TELEKONG MODEN

ADA MACAM2 KALER!

Dulu2..telekung hanya kaler putih!
Bila sebut telekung!pasti kalernya putih berseri..
Dulu2 juga,telekung di buat daripada kain kapas atau cotton
Dulu2...telekung tak ada kerawang sarat barat macam sekarang!
Semuanya simple je...
Kita nak solat dengan ke khusukkan,bukan nak kejar glamour!
Cantik pun berpada2,Pada  pencipta pun kita nak menunjuk gaya!
memang tak lah..

Ada telekung yang berkerawang penuh!kat kepala kat bawah kain...penuh sulam tebuk.
Kalau dah berbiku penuh di dahi,bagaimana nak sujud lama2?sakit!...
Pernah beli satu,bila habis solat,dahi berlekak lekuk dek sulam yang tebal.
Tak selesa langsung!

Ada telekung yang jarang atau nipis
Kalau dah jarang bagaimana nak dapat solat yang sempurna,jika bayang tali bra pun boleh di lihat dari luar?
Terlalu nipis pun boleh menyusahkan bila tiup dek angin,telekung terserkup ke depan?
Pernah ada satu,konon2 untuk mudah di bawa berjalan...
Bila tiup dek kipas,telekung dan penuh ke depan,belakang,tengkuk dah terdedah luas!
Boring je.....
Padahnya,kena ulang balik lah solat tu..

Ada telekung yang berkaler2..
Ini trend  terkini,merah,biru,ungu dan macam2 kaler lagi...
Bukan tak boleh,tapi...rasa2nya macam tak kena lah!
Apa tujuan si pemakai?setakat nak menunjuk2..usahlah,masa dah suntuk untuk tujuan itu..
Telekung berkaler2 selalunya menarik perhatian..
Bila dalm saf ,masa imam baca surah lama2,mata jahat kita pasti beralih ke warna2 baru dalam deretan putih.
Warna2 ini sebenarnya menganggu...
Iman kita pun senipis kulit bawang,dalam solat pun mata jemaah sempat jeling cicak berkejaran.
Dalam solat tu pun mata boleh pusing 360' darjah!almaklum...mata hitam pusing tak batalkan solat kerana bukan anggota besar!
Bila nampak warna2 menarik,hati boleh berkata kata...cantik telekung tu,merah sangat lah Mak Ngah!
Bila nampak warna2 yang lain...hati terdetik...cantik juga warna tu!...
Pendek kata.....warna warni akan buat kita mengalih tumpuan dan menganggu solat.




Mana adanya Kak Leha...warna apa pun tak mengapa!kata Mak Aji Jenab.
Betul Mak Aji,tapi...saya lebih suka putih lah!bersih je....daripada warna2 lain,tak berkenan teman weh!balas Kak Leha
Mak Aji hanya mampu menjeling tajam di sebabkan telekung Mak Aji kaler oren!Telekung pemberian anak2,di beli di Bandung tak kala bercuti tempoh hari.
Kak Leha hanya senyum..Kami balik dulu ya Mak Aji...tangan di hulur,salam bertaut.
Tak tahu samada Kak Leha cemburu atau Kak Leha ikhlas menegur,walallahualam..
Yang pasti...Mak Aji dah rasa terasa hati!..



Islam tak larang kita guna kaler apa pun!yang pasti tutup aurat.Tapi...elok le tak payah ikut fesyen sangat,Cara lama tu yang terbaik!telekung putih bersih dengan sulaman ringkas di hujung kain.Lebih kemas dan berkeyakinan.
Walaupun telekung berbagai warna tu cantik!tapi...putih tetap menawan hati.
Kita boleh memperbaharui fesyen telekung,tapi...putih itu yang di sarankan.Kita jangan tertipu dengan rekaan2 terkini.
Kerana itu semua boleh buat kita terleka.....







Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH