SESEKALI SUAMI BERCERITA...

SYAITAN DALAM TUBUH MANUSIA BERNAMA KHANAZ LAKNATULLAH!

Di awal Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi,syaitan tak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.Hari2 syaitan memikirkan bagaimana untuk menghancurkan kita.

Satu hari...
Syaitan terfikir sesuatu..
Khanaz!mari ikut mak!katak ibu syaitan
Syaitan ke duanya menuju ke rumah Adam dan Hawa,Ketika ibu dan anak syaitan tiba,Nabi Adam kebetulan tiada di rumah.
Kedengaran pintu di ketuk,sebaik terbukanya daun pintu,kelihatan ibu dan anak syaitan yang Hawa tak pernah kenali.
Siapa kamu?tanya Hawa
Tolong jagakan anak saya?nanti saya akan kembali pagi esok untuk mengambilnya.
Hawa yang tidak sedar muslihat ibu syaitan terus bersetuju.
Sebaik Nabi Adam pulang....
Siapa ni?tanyanya pada Hawa
Tak tahu,ibunya minta tolong saya jaga sebentar...jawap Hawa
Ini mesti anak syaitan!kata Nabi Adam
Apa yang harus kita buat?tanya Hawa pada Nabi Adam
Setelah lama berfikir,Nabi Adam mendapat idea.
Kita potong2 dagingnya kecil2 dan kita gantung diatas pokok di hadapan rumah,bila ibunya tanya kita cakap dah tiada....

Ke esok harinya,ibu syaitan dan bertanya mengenai anaknya itu.
Mana anak aku?tanya ibu syaitan
Hawa terus bercerita tanpa selindung..
Anak kau dah tiada,aku dah potong2 dan gantung di atas pokok di luar sana!terang Hawa.
Oh ya ke?sambil meneriak nama Khanaz,sebaik namanya di panggil,serpihan daging2 itu bercantum dan menjadi anak syaitan itu kembali.

Ibu syaitan tak berpuas hati..
keesokkan harinya....
Ibu syaitan datang lagi,ingin menumpang anaknya hingga esok hari,Hawa tetap bersikap sama...membenarkannya tanpa syak wasangka.
Sebaik Nabi Adam pulang..
kenapa anak syaitan ni masih berada di sini?
Hawa menerangkan apa yang berlaku.
Kita tak boleh membiarkan syaitan menganggu anak cucu kita...kata Nabi Adam
Apa kita patut kita buat?tanya Hawa
Kita bakar anak syaitan ini,abunya kita buang ke laut dan biar abunya di bawa arus laut,ibunya pasti tak bertemu lagi dengan anaknya jawap Nabi Adam

ke esokkan harinya...
Mana anak aku?tanya ibu syaitan
Anakmu telah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!kata Hawa
Oh ye ke?sambil memanggil anaknya.Sebaik nama Khanaz di sebut,maka bercantumlah daging2 anak syaitan kembali dan di beri kembali pada Hawa untuk di jagai.

Sebaik Nabi Adam kembali..
Hey!mengapa anak syaitan ini masih ada di sini?tanya Nabi Adam
Hawa pun bercerita apa yang berlaku...
Ini tak boleh jadi,kita kena buat sesuatu agar syaitan tak dapat menganggu anak cucu kita..
Apa kita patut buat?tanya Hawa
Begini....kita belah 2 anak syaitan ini dan kau makan sebelah aku pula makan sebelah.Habis cerita!kata Nabi Adam.Tekad!

Ke esokkannya...
Mana anak aku?tanya ibu syaitan kepada Hawa
Kau tak mungkin berjumpa dengan anak kau!kata Hawa
mengapa?tanya ibu syaitan pelik..
Anak kamu kami telah telan!kata Hawa penuh keyakinan
Ya ke?tanya ibu syaitan sambil memanggil nama anaknya....sebaik nama Khanaz di sebut,terdengar sahutan dari tubuh Hawa.
Khanaz!seru ibu syaitan
Ya mak!khanaz laknatullah  menjawap
Bagus anakku,kamu duduk di sana jangan keluar2 hingga hari kiamat!kata ibu syaitan pada anaknya.

Itulah bermulanya kisah bagaimana perangai kita ada sikit lebih kurang macam anak syaitan!kalau tak kuat iman boleh hancurrr!

Syaitan yang berada di dalam tubuh badan kita di tugaskan untuk:
Bila kita solat,dia akan berusaha agar kita berada di dalam was2.Itu yang buat kita lupa rakaat dan semua tata tertib solat.
Bila buat sesuatu perkerjaa...kita akan terfikir eh!dah buat ke belum kerja tadi?ish,ish,ish....lupa lah!tang ni kena banyak beristifar
Anak syaitan si Khanaz akan berlari2 dalam darah,untuk suruh dia dok diam2,kena banyak berzikir...
Oleh sebab itu...
Setiap pekerjaan yang kita nak buat...mulakan dengan Bismillah...
Sebelum makan bacalah Bismillah...biar si anak syaitan itu kelaparan dan puasa sepanjang masa,biar dia kurus tak bermaya nak hasut2 kita..
Walaupun begitu,anak syaitan,ibu  syaitan dan suku sakat syaitan tidak akan berputus ada untuk memperdayakan kita.Itulah antara janji mereka dengan tuhan iaitu...akan berusaha untuk menyesatkan umat islam.

Apa lagi?
Mulakan bismillah di setiap pekerjaan anda.



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK