
apatah lagi ada hura2 pihak kerajaan mahu ustaz jaga JAKIM..
tahniah ustaz,tinggi sudah kerusi yang ustaz duduk kini...
tahniah!
tapi..ustaz kena berhati2,dalam kumpulan ada 10 ekor serigala,hanya ustaz sahaja kambing yang ada,mampukah ustaz menawan 10 ekor serigala itu dengan mudah?
Tak semudah itu ustaz,tak semudah itu...
Ustaz kena tempuh banyak liku untuk sampai ke hujung jalan
silap haribulan,ustaz akan di baham dengan rakus!
Di umpan kemewahan hingga ustaz terleka..

Tapi..apa pun yang berlaku,ustaz kena pertahankan apa yang ustaz selalu kata..
Kita kena ada jati diri ustaz..
Kita kena pertahankan prinsip kita ustaz...
Walaupun pisau di letak di leher ustaz,jika hukum sesuatu tu HARAM!maka jawapnya tetap HARAM ustaz!jangan sesekali ustaz ubah dengan memberi jawapan mengikut keadaan.Jangan terlalu jaga hati orang ustaz,jangan terlalu memikirkan diri sendiri,kelak binasa!
Ustaz Al HAFIZ,penuh ilmu di dada...
Ustaz ajar kami banyak kebaikan,dan kami harap...ustaz masih seperti dulu..
memberi hukum mengikut kitab bukan akal sendiri.

Harap ustaz tak berubah seperti ustaz yang ada2 tu...
Ada ustaz pernah kata...
sesiapa yang menjadi penasihat,tapi tak ke arah kebaikan..
kelak di masukan dalam neraka bersama penasihat firaun!
Ada ustaz kata...
pemimpin yang kejam akan di bakar bersama firaun
Saya pasti ustaz tahu semua tu...

Ingat tu ustaz,kami menghormati ustaz kerana ketegasan
dan berharap ustaz terus berjuang untuk islam tanpa memikir diri sendiri.
Sekolah ustaz akan di bantu oleh ALLAH,semuanya datang dari ALLAH..
ustaz jangan risau mengenainya...
Ustaz kena doa agar sumbangan tak putus!
Ustaz kena doa agar semua urusan ustaz demi islam akan di permudahkan olehnya
Ustaz kena yakin!
Kun fa ya kun!semua bakal terjadi!

Tapi....
Jika ustaz dah mengambil keputusan,ustaz kena terima semua ini dengan hati yang terbuka.
tak perlu rasa sedih,macam gini...
Maki hamun dalam politik Malaysia dan macam alah bisa tegal biasa..
dah tak pelik!
semua orang faham mengenainya...
Sebagai penjuang!ustaz kena cerdik dah tak mudah melatah!
Ingat tu ustaz,jangan ubah prinsip diri hanya gara2 mengejar imbuhan...

Akhir sekali...
selamat bertugas ustaz...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK