TANDAS AWAM KITA MASIH KOTOR?

SETUJU ATAU TAK?
SILA BUAT KARANGAN MENGENAINYA...

TINJAUAN:
Audit Jabatan Kerajaan Tempatan keatas 10,257 tandas awam di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) antara Januari hingga Jun lepas mendapati 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan kurang memuaskan.
Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Abdul Rahman dahlan berkata.....
'star rating' jabatan berkenaan,2,733 atau 26,65% tandas yang di audit mencapai taraf 2 bintang,manakala 2,460 atau 23.98% mencapai satu bintang dan 1,086 atau 10.59% langsung tak layak berbintang!
Manakala 350 atau 3.421% buah tandas mencapai taraf lima bintang!manakala 1,207 atau 11.77% menacapai empat bintang dan 2,421 atau 23.6% berjaya meraih tiga bintang sahaja.
Angka2 tersebut menunjukan masih banyak yang perlu di beri perhatian oleh pihak2 tertentu.Sementelah negara kita bakal menyambut ketibaan tahun melawat Malaysia 2014.
Kerajaan telah memperuntukan RM2.5juta!untuk projek2 naik taraf dan pembinaan tandas2 awam yang baharu dan serba canggih!

Sebagai rakyat,kita cukup suka jika isu ni berbangkit!
Memang benar,tandas2 awam kat Malaysia ni sangat TERUK!
Kotor,busuk dan memualkan...
Baru ini,aku ke satu pusat peranginan di kawasaan  berhampiran.
Bayar 50sen untuk buang air kecil atau besar atau sekadar basuh tangan!
Untuk mandi kena bayar RM1 sahaja.
Yang buat kita naik angin...adalah...
Sebaik melangkah masuk,subhanallah!
busuknya.....
hancingnya....
sampah sarap!
Diaper,pad di sana sini...
geli betul!
Nak pijak pun tak sanggup!mujur aku tak mandi sekadar nak buang air sahaja.
tapi...dek bau dan keadaan yang meloyakan...aku keluar tanpa buat apa2.
Bukan menagada2,tapi menyakitkan hati!
Gelap,berpasir dan sangat mendukacitakan!
Bukan percuma,tapi berbayar!
Suara radio sebatu dah dengar!suara Inul memecah sunyi!mereka dok ramai2 hanya untuk collect 50sen,hehehe..kerja tidak!kira untung hingga lupa nak cuci tandas!
Kesian...makan gaji buta!..



Sekali lagi...pergi tandas awam di sebuah pasar,anak sekecil 6thn pun tak sanggup masuk!
Juga tak percuma,sekali masuk...30sen
Keadaannya sangat daif dan mejijikkan..
Ibu!nak balik!tak tahan nak kencing!jerit Alif
haiii!tadi kan gi toilet?
tak mahu masuk!busuk!jeritnya lagi...
Dalam hati....
Budak kecil pun tau kotor bersih!
Apa nak jadilah!


Sikap rakyat kita pun satu hal!pengotor!
Buang diaper buang pad suka2...ikut sempat je..
walhal...kalau semua berkerja sama..
tandas kita tak perlu bajet tinggi2!
setakat buat tandas,mustahil lah sampai berjuta2!
tapi..dek banyak sangat ALI BABA yang buat kerja...
hasilnya tetap wak hasil balik asal...
Bila sampai tukang buat,bajet dah jadi ciput,bagaimana nak dapat kan tandas yang bermutu tinggi!
hehehe...
Takat itu juga lah!
keluarlah bajet berbillion sekali pun...
kalau faraid banyak sangat,hampas juga lah yang rakyat dapat...



Bila dah siap!tandas macam ALI BABA juga...tak sampai setahun,pintu berkarat,ensel tercabut,nak kencing nak berak tangan sebelah tahan daun pintu,sebelah lagi buat cuci!hahaha..
Huru hara!
Ada tandas,batang paip ada,tapi air tak ada!
Sebaik masuk,terus buka seluar,kering air kencing buka paip,air tak ada!Fuhh!berpeluh seorang diri..
Fikir macam  mana nak settle kan masalah.
Akhirnya....tak cebuk!tisu tak ada...apa pun tak ada,akhirnya...Siti tukar nama jadi Ah Siew lah gamaknya.
Tu baru citer buang air kecilllll,bayangkan buang air besar punya!
tak ke berpeluh dingin dahi kita..
Ada tandas tu...mangkuk tandas pun tak ada cover,dok le atas mangkuk...sejuk punggung!
darurat punya pasal!
tawakkkallah!

Sebab tu....
Jika pergi makan luar,dah warning anak2...
jangan nak ajak pergi bilik air ya....ibu cubit nanti!
nak tau sebab apa?
pasti kotor lah!
kebanyakan peniaga tak menitik berat bab tandas!
walaupun tak semua,tapi..kebanyakkannya,begitulahlah!kecuali......bilik air kedai makan Khadijah Ibrahim...memang ada class!
lepas buang hajat,nak buat kotor pun sayang....cantik sangat!
Jika masuk tandas awam yang cantik dan bersih!
Seronoknya...
Wah!bersih lah bilik air tu...

Pada hemat aku lah,selagi sikap kita tak berubah...bagilah bajet sebanyak mana pun!akan sama akhirnya...tiada kesudahan!
Apa yang penting kerjasama!
Bila kita dah gunakan tandas awam,sebelum keluar,sila pastikan semuanya bersih.
Jika saling bantu menbantu...kita akan hidup dalam persekitaran yang sihat.
Rasa nak buang air,dengan senang hati....masuk!
Tapi...buat masa sekarang.....
Aku atau sesiapa sahaja pasti mengelak untuk masuk tandas awam!jika boleh tahan....kami pasti akan kemut kencing sampai ke rumah.
Sebaik sampai di rumah...
FUHHHH!banyak gila perkumuhan yang kita harus keluarkan....
Legaaaaaaaaa
Untuk ke tandas awam!sesuatu yang sangat mengerikan...


                                              Untuk dapat tandas macam ni!hehehe....
                                                             mati beranggan le...
                                 Selagi sikap kita tak berubah,semua ini hanyalah mimpi dalam mimpi..

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK