SUMBANG MAHRAM

AYAH,ABANG,ATOK,BAPA SAUDARA DAN SEKUTU DENGANNYA

Masa tunggu kereta di service,duduk santai je di lobi...
Seorang lelaki India mengeleng kepala membaca tajuk akhbar dan cuba menarik perhatianku...
Hajjah!lihat ni!...Anak mengaku dengan rela hati melakukan seks dengan ayah kandung!
Subhanallah!terpacul dari bibirku perkataan itu.Sebagai wanita islam,aku malu juga jika diajak berbual mengenai seks secara terang terangan.

Mereka tak boleh lah buat tajuk macam ni kat depan sekali!malu lah!keluh lelaki India tu lagi.
Dalam hati,bukan kamu je malu!saya pun malu!

Banyak betul kes2 macam ni di Malaysia dan lebih memalukan ialah:
Pertama:
Kebanyakkan pelaku sumbang mahram itu adalah melayu!
Kedua:
Bila sebut melayu,pastilah beragama islam sama macam aku!
Ketiga:
Nampak sangat mereka mainkan hukum ALLAH!mereka tak takut ALLAH!
Ke empat:
Mengapakah lelaki2 itu tergamak melakukannya?perbuatan mereka,mengambarkan mereka kurang akal dan iman.
Anak gadis tu kan anak dia?lahir dari benih cintanya?

Bila bangsa asing kutuk!kita marah2!kita lompat2 macam kera nampak api!
tapi...hakikatnya..
Lihatlah sendiri!bukan ini kes pertama,banyak lagi...
Paling tak boleh di terima akal!bayi yang masih merah pun mereka berselera.
Subhanallah!..
Inilah yang di panggil buruk rupa buruk perangai!

Saya malu tau!tajuk2 macam ni letak dalam lah!keluhnya lagi.Kadang2 saya menonton TV bersama anak2 saya yang kecil macam ni (menunjuk arah Aaliya),bila mereka dengar perkataan yang pelik2 mereka pasti tanya saya.Papa!apa makna seks?apa makna liwat?Saya malu lah!nak jawap apa pun!tak tahu....Ada anak2 murid saya,umur 15thn,tanya saya apa itu liwat?saya ingat dia saja2 mahu malukan saya,rupa2nya dia memang tak tahu!saya tanya..U tanya ni semua U saja2 atau U benar2 tak tahu?Mereka geleng kepala...kami tak tahu Cikgu...Saya tak tahu nak jawap apa itu liwat,saya cuma kata pada mereka...U balik,U google,nanti U tahu apa itu liwat.,,hanya itu sahaja yang saya mampu,nak terangkan saya sangat malu!
Dalam hati...subhanallah!lelaki India ni macam perli aku je...
Malunya bukan kepalang!teringat kes2 lalu,memang kebanyakkan bangsaku.HUH!
Mujur dia berkulit gelap,kalau secerah aku,pasti nampak merahnya muka dia menahan malu.
Aku hanya senyum kelat,sesekali menyampuk tanda tak sokong tindakan pihak akhbar yang sengaja menjadikan berita ini sensasi!
Tajuk2 besar begini menarik perhatian ramai.Sepatutnya ada rasa malulah!nanti anak2 baca,rasa perkara ini betul!dan tak mustahil mereka akan buat!keluh lelaki itu lagi...
Aku sampuk sikit je,Betul2(dah macam ipin dan upin) Tak tahu nak kata apa,Tak terkata dek kelu lidah!

Dulu2,kes liwat Anwar dengan Azizan dengan si polan dengan si polan,kemudian,kes liwat Anwar Ibrahim dengan Syaiful,siang malam pagi petang!kes ini di sebut2.Mereka betul2 tak malu lah!Katanya lagi...
Aku angguk lagi...setuju dengan paendapatnya.
Hajjah!saya cakap  betul aah!itu Islam saya sangat suka!islam ajar baik2,tapi kenapa penganut islam tak buat apa yang tuan ALLAH suruh?saya rasa...lagi islam larang mereka lagi nakal tau!katanya lagi..

Tang ni...aku tak dok diam..
Gini Cikgu,tak semua orang islam macam tu...ada orang islam yang sangat baik,sangat berhati mulia...Orang2 yang nakal seperti yang cikgu katakan tadi...hanya segelintir sahaja.Masih ramai orang yang baik2 Cikgu.Lagi pun...orang yang nakal2 tu tak solat!jika dia solat dengan tertib,jika dia solat dengan penuh kyusuk!pasti dia akan terlindung dari perbuatan jahat2 macam ni..
Saya lagi sedih bila baca isu2 begini,saya kasihan lihat anak2 kecil sudah di dewasakan oleh penjaga yang sah!
Teringat satu kisah di Permas Jaya Johor..
Ayah telah menjadikan anak2 daranya sebagai isteri tak sah!
Bila tembelang pecah!
Ibunya sekadar berkata...
Daripada suami cari di luar,lebih baik dalam rumah je...jawapan paling dungu dari seorang ibu.
Pasangan ini berniaga makan di malam hari,mungkin kepenatan,isteri terus tidur sebaik habis tugas memasak!faham2 lah suami....tenaga tak keluar sangat!biasanya yang penat memasak isteri,berdiri daripada pukul 5 petang hingga ke malam hari!
Bila malam...lelaki jadi burung hantu!merayap tak tentu hala,sesekali jadi tukang 'curi ayam'...
Isteri yang dah pengsan!tak peduli tuntutan sang suami...
Akhirnya....
Anak2 jadi mangsa!
Tergamaknya seorang ayah melampias nafsu pada darah daging sendiri.Betapa berdosanya seorang bapa bertindak sedemikian rupa...
Kat akhirat nanti....anak2 tak panggil kita dengan panggilan yang baik2...
Anak2 akan panggil kita..
Ya ALLAH!Si celaka itu yang tidak mendidik aku tentang islam!si celaka itu yang merobek daraku!si celaka itu yang telah menghancurkan hidup aku!
Aduhai....apa nak di kata masa itu...
kita meraung bagai nak gila!hukuman tetap di jalankan kerana taubat tak kita pinta semasa di dunia,Di akhirat...adalah tempat untuk mendapat habuan dari segala kesalahan.

Berbalik kes di atas,3thn mereka telah puas bersenggama bagai suami isteri tanpa pengetahuan si ibu merangkap si isteri kepada lelaki durjana itu.Selepas mereka berasmaradana,si ayah akan beri wang sebagai habuan!Si anak suka bukan kepalang!
Berbalas msg lucah!bayangkan ayah memberi kita msg berbaur lucah!si ayah yang telah menanam benih di dalam rahim isteri  dan lahirlah seorang anak dara,dan anak dara itu yang si ayah tunggang balik!macam kuda hitam hilang akal!
Bayangkan...anak dara itu anak ayah sanggup ayah jadikan tempat melepaskan nafsu!
Sah!iman si ayah telah di tarik oleh ALLAH.
Sah!si ayah si anak...hilang iman di dada sehingga dah tak tahu beza baik buruk perbuatan!

Tak tau nak kata apa lagi....
Yang pasti,si ayah si anak!sama sama BEBAL!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?