BANJIR

HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU...

Untungnya kita,jarang kena banjir besar!
kalau ada pun setakat longkang penuh dek sampah sarap
Kalau ada pun setakat air naik kat kawasan rendah je
Tapi..masih jauh dari tempat kita..
tadah tangan...syukur..

Berita terkini,banjir besar di Pahang dan Johor..
Punah semuanya!
hancur hati penduduk beserta air mata sederas hujan yang turun..

Tak pernah merasa di tempat sendiri,tapi pernah terkandas di Kelantan sekitar tahun 90-an
Semasa sampai di Kelantan,hujan memang mencurah curah!
Nak pergi Pasar Khadijah pun susah!
Sejuk dan basah kuyup dengan barangan yang di borong
2 hari 2 malam hujan tak berhenti henti...
Hari ke 3 kami berangkat pulang,percutian kali ini kurang menyeronokkan..
Anak2 dan suami hanya tinggal santai di hotel
hanya aku sahaja yang lincah ke sana ke mari dengan beca!

Kami menyusuri jalan ke arah Gua Musang..
Di pertengahan jalan,semua kereta pusing semula
Ada tanah runtuh!
jalan di tutup!
Alamak!mana nak pergi?tak tahu nak tuju mana..
Orang pusing,kita pun pusing dan mulalah pengembaraan mencari jalan pulang.
Ruginya,masa tu belum ada GPS..
Yang ada hanyalah sighboard di kiri kanan jalan
Cari jalan tapi tak tahu kemana...
Masuk kampung,sampai ke pantai..pusing balik!
Dapat melihat gelagat penduduk tempatan,mereka dah biasa,mereka masih mampu berenang girang gembira!
Kita dah kecut perut!tak tahu hala tuju...



Saat paling tak boleh di lupa...
bila kami terpaksa melalui jembatan kayu yang usang..
air dah naik hampir dengan jembatan..
Ngilu perut,sejuk tangan...
Yang mampu kami lakukan...doa semuga ALLAH lindungi kami..
Perlahan2 kami merentasi jembatan itu...
Syukur...kami selamat jika tidak...kami mungkin akan hanyut di bawa arus deras


Meredah jalan yang hanya bersempadankan tiang lampu TNB juga cabaran paling tragis!
Setelah puas berpusing,kami berjaya keluar dari tempat bencana dan terus memecut turun ke Trengganu.


Sekali lagi...kami di uji..
Air  naik di Chalok separas kepala orang dewasa!
kami tak boleh redah!lori pun tak boleh redah kerana air terlalu tinggi..
Dan akhirnya..
Kami terpaksa bermalam di masjid Bandar Permaisuri,Trengganu
Pertama kali dalam hidup,kami di lebelkan sebagai mangsa banjir
Kami beramai2,duduk merenung nasib di stor masjid bersama periuk belangga...
hehehe....
Rasa sangat sedih!tak buat kajian langsung!sepatutnya pergi le kawasan tak banjir!
Malam tu..kami tak tidur,mata tak boleh tutup!kalau baring pun tangan kat dahi,pandang syiling kosong!
aduhai.....dugaaan ALLAH beri sebagai tauladan..
Bercampur gaul dengan mangsa banjir,
Mereka lagi kesian,sehelai sepinggang datang dan tinggalkan semuanya!

Kami tetap keluar mencari makan,kami masih mampu membeli makanan...
Kami tak terasa teruk sangat seperti mereka..
Mereka dah tak punya apa2.yang ada hanyalah badan dan hati sahaja.

Melihat suasana sebegitu...
Bersyukurlah,kita tak di landa banjir saban tahun..
kalau setakat hujan,kita masih selesa di tilam empuk berselimut tebal..tapi...mangsa banjir,hanya beralas lengan tanpa selimut.
Bab makan,bab mandi..semua serba kekurangan..
Bersyukur lah....
wakil2 rakyat hanya mampu beri makanan serba sederhana,biskut kering,kopi,beras dan makanan asas yang lain..
Mereka masak secara bergotong royong dan makan sama2..

Anak2 berlari tanpa kawalan,biasalah...kanak2 mana tau masalah kita orang tua!
Yang mereka tahu,makan,tidur aje..
Selebihnya.....bermain tanpa letih!

Esok pagi2 sebelum subuh...
Jalan dah boleh redah kalau berani....kedengaran suara teriak seorang lelaki..
Kancil pun boleh jalan,maknanya kita boleh redah dengan selamat..kata suami
Bincang dengan kakak,dia mendahului dengan kereta Pajero besar dan gadang.
Kami setakat kereta wira kebanggaan Malaysia,hanya berani mengikut di belakang..
Permukaan jalan licin dek lumpur
Suami genggam stering kuat dan kukuh!
Terasa kereta beranjak ke tepi...
hati tak putus memohon perlindungan dari ALLAH..
Pandang sayu kat anak2,jikalau kami di bawa arus ke tepi dan tak dapat di selamatkan...inilah sahaja tatapan terakhir untuk mereka..

Subhanallah...
Maha besar ALLAH..
Kami berjaya meredah banjir...
Dan seterusnya..
kami memandu laju tanpa menoleh ke belakang lagi..
Dah tak ada hati nak singgah ke mana pun!Yang pasti...kami nak pulang segera ke rumah!
tak sanggup lagi meredah banjir besar!

Kepada semua mangsa banjir diKuantan dan Johor...
Saya amat memahami masalah anda
Bersabar lah...
sesungguhnya hanya ALLAH  yang dapat memberi bantuan pada anda..
Jangan berhenti berharap..
Tadahlah tangan tinggi,dan dengan kekyusukkan....
Mohonlah bantuan dari yang mencipta alam
Kerana itulah yang sebaiknya

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK