Posts

Showing posts from December, 2013

PANGGILAN BUAT SUAMI

ABANG?AYANG?ATAU PANGGILAN NAMA SAHAJA?

Masa awal2 kahwin..
Biasanya kita akan bincang bab ini,walaupun remeh,tapi...ianya perlu!

lepas kahwin,saya nak panggil apa?tanya si gadis
Suka hati.....jawap teruna sempoi
Abang!kata si gadis
Tak payah lah!macam bini askar!balas teruna lagi
kenapa?kan best panggil abang.....jelas gadis
Panggilan tu buat saya tak selesa,rasa ada orang bergayut kat bahu...katanya si teruna lagi
Oooo....
Sejak itu,pengunaan ganti nama ABANG tidak lagi di sebut2.
Itu akuuuu...mungkin bakal suami tak suka dengan panggilan tu,masih ada ganti nama yang lebih baik dari itu,misalnya....AYANG...
Muahahaha!
Lagi bergetar jiwa..

Mungkin ini antara dialog pasangan yang bakal berkahwin.
Setelah bertahun2,terdengar pula pendapat dari seorang abang ipar....
Orang lelaki yang bergelar suami, suka jika isteri panggil mereka ABANG!Panggilan itu buat suami di hargai,suami rasa sangat di hargai.
Pulak!
Ada yang tak suka,ada yang tak kisah....tapi...purata semua suami suka dengan pa…

ISU PALING SENSASI!

ITU TANDANYA WANITA BERUSIA MASIH MELETUP!
AYER KEROH: Seorang guru besar dan kekasihnya warga Pakistan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membuat filem lucah di sebuah rumah pada bulan lepas.
Tertuduh, Lizah Buang, 49 tahun, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.
Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membuat filem lucah atau tingkah laku yang bertentangan dengan kesopanan awam dii sebuah rumah pangsapuri Bukit Beruang Utama pada pukul 8.30 pagi pada 16 November lepas.
Pertuduhan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak meminta mahkamah mengenakan ikat jami RM3,000 ke atas Lizah tetapi membantah jaminan ke atas Muhamad Usman…

KAWAN ANAK ANAK

ADAKALANYA MEMANG PATUT KENA HALAU!

Dulu2,tak berani datang..
Malu2 kucing..
Laaaaa ni....siang malam pagi petang!
Assalamualaikummmm....
Akif ada?...punyalah melerek bunyinya...

Rasa sebal hati ni..
Alamakkkk....dia dah maiiii dahhh!
Suka tak suka
Buka juga pintu rumah.
Bukan tak suka,tapi...sedikit menganggu!
Pukul 11.00 malam,pintu gate pintu rumah,terngangga luas!
Biasanya..pukul 10malam,semua dah tutup rapat2.
Laaaa niii..rumah aku dah macam nak RAYA!
Terbuka luas!

Semalam,dah ingatkan anak bujang..
Esok2 kalau kawan datang,jangan duduk kat luar,orang jahat banyak!orang yang ganas2 ramai kat luar sana!rumah kita ni main road,kalau orang jahat lalu,nampak rumah kita masih terbuka,tak salah kalau dia menyinggah!bayangkan kalau dia datang bawa parang?bayangkan kalau dia bawa senapang?boleh lawan ke?kat rumah ni ada ibu,ada adik...bayangkan kalau mereka rogol?kalau dia ambil barang je tak pe lah.bayangkan kalau dia tak puashati?dia buat benda2 yang bukan2?sanggup tengok ke?lain kali,…

IKLAN LUCAH!

Image
MELAMPAUI AKAL FIKIRAN

Adakalanya,ayat2 yang di gunakan melampau batas susila kemanusian.

"Adoi tak tahan…Jamu XXX terlalu berkesan..saya cuba insert..time nak bercinta dengan hubby punya la super fit..
Rasa dah macam 1st time malam pertama dulu…tapi seronok tengok hubby rase sedap semacam..

BOLEH GITU?
Kalau nak lakukan produk sekalipun!jangan le melampaui sangat!
Budak2 baca,tak malu ke?
Ish!
Geli rasanya..
Buat aku le,lagi banyak komen macam ini,lagi aku tak akan membeli atee sekotak sekalipun!
Benggong betul!




Ini lagi satu contoh
Besar gillllllla!
Dah macam Dolly Porton

Hahahaha!
Sama macam kan?
Tapi..betul ke ketulinannya?


Zaman muda,tak sebesar mana,biasa je...
Tua jadi membuak2 lak!
Ish!ish,ish....macam2!

Sebenarnya,banyak sungguh iklan2 lucah di majalah2 tempatan
Antaranya...

Sesuai ke?
Gelikan?rasa nak muntah!
Orang tua tu tak malu ke?tak ada anak2 ke yang melihat gelagatnya?
Kesian kan?demi duit,semua bisa aje

 Contoh lagi...
Siap keluar lidah lagi!hahaha...
Sedap bangat!
Entah …

BERCUTI..

IKUTKAN HATI...APTB!

2013,bakal menutup tirainya,2014 bakal menjelma Seperti biasa,tahun ini agak suram... Bukan di sebabkan apa2 hanya kerana cuti anak2 tak sama.. Yang masih sekolah...oklah! Yang belajar kat menara gading lain pula ceritanya!
Cuti tak sama.. seorang tengah bulan,seorang hujung bulan... Akhirnya... Kita yang gigit jari..
Ibu!tak gi mana2 ke?tanya si kakak Nak pergi mana?jawap si ibu pula Pergilah mana2 pun!asalkan cuti...katanya lagi Nak pergi mana?balasku lagi Pergilah mana2 pun!jawapnya selambe
Tahun ni,kan kita dah pergi Umrah...Anggaplah itu cuti untuk tahun ni...balasku acuh tak acuh Aaalaa...gi le mana2,kitaorang boring lah!..balasnya lagi Dalam hati... Macam2 anak2 ni...
Selang beberapa hari... Ayah kata apa kata kita gi kelantan?ayah nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz..aku memulakan bicara. Tak mahu lah!jauh sangat....penat!katanya pula Kata nak jalan2 makan angin?boleh le tu!balasku lagi.. Tak mahu lah!katanya sambil berlalu pergi... Dalam hati...banyak cekadak pu…

CUTI DAH BERAKHIR

CATATAN KE 415
SESI SEKOLAH BAKAL BERMULA..

Seperti tahun2 lalu... Naik sekolah! Baju,seluar,kain,beg,buku dan lain2 pasti BARU!
Persedian dah bermula sebaik JUSCO keluarkan rak2 baju sekolah. Masa tu...saja jalan2 kat pasaraya terkemuka milik bangsa asing..
Bangsa melayu tolong majukan je,nak harapkan orang tempatan?dapat 250juta peruntukkan niaga lembu,di faraid sesama sendiri...Benci tauuuu!!kaya sorang2,makan sorang2!tapi...bila dah tak boleh di bendung baru kongsi dengan rakyat jelata!
Mangsa keadaan betul rakyat Malaysia ni!

Sebaik terpandang rak2 baju sekolah! Aku terus memanggil anak2 untuk mencari baju yang sepadan
mencuba seluar baru,tudung baru..
Ibu!kalau sayangkan kami,jangan le beli baju2 ini,kitaorang baru nak bercuti!kata Alif kenapa pula?ibu nak siapkan cepat,takut tak ada size....jawapku Tak payah lah....kalau tak ada,Alif boleh pakai baju tahun lepas...katanya lagi Aku tetap dengan keputusanku,BELI!
Dalam hati...banyak cekadak betul!

Laaaa ni....kasut pun belum terb…

ADAT BERTANDANG....

KITA KENA PANDAI BAWA DIRI LAH!!!

Biasanya...
Cuti2 Malaysia
Bermakna kita bercuti kat rumah emak atau emak mertua atau saudara mara je..
Biasanya..
Cara ini menjimatkan selain dapat merapatkan silaturahim di antara kita.
Biasanya...
Anak2 pun turut suka,sebab ada sepupu sepapat yang lama tak jumpa.
Hahaha..
Biasanya begitulah,sebut cuti2 Malaysia.Mana mungkin kita berbelanja lebih.
Nak pergi Langkawi?dah berpuluh2 kali pergi....
Nak pergi kelantan?peta dah dalam fikiran..
Nak pergi Johor?hahaha...tempat ceq di besaqkan,dah puas teroka.
Nak ke mana lah sangat dalam Malaysia ni,semua kita dah biasa pergi...

Maka,untuk mengeratkan silaturahim keluarga,rumah kakak atau adik beradik paling tepat di tuju.
Bila dah ke rumah orang...
Faham2 je le,pandailah bawa diri kata orang2 lama..
Jangan nak tuan tanah kedaung!
Harta orang nak buat macam harta sendiri.
Taulah sempadan pergaulan...

Bila kita bertandang ke rumah orang,tak kiralah!sedara mara atau sahabat handai.Kita kena tahu apa yang petu…

HARI INI PENUH DEBAR..

BILA PMR KELUAR!

Ok Imran?tanyaku pada anak bujang tinggi lampai.
Imran kawan anak bujang ku,baru berusia 15thn tapi tinggi dan kacak orang nya.
Berdebar2 lah ni...jawapnya dengan senyuman melerik...
 Oklah kot?dah belajar kan?dan usaha kan?tanyaku lagi
Hanya senyum je..
Sah!kamu akan dapat keputusan cukup2 makan Imran oiii..getusku dalam hati.

Tak mengapa.....SPM nanti buat lah betul2,jangan pula leka lagi....kataku lagi
Imran hanya tersenggeh,tak tahu faham atau tak,akan kata2ku itu.

Imran tau tak?hidup ni sukar sebenarnya.Kamu lihat rumah mak cik besar kan?nampak hebat kan?tapi...ini sahaja pencapaian mak cik,lagi 10thn,inilah rumah yang akan Imran nampak.Mak cik tak ada peningkatan hidup kerana ini sahaja yang mak cik dan Pak cik mampu adakan.Perjalanan hidup kamu masih panjang,masih jauh!sama macam Akif juga.Tak lulus PMR bukan lah tandanya gagal!tapi..PMR ini permulaan tapak untuk kamu berdiri.Jika kamu cemerlang,PMR akan bawa kamu ke arah pekerjaan yang lebih baik.Doktor,jurute…

ISLAM MELARANG PERCERAIAN

TAPI...JIKA PERLU!WHY NOT?

Bila pasangan suami isteri dah tak sehaluan..
Jalan terbaik!
Berpisah lah!apa lagi nak buat?
Duduk serumah kalau hati tak suka!
Mengapa harus di paksa2.

Islam membenarkannya...
walaupun islam tak suka....
Islam membenarkannya..
walaupun dalam waktu yang sama islam tak mengalakkannya...

Bila pergi mahkamah syariah...
Biasanya mereka akan kaunseling dulu...
Bla,bla,bla...
tapi..kalau kita nak ringkaskan!
Kita jangan cakap yang bukan2!
Kita terus kata..
Ustaz,saya datang bukan nak dengar nasihat,tapi...nak bercerai!
Kami nak bercerai cara baik2 je ustaz,almaklum le...dah tak sehaluan.
ustaz gerenti terkedu!lidah ustaz pasti kaku!tak terkata apa2..
akhirnya...ustaz akan kasi borang untuk kita tandatangan dan TITIK!

Jangan le gatal mulut cerita macam2!ustaz akan bantu menyelesaikannya.Jangan le ungkit kisah2 lama...
Ustaz akan senyum gembira,kisah dalam kelambu dah ke udara!
Jangan le cerita buruk pasangan,dulu kan kahwin suka sama suka!
awat dah tak sebulu nak b…

BILA DAH JADI SUAMI ISTERI

ADA BATAS JUGA

Sebaik selamat di ijabkabulkan...
Kedua mempelai senyum sampai ke telinga!
Manakan tidak,yang haram dah jadi halal...
lepas menikah,dah boleh pegang2 dan boleh cuit2...
Tapi...
Kena ingat,mungkin sex sahaja yang di halalkan.Maki hamun sumpah seranah tak halal sampai bila2!
Mana boleh suka2 maki hamun orang?
Mentang2 beri makan,tak kan le suami suka2 nak cakap!atau nak panggil isteri dengan panggilan yang biadap!
Nabi pun beri gelaran paling baik untuk para isterinya.
Lelaki zaman sekarang,sunnah nabi hanya mereka ikut bab poligami je..
Kahwin satu,dua dan akhirnya EMPAT!
Nabi kahwin ada alasan tersendiri.lelaki zaman ni kahwin atas alasan apa?
Semua hanya nak seronok je....Tanggungjawap?tolak tepi...mulut tak berhenti maki2.Walhal...isteri zaman sekarang bukan le bodoh sangat!bukanlah tolol sangat!
Tapi...dek ego melangit!suka hati je nak maki hamun isteri!
Meluat teman menengoknya.
Rasa nak belasah dengan penyapu lidi!
Sebagai suami,maki hamun itu bukan menunjukan ciri…

MUSIM DURIAN

TAK MENENTU MASA!

Buah durian adalah raja segala2 buah.
Walaupun baunya sedikit busuk bagi setengah orang,namun tetap menjadi pujaan hati bagi setengah orang yang lain.
Bau apa ni?busuk lah!komen orang yang tak suka durian.
Terdengar peminat durian,eelelehhh....macam bagus je!
Silap haribulan!boleh gaduh!

Dulu2,setahun 2 kali je musim durian...
Laaa ni...rasa2 mcm selang 4 bulan dan keluar lambakan durian di pasaran.
Dulu2,sebelum musim durian,Atok akan terangkan dusun,akan tabur baja,akan bersihkan pangkal pokok...
Atok akan ke dusun untuk baikpulih pondok tunggu durian.
Kat Pondok ni,atok tidur atau kami gunakan untuk main pondok2.

Bila bunga durian mula keluar...
Kami suka melihatnya...
Wah!atok ada bunga durian lah kat sini!
Wah! atok kat sini pun bunga durian banyak!

Atok sekadar senyum kambing melihat gelagat cucu2nya.
Bila bunga bertukar putik durian....kami akan mengira2 di setiap kesempatan.
satu,dua,tiga....wah!banyaknya..
Atok tetap senyum kambing....

Bila durian mula jatuh…

NASI DAH JADI BUBUR...

Image
TIADA GUNA MENANGIS LAGI..


Belum pun setahun PRU 13 berlalu... Rakyat telah tertipu! Janji rakyat di dahulukan,hanya tinggal slogan yang sedap disebut tapi pahit untuk di telan ke perut. Tiada apa yang rakyat perolehi dari kemenangan itu. Hidup makin tersingkir! Tiada apa yang pemimpin kenang,melainkan rakyat semakin tertindas!
Tanda2 akhir zaman,bila rakyat sudah terasa di tindas!bila rakyat mula menderita...
Satu persatu barangan di naikkan... Mula2 minyak,kemudian gula,kemudian itu kemudian ini... Semua NAIK tinggi! Di bantah!mereka tetap NAIK kan juga! Tiada rasa belas di hati mereka... Bila di kritik,mereka memberi jawapan yang termaktub! Tak boleh di sangkal lagi....
PERLU NAIK DEMI KEBAIKAN EKONOMI MALAYSIA! Alasan di beri,membuatkan kita rasa tertipu! Tiada apa yang boleh di banggakan  lagi,melainkan,kita kena redha dalam paksa.
Tambahan pula ada Ustaz2 yang sokong,semua kenaikan barang telah di tentukan oleh ALLAH.Mujur di tak kata, firman ada mengatakan...bla,bla,bla..
Bila…

Anggota polis tampar orang awam ditukar ke IPD

BIASA atau LUAR BIASA?

Bila tengok video ni,rasa2 tak patut le...
Penjawat awam tak boleh le sesuka sepak atau tendang orang awam  macam tu...
Siapa pun mereka,hormat le sikit banggg..
Marah bagaimana pun,akal kena guna juga...
Sabar...
Jangan ikut hati,nanti binasa badan.
Perbuatan polis ini,di saksikan oleh rakyat jelata.
Jika begini emosi polis2 kat Malaysia,patut le arwah adik Amirulrasyid kena tembak!
Bukan sedas!tapi 21 das!



Ikut logik akal,memang marah le,jika arahan kita tak di endahkan.Wajar kena pelangkung PATI tu.Bayangkan jika kita panggil anak kita,kemudian diorg lari tak cukup tanah!kita boleh senyum ke?Kita masih boleh terkekeh2 ketawa ke?
Pasti kita kejar dan belasah cukup2!
Mungkin le...
Atau kalau ibu2,pasti kena cubit penuh lengan!
Atau..kita boleh anggap,biasa lah brooo!
Ish,ish,ish...sabarnya
hakikatnya....
Grrrr..

Terfikir sejenak...
Ini polis Malaysia aa,bangun pagi sudah fikir berapa wang mahu cari ini hari.Kitaorang ada pasport pun selalu kena paw.Tokey kasi k…

ANAK KITA ANAK ORANG..

Image
TAK MUNGKIN SAMA...

Orang tua dulu2 ada berpesan.. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang. Bandingan itu tak mungkin sama! Bandingkan mereka,akhirnya kita yang merana.
Orang tua2 pun ada berpesan. Jangan bandingkan anak ... Bandingan itu juga tak mungkin sama! Bandingkan mereka samalah juga kita cuba membezakan penerimaan kita terhadap mereka.

Yang sulung,begini... Yang ke dua,begitu...dan seterusnya. Watak mereka tak sama! Walaupun ada bidalan kata...
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi Mereka akan mewarisi sifat kita Kerana mereka anak kita Bukan anak orang lain...
Nakalnya mereka,sama tak dengan kita? Pemarahnya mereka,sama juga dengan kita? Penyayangnya mereka,maknanya mereka masih ada nilai2 murni dalam diri.
Jika semuanya sama! Sah!100% mereka anak kita! Cuma ada yang ciplak sifat ayah,ada yang ciplak sifat ibu.. Bergabungnya kita,maka lahirlah anak2 kita itu...
Hitam atau putih...
Kita kena belajar menerima mereka seadanya.
Ada sikap mereka yang kita tak suka,kita ke…

BILA ANAK KECIL,KITA MINTA DIA BESAR CEPAT!

BILA DAH BESAR.............KITA RASA KECIL LEBIH BAIK DARI MENJADI BESAR!

Masa dapat anak satu,kemudian 2 kemudian 3..
kita rasa tak sabar nak lihat dia menjadi besar!
Kita rasa tak sabar nak lihat dia menjadi orang bujang dan anak dara!
Hari2 kita ukur pembesarannya
Bila pembesaran ketara,dalam hati...Wah!anak aku dah besar!

Bila jumpa kawan2,wah!senang lah anak2 makin besar panjang,boleh le membantu apa yang patut.
Dalam hati ibu bapa,kembang semacam!hati berbunga2 dengan harapan tinggi melangit!

Masuk darjah 1,2,3 dan akhirnya darjah 6,keadaan masih sama...
Mereka masih kanak2 dan masih boleh di lentur atau di tegur.
Bila naik peringkat remaja,Wah!kepala masing2 makin BESAR!
Bukan menyenangkan hati!tapi...mula menyakitkan hati!
Kita cakap jangan!
Itulah yang mereka suka lakukan.
Kita cakap buatlah!
Mereka tak akan ikut!kerana apa yang kita suruh itu tak menyenangkan hati mereka.
Peringkat ini,mereka selalunya ingin mencuba menimba berbagai2 pengalaman.
Yang perempuan,jatuh cinta d…

MULA2 NAIK HARGA..

Image
KEMUDIAN...SYIAH PULAK!

Licik sungguh percaturan pemimpin kita..
Orang sebut2 citer isu naik harga barang,kisah Kak Mah naik jet peribadi ke Dubai,naik sana naik sini,yang terbaru perihal lambat hantar bantuan kat Kuantan sehingga rakyat sendiran mengharungi banjir besar.Tup.tup.tup...keluar isu Mad Sabu penganut syiah!

Haram jadah betul!
Dia ubah isu dengan begitu mudah sekali.
Kita rakyat mudah kalut.Tak bertenang.....

Semua orang dah kenal ketua syiah kat Malaysia ni,gi lah tangkap!yang dok perhatikan je tu buat apa?

Jangan le buat kelakar banyak sangat!yang ada ni pun para pemimpin kesayangan ramai tak boleh settle!lagi nak kaitkan orang lain.
Macam2 di kaitkan pada hamba allah tu,asalkan tuduhan mengena ke sasaran!
betul2 kurang ajar!
Abdullah Hassan yang terang2 mengaku menganut syiah mengapa tak tangkap?takut?atau sengaja biarkan fahaman ini berluasan?


Kenyataan rasmi ketua syiah mengenai Mad Sabu.Jelas2 ketua fahaman ni sendiri tak tahu dan tak pernah nampak kelibat Mad Sabu d…

CELOTEH ANAK

SEJUK PERUTTT...

Tadi belajar apa? sapaku pada si bujang
Biasa je....jawapnya
Tak kan le sama je...kataku menduga
Biasa je...Tapi,tadi Akif tetidur sampai pukul 11,malu lah!jawapnya lagi
kenapa tidur?tanya ku pula
Semalam,ibu kan kata tak mahu hantar kelas hari ini,Akif tgk Running Man lah!jawapnya bersahaja
Ibu cakap je,kalau tak pergi kan rugi.Bukan lama sangat!balasku
Yalah...tapi,ibu yang janji gitu katanya lagi
Yalah...ibu cakap je,kalau boleh jangan le ponteng kataku separuh memujuk
Dia hanya mengangguk lahan

Akif ada satu impian katanya lembut sambil mengopek buah durian
Dalam hati...apalah yang dia impikan.Minta2 bukan motor lagi
Akif nak sembahyangkan ibu dan ayah katanya antara dengar dan tidak
Apa?selalukan kita sembahyang sama kataku lancar
Bukan...Akif impikan untuk sembahyangkan ayah dan ibu nanti katanya lahan lagi
Dalam hati...
Subhanallah!sebaknya hati,mudah2an impiannya terlaksana.
Subhanallah!terasa sedih sangat bila dengar kata2nya.Mudah2an,anak ini akan dapat tuna…

JUBAH TERKINI

Image
MENGARUT DAN MELEBIH2 PULA..

Kain lcyra cantik di buat jubah atau apa sahaja termasuk le tudung dan seluar Bila di pakai.. Terletak kemas ditubuh.

Sejak dua menjak ni,kain jenis lcyra sedang hangat di pasaran. Sana sini orang memakainya,ada yang cantik!cukup cantik! tapi.. Ada yang bila di pandang,macam baju Inul gerudi! Ketat!seketat  ketatnya.. Ada yang sampai nampak alur punggung! Ada yang nampak benjolan payudara mekar indah.. Paling dahsyat!ada yang nampak ketembaman 'V' empunya badan Tang ini,aku rasa meluat!benci dengan gelagat mereka.Sebelum keluar rumah,tak pandang2 ke?tak cuba dulu depan anak2 atau suami.Tanyalah...sesuai ke baju ni?elok le? Tak menasabah anak2 atau suami tak tegur jika baju tu nampak sumbang? Atau anda sendiri sebagai empunya badan tak rasa buruk,benjol sana sini.Walhal...anda bertudung?






Sebaik kita memakai tudung kepala,perkara pertama yang kita perlu titik beratkan ialah pakaian yang sesuai dengan imej yang cuba kita bawa.. Jika kita dah mula mema…

APA KOMEN ANDA?

Image
TAJA ORANG LAIN UNTUK BUAT UMRAH?

Kemuskyilan seseorang...
Bila ada peluang pergi umrah,didalam hati ingin setiap tahun utk menunaikan umrah,kerana nikmatnya beribadah ditanah suci.Ada kata2 berbunyi begini "kenapa tak taja seseorang untuk melakukan umrah pulak,kan lebih afdal " apa komen anda ?
Terbaca soalan ini,di Group Pengalaman Haji dan Umrah.
Aku dah terfikir sejak sekian lama lagi!masa tu...aku di dalam masjid mengadap kaabah.Di sisi ku datang sekumpulan wanita2 yang aku sendiri tak tahu dari mana.Yang pasti,sebaik nampak kaabah.wanita2 ini meratap sambil menadah tangan mengucapkan syukur mungkin. Dengan lelehan air mata,mereka yang aku kira dari golongan biasa,begitu asyik menuturkan kata2 dalam bahasa mereka yang pastinya aku tak faham. Dalam hati... Siapa pun mereka!kaabah adalah kiblat mereka dan sama sepertiku. Siapa pun mereka!dengan pakaian yang cukup unit,menadah tangan mengucapkan syukur sama sepertiku. Tiada beza!tiada langsung kepelikan yang ku lihat.
Teringat seseo…