BERITA TERKINI!

USTAZ KAZIM MENOLAK TAWARAN SEBAGAI MT UMNO

Tahniah ustaz...
Terima kasih kerana ustaz masih waras..
Kami pelajar2 ustaz bukan tak bangga ustaz berada di tahaf itu
Kami bangga...
Seorang ustaz di perlukan di dalam kerajaan bagi melakukan tugas2 berkaitan islam
Tapi...ustaz..
'Mereka' bukan lagi anak2 ustaz untuk ustaz ajar
silap haribulan semua cadangan ustaz yang bernas di ganti dengan plan2 kosong mereka.
Jika mereka tahu apa yang mereka mahukan...sudah pasti para ugamawan yang pernah ada dalam kumpulan itu telah berjaya menaikan islam ke mata dunia!
tapi...
Apa yang berlaku?
Semua hancai buncai ustaz!

Peruntukan sekolah agama pun payah mereka nak beri ustaz..
Mereka membiarkan sekolah2 agama rakyat hidup segan mati tak mahu...
Cer lihat kat sekolah agama rakyat tu!
Anak murid berpuluh orang!
guru hanya seorang untuk memberi ilmu kepada anak bangsa generasi baru
Saya sendiri pun tak hantar ke sekolah2 serba daif tu ustaz,saya keluar modal untuk memberi anak2 ilmu agama sebaik mungkin.
Hidup di dunia ni,tak lama ustaz..
Jika kita tak beri anak2 asas agama yang sempurna,islam akan pupus!walaupun tiada mustahil bagi ALLAH.

Apa pun agenda yang mereka mahu ustaz lakukan...
Apa pun ketegori yang mereka nak ustaz buat,
saya takut ustaz akan jadi macam ustaz dan ustazah yang ada tu...
kelam kabut jadinya..
Sekadar menjadi juru cakap,mengeluarkan fatwa tapi..tak di guna pakai...
tiada gunanya ustaz..
Ustaz akan menyesal kerana ustaz tak dapat melahirkan apa yang ustaz sendiri mahukan...
Minda ustaz akan di kongkong!
Pendapat ustaz akan terbatas dek hukum akal bukan kitab

Dari dulu...
yang saya tahu...
salam lelaki dan perempuan,hukumnya HARAM!
Tup!tup!tup...boleh pula demi menjaga air muka individu itu
Lagi dulu...
yang saya tahu..
Melacur atau menjual diri untuk sesuap nasi itu HARAM!
Tup!tup!tup..boleh pula jika dalam keadaan darurat!
Subhanllah...

Hukum Hudud pun di pertikaikan...
sekali mencuri potong kanan,esok mencuri lagi...potong kiri!
mencuri lagi...NAK POTONG APA?
Sepatutnya.....beri pencuri itu peluang pekerjaan,bagi pencuri itu kemaafan...
Boleh gitu Ustaz?
Saya belajar agama2 stail lama ustaz,kalau dah haram,maka haramlah jawapnya
Dulu2...ustaz2 ajar saya jangan sentuh anjing,babi sebab hukumnya haram!
Maka sehingga umur saya 45thn,itu yang terlekat kat akal...HARAM!tak perlu pertikaikan lagi..
NOKTAH!

Ustaz pun sendiri sering berkata...
setiap hukum yang ustaz cakap atau ajar..itu ustaz ikut kitab,bukan ustaz reka2 sendiri.
Jika esok lusa,ustaz bagitahu sebaliknya,pasti kami kecewa Ustaz..
Ilmu yang ustaz ada,tak boleh di guna pakai demi menjaga kedudukan ustaz atau ustaz dah di belenggu dek kemewahan dunia.

Dulu2,saya juga minat dengan seorang ustazah ni,cantik orangnya,manis wajahnya...
saya selalu tatap wajah mulusnya..
Sehinggalah bila dia terjebak dalam politik!
Semua imejnya bertukar!
kening di ukir,muka bersolek tebal!baju pun dah tak ikut warna tuntutan agama...
Pink!merah! pendek kata....lagi jauh dah nampak empunya diri yang cantik bergaya...
Dulu2...muka pucat manai,warna baju pun senderhana,tudung pun ikut tuntutan agama...
sekarang?
Dah macam artis ustaz....
Dah macam nak kahwin pun ada..
Dah macam wayang Pek Gi pun ada...
Kesihan ustaz...kesihan kerana seorang ilmuan tergelincir dari landasan gara2 duniawi

Ustaz,bila ustaz menolak tawaran itu,usahlah kaitkan dengan orang lain...
Ustaz kena jadi diri sendiri
Ustaz tak boleh tunding jari ke muka orang lain...
Dalam kuliah,ustaz juga sering beri contoh2 individu kopiah putih!
Masa tu...saya hanya ingat ustaz beri contoh je...
Hakikatnya,ustaz memang mengutuk sungguh2!
Bila ustaz kena kutuk,tau pula ustaz marah,sedih,malu...
Individu yang lain tu?tak malu kah?
Lagi malu ustaz.....

Ustaz juga sering kata....ALLAH bayar Cash setiap keburukan yang kita buat kat dunia...
mengapa hari ini,bila orang ramai mengutuk ustaz,tak pula ustaz muasabah diri?
sepatutnya...Ustaz anggaplah setiap kejadian ada hikmahnya
Redha sahajalah...
Seperti yang sering ustaz laungkan di setiap kuliah kita?

Apa pun alasan,penolakkan ustaz ini amat kami banggakan
Bersikap berkecuali itu lebih mudah kan kerja ustaz.Ustaz tak perlu bimbang apa2..
Semua itu kerja tuhan..
Nawaitu ustaz baik,maka akan baik lah semuanya....
sekian..


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK