UPSR,PMR,SPM,STPM

ANTARA PEPERIKSAAN BESAR DI MALAYSIA

Masa anak kecil2...
Tak peduli semua ni..
UPSR,PMR,SPM atau STPM..
Yang kita tahu...
Alahai...anak2 comel berlari kesana kemari
bersama rakan2.
Masa ni...semua yang di buat dek anak2 menarik di pandang mata.

Bila naik darjah 1,
Subhanallah.....tekanan mulai terasa namun ok lagi
Begitulah seterusnya hingga ke tahaf 6..
Kat sini,kelayakan anak2 teruji dengan UPSR..
Kehulu ke hilir,ibubapa menghantar anak2 gi kelas tambahan
Termasuk lah aku...
HUH!
Bermodal,berhabisan!hanya untuk meraihkan A dalam keputusan.
Bila keputusan keluar....
yang berjaya dapat banyak A..
Suka!
bersorak seronok..kesana kemari nak tayang anak2 yang berjaya mengharumkan nama
Semua kenalan ucap tahniah!
hidung ibubapa kembang sekembang kacip Fatimah!

Yang gagal..
Tunduk malu,kalau boleh...muka nak sapu ke jalan..
Punyalah malu!
Subhanallah...malu yang amat malu!
tak boleh di kata tak boleh di lukiskan...
Malu bukan kepalang...
Semua kenalan hanya mampu ucapkan...sabar lah,bukan rezeki dia,nanti dia berubahlah..
hati ibubapa tetap sama,menerima anak2 walaupun gagal..
Berdoa dalam hati semuga ALLAH beri kejayaan di kesempatan yang lain.

Bila anak2 melangkah ke tingkatan 1,2 dan 3
Sekali lagi...kelayakan anak2 teruji!
kali ini peperiksaan di panggil PMR
Sekali lagi...ibubapa sibuk menguruskan anak2 agar dapat A lebih banyak lagi!
kalau boleh semua A lah!
Bila keluar keputusan..
Yang berjaya,gayanya tetap sama..
Suka ria!
Yang ada FB,tayang keputusan kat wall..
hehehe...anak2 tak lebih!ibubapa yang over gila!
Rakan taulan ucap lagi..tahniah!

Yang gagal...
suasana tetap sama...ibubapa malu2 alah je..
Mulut kelu seribu bahasa!
Kalau boleh nak aje campak anak ke laut!
puas hati!
tapi..urut dada,pasang anggan2 lagi..mungkin dia tak matang lagi,mungkin rezekinya belum ada lagi..
Mungkin lah...

Lepas tu...
Anak2 kita akan sambung lagi ke tingkatan 4 dan 5
Dengan kebolehan yang ada,aliran di pilih...yang cerdik pandai bolehlah pilih untuk ke bulan!
yang dungu dan malas....suka tak suka!
pilihlah aliran atau di beri aliran mengikut kesesuaian..
Tahaf ni,peperiksaan akhir dalam kehidupan anak2 di panggil pula SPM...
Tahaf ni,macam2 usaha ibubapa agar anak2 sukses dalam semua subjek
yang mampu,panggil guru private ke rumah..
Bayar beratus ringgit
Berhabis lagi!
Bermodal lagi!
Anak2?
Tetap sama...
yang cerdik pandai akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai cita cita
Yang kurang cerdik...akan meneruskan aktiviti seperti biasa walapun ibubapa tergolek golek berleter!
Bila keluar keputusan..
yang berjaya...akan terus berjaya walaupun masih kabur nasib diri
Yang gagal...akan terus melangkah meninggalkan alam persekolahan yang tidak mungkin mereka rasai lagi.
Ibubapa yang anak2 cemerlang..
bersorak riang!
Keputusan peperiksaan masuk kat wall sekali lagi..
Wah!semua mata tertumpu pada kertas putih kecil comel tu..
Yang berjaya,akan sama gembira..
yang tak bernasib baik hanya mampu melihat sambil menyeka air mata dari terus turun ke pipi
Begitulah hidup di dunia yang penuh pancaroba

Selepas SPM,anak2 akan memilih untuk menyambung ke STPM atau terus ke Universiti..
Pilihan di tangan mereka..
Yang gagal ke IPTA akan terus ke menyambung ke tingkatan 6 dan di akhiri dengan peperiksaan STPM
Yang malas nak pakai uniform sekolah akan meneruskan pengajian ke IPTA atau IPTS yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
Yang kaya raya anak dato bagai...boleh le...ZUMMM!keluar negara bagi memenuhi tuntutan dunia..
Kali ini,sekali lagi...ujian getir untuk anak2 kita...yang rajin akan terus bertapak,yang malas tak mustahil bakal di sepak keluar dari Universiti.
Masa ni,ibubapa dah tak terkata apa2..
Hanya doa mengiringi perjuangan anak2 ini

Bila sesekali jumpa...
Kerja mana?tanya Mak Cik Leha
Tak kerja Cik...menganggur  belum ada rezeki lagi...jawap anak2 kita
Oooo...dulu2 masa UPSR,PMR,SPM kamu yang dapat banyak A tu kan?tanya Mak Cik Leha tanpa silu
Anak2?
Akan tertunduk malu....

Bila sesekali jumpa..
Kerja mana?Tanya Mak Cik Leha sekali lagi
Saya tak berkerja tapi..saya berniaga sendiri Mak Cik...jawap anak2
Oooo..kamu yang dulu2,bila UPSR,PMR,SPM tak dapat banyak A kan?tanya Mak Cik Leha pastinya
Anak2?
pasti akan menjawap dengan bangga..
Betul Mak Cik,masa sekolah saya tak pernah dapat A pun...Tapi..saya bangkit dari kegagalan Mak Cik,akhirnya...saya boleh pandu kereta mewah,boleh kahwin anak raja,boleh duduk di banglow 11 bilik!sekarang saya hebat Mak Cik!jawap anak2 dengan penuh bangga..
Mungkin inilah anak2,cacian yang mereka dapat setiap kali keputusan keluar
Mungkin inilah anak2, yang merintih sepi bila baca ucapan2 kegembiraan di FB..
Mungkin inilah anak2, yang memendam rasa tak kala ibubapa membandingkan kebolehan mereka dengan orang lain
Mungkin lah...

Sebagai ibu yang punya pengalaman dalam situasi begini..
Merendah diri lebih baik daripada meninggi diri..
Pencapaian anak2 bukan di ukur dari akademik,tapi..di ukur dari segi akhlak dan budi pekerti yang mulia..
Seandainya anak2 berjaya,biarlah ianya seiring dengan agama
Perbuatan ibubapa yang melebih2 hanya akan memalukan diri sendiri
Mungkin hari ini hari kamu..
esok lusa belum tentu hari itu hari kita..

Bila baca status ibubapa yang OVER gila!
hati macam nak tertawa..
Perjalanan anak2 belum pasti lagi..
Ada anak2 yang terlalu over comfident terus masuk Hospital Tampoi
Ada anak2 yang selalu di puji tak pandai merendah diri,bila gagal sekali!terus lupa diri!bercakap sendiri,menyanyi sayu lagu kegagalan
Tapi..
Anak2 yang gagal,mungkin mereka akan menemui penghujung jalan
mereka akan melangkah berani menempuh cabaran hidup
Mereka biasa gagal,mereka selalu kalah dalam pertarungan akademik,tapi...jauh di sudut hati,ada sesuatu yang tersirat yang akan mereka usaha demi hidup ini.

Oleh sebab itu,aku mula menyerah segalanya pada takdir
Tak berani nak puji anak2 lebih!
tak berani nak cerita mengenai setiap kejayaan anak2 terangan2!takut ludah ke langit kena muka sendiri!
Takut sangat!sehingga bila kawan2 cerita aku hanya mendengar dan tak komen apa2..
takut...
percik air di dulang terkena muka sendiri!
Jika ALLAH mengkehendakinya...
Maka semuanya akan berubah menjadi terbaik
Kepada ibubapa semua...jangan terlalu OVER sehingga orang lain terasa hati.
Kecil anak2,itu anak kita...
Bila besar,belum tentu lagi mereka anak2 yang dapat kita dakap erat  macam dulu2,kerana masa akan merubah segalanya..

Ustaz selalu pesan...
Berdoalah agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat
Berdoalah agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
Berdoalah agar anak rajin solat
Berdoalah agar anak2 sentiasa bertaqwa pada yang esa

A tak menjanjikan apa2
Sekadar abjad di kertas sahaja...
Apa yang lebih penting ialah....
HATI MAU BAIK BEB!
Muahahahaha!


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK